24 October 2013

Terkadang.


Terkadang mahu segalanya kembali seperti dulu.
Di mana aku rasa tak perlu bertopeng berdepan manusia.
Susah nak puaskan hati semua orang.
Susah nak faham orang.
Jadi, jangan kau harap orang lain faham kau.
I just want the good old days back.


“On the day that they see it, it will be as though they had not tarried but the latter part of a day or the early part of it.” (79: 46)

25 August 2013

Entry Aidilfitri

Salam Aidilfitri.

Background song: Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri (lagu raya peberet gua sejak gua nambelas tahun)

Alhamdulillah, Nad dah kahwin. Nora pun dah kahwin. Seronok lahai tengok kawan-kawan kahwin. Rasa bahagia. Eheh.

Dulu aku pernah cakap dekat Nad, kalau dia tu salah satu unsur dalam periodic table, aku boleh kata dia Iron (Fe). Kenapa? Aku cakap aku akan buat entry pasal tu. Akan. Akan tetapinya aku tak buat laginya pun aduhai.

Honto gomenne!

Di kala aku sibuk dengan project aku boleh lagi download K-ON! Season 1 dengan 2 siap khatam pulak tu. Ya Rabb…aku memang tak pernah insaf kalau tiba bab anime ni. T_T

Nad, nanti aku pergi Jepun aku belikan hang souvenir na. Eh. Ini dikira bribing ke hapa?

Raya macam biasa, setahun sekali. Macam biasa jugak adik-adik mintak spaggeti instead of kari, lemang, rending, ketupat dan sebagainya pada pagi raya. Boleh kata tiap-tiap tahun macam tu. Pasal nanti kat rumah nenek aku belah abah akan makan segala makanan yg disebut tadi. Begitu jugak dengan rumah nenek belah mak. Rumah both nenek dekat. 45 minit. Jadi takde istilah true balik kampong. Takde. Tak pernah rasa pun.




K-ON! season 2 ep 8.



27 July 2013

Hantu Hyouka

Salam Ramadhan.

Tersangkut dekat library ditambah dengan kerja baru yang berderet dan bertimbun.
Gaussian UK dari malam tadi tak dapat connect.
Gua lari laju laju ke library dengan harapan dapat connect dengan harapan wifiutm dekat KDSE yg problem.
Malangnya memang depa yang problem.
Jadi jadi jadi seteressssssss.

Gua download AMV Hyouka banyak-banyak.
Pasal Oreki Houtarou ni honto kakoi-desu!



Best jugak cerita ni. Dah lama ada dalam laptop tapi baru ada free masa tengok.
Free masa di sini dapat didefiisikan sebagai masa gua tertekan analyze result dan output structure macam har**.

Sedang gua cari cari AMV Hyouka, gua jumpa satu video ni, DS Studio yg buat katanya.
Clip 3 minit lebih, background song Devotion - Hurts.
Bapak best! 
Tapi tak best sebab dia guna Oreki dengan Mio (K-ON!).
Aku nak Oreki dengan Chintanda Eru je, takmo orang lain.
Guna la watak laki Hikaru/Kaoru (Ouran High School Host Club) ke.

Eh. Emo.

Ada den kesah.


11 June 2013

You Can Accept Failure, No?


Pagi tadi aku jumpa lecturer Organic Chem aku. 
Takde niat pun nak pergi. Just follow classmates yang nak kan confirmation whether they’re pass or not so that they can decide whether to have short semester for their last semester subject or not.
 Again. Tak teringin pun nak tengok markah exam hari tu.

If on the examination day there’s nothing in my head (blank), then what do you expect?

Keluar je dari examination room, I texted my mom “Mak, sorry if kena extend one more sem sbb soalan tadi susah gila. I can’t answer most of it.”

Then she replied, “Sokay, as long as you did your best.”

Smile, but with frustration.
Pass with bad result, or fail?
Apparently I got what I’ve expected.

Not so-so. But the very bad one. Yeah, you heard me.

The hardest part to accept is most classmates pun having that difficulties. Down. Frustrated. Heart broken. So on and so on.

Tapi…we human learn from mistakes right? Fail one or two subjects is not the end of the world. Lantak p la apa orang nak kata, they’re not even in our shoes. Not even once.

I think I can handle this. Degree dulu tak pernah rasa failure, tak pernah rasa repeat paper.

You express your sorrow, but it doesn’t make any difference. Try to accept those difficulties. Anything, everything happened for a reason. Because Allah knows best. The less you care, the less you get hurt. Ni cara aku sedapkan diri sendiri. And also the ignorant thingy. Heartless.

Again. It’s not the end of the world although organic chemistry is killing me.

Semoga akan ada kesudahan yang baik buat kita.




05 June 2013

Anthem [Hlovate] - Part 2


Alhamdulillah I’ve finished Anthem baru tadi. 
Start with Part 1 hari tu tapi takde cakap banyak pun.
Tapi kan tak tau celah mana nak mula. *tarik nafas dalam-dalam*

Mula-mula nak cakap, CJ’s still ranking paling atas kot. Versus dengan Anthem tak banyak beza. Ada. Sikit.

A bit funny bila aku tak perasan langsung ada watak Rooftop Rant dalam kisah ni. I should notice it from the beginning but towards the end when Trisy gives those two graphic novels to Dash, haaa that moment I realized. Ha ha ha. No wonder la that name; Jade the cartoonist seems familiar. Hoho.

Silam and selepas silam. Both ada ceritanya yang tersendiri. From the ‘westernized’ Dania Dashrin to the new Nur Dania Dashrin. Better. Way better.

Nak dipendekkan cerita, hero dalam cerita ni (boleh ke panggil hero? Bolehlah), Lee aka Badlee dalam ni lebih kurang je macam Ashraff Omar, bezanya AO main skate, Lee main instrument. AO budak business, Lee budak mechi. AO Aussie, Lee Scotland, Aberdeen. AO typical Malay teenager, grown up in typical Malay-born-kid culture, Lee, third culture kid. AO memang totally habis pusing rotate 180 degree. So was Lee after being ‘clorox’ed (boleh ke?) dengan Jade, atas permintaan Dash.

So was Dash. Lebih kurang jugak macam Minn Edina aka Ed Sassin. Baca balik perenggan atas pastu buat ayat sendiri pasai depa dua orang ni. Sebenaqnya lupa pasal Minn Edina. Versus ada kat rumah. Haih. -.-'

Berhenti lama kat part ni.

“Kena ada dzatiyah, mujahadah dan istiqamah. Dan benda tu bukan ikut flowchart. Tapi lebih pada satu bulatan yang tak ada permulaan dan pengakhiran.”


“We need that continuity to maintain our sanity.”

“Uh…dzatiyah tu apa?”

Dzatiyah tu macam inner-push. Kita punya self-motivation. Kuasa kendiri.” Trisy menjelaskan.

“Sebab yang nak berubah dan mengubah tu diri kita, kan? Maka kuasa tu perlu kita harapkan dari dalam diri kita sendiri. Takkan nak harapkan orang lain kut, ye tak?”

Dash angguk. Betul la. Takkan nak harapkan orang kut? Kalau nak, kena la berusaha mencari. Mana nak tunggu bulan jatuh ke riba. Jatuh-jatuh pun bulan ke riba, nak mati? Tau bulan tu besar mana? Betul la kata orang, be very careful of what you wish for.

---------------------------------------------------------------------------------------------

“The chains of habit are too light to be felt until they’re too heavy to be broken.”

Macam polymer. Repeating units of monomer. Do exist due to its special characteristic. Macam tayar kereta.

Sungguh.

Sungguhlah, hati manusia Allah yang pegang.

To be judged of what you were is just unfair as a butterfly being judged while it was a caterpillar. Tapi caterpillar comel apa. Eh.

“Don’t be in such a hurry to condemn a person because he doesn’t do what you do, or think as you think or as fast. There was a time when you didn’t know what you know today”

“Malcolm X said that” – Haikal


“That was I, this is me.” – Dash

Banyak je lagi part-part sentap tahap hiris bawang, terhantuk meja kepala benjol, tersedak tertelan bertih jagung dan pedas tahap 120% pure concentrated wasabi. Nak rasa? baca sendiri, then. 



31 May 2013

Terasa. Sungguh.


Ceh…. Konon belajar tak tengok kiri kanan depan belakang atas bawah la sangat. Daripada jadi pelajar yang kerjanya part time belajar, dan part time lagi tu duk ligan gaming, layan movie marathon, layan manga dan anime triathlon, bersuka ria hu-ha berpoya-poya, shopping tak ingat dunia sini sana, baik la cari distraction lain yang sekurang-kurangnya boleh bagi manfaat pada diri dan orang lain di sekeliling. Manfaat dunia akhirat, tentunya. Tak ke?


Terasa kepala sendiri dipanah petir. Zapp!

Berapa banyak student kat luar sana yang asyik mengeluh merungut merampus kata tak cukup masa nak cover pelajaran dalam syllabus, nak buat lab report, kerja tutorial, kuiz, segala benda. Maka tambah-tambah lagi la tak ada masa untuk benda-benda spiritual yang dianggap ala ko-kurikulum macam ni, tu antara hujah paling selalu dengar la.

Dah kata masa tak cukup, tapi sempat la pulak spend tiga jam tercongok dalam panggung wayang apabila ada filem baharu, ada masa la pulak bersengkang mata dari malam sampai ke subuh layan online-gaming, senggang la pulak sepanjng malam berjaga baca novel cinta segala, berkelapangan la pulak tengok YouTube berjam-jam daripada cerita Hindustan sampai drama Korea. Pft!

Aku jugak la tu antara orangnya. Haih.


(Anthem, 437-438)


.
.
.




Tersedak! Pedas.
Minum air banyak-banyak.

Ehmz.


Organic Chemistry. Isnin.

20 May 2013

Anthem [Hlovate] - Part 1


Assalamualaikum wbt.

Baru dapat Anthem Jumaat lepas then belum sampai 24 jam dah ada orang minta buat review. Dan ada jugak yg tanya berapa bintang boleh bagi. Best ke? Dengan CJ cemana? Versus ke?

Okay boleh tengok review yang dua tu.

Nampak tak Hlovate punya wave kat situ? Ce kalau novel lain. Takpe, no need review. Baca sendiri saja barangkali?
Exam lagi 2 minggu jadi macam tak tau ntah bila boleh habis.

Apa boleh cakap, jalan penceritaan dalam Anthem sangat beza dengan CJ tapi apa yang nak disampaikan itu sama. Faham bukan?

Tak habis lagi pun baca tapi jumpa dah part yang bila mana baca tertunduk, baca sikit termenung, baca sikit fikiran melayang, baca lagi dan pejam mata rapat-rapat. Tak boleh elak.

Sebab?

Entah berapa kali das rasa macam ada orang jentik dahi bagi otak bergegar. Takde. Takde tsunami pon. Catrina pon takde. Tapi itulah. Sakit. Sakit yang macam tak boleh nak hilang.

Nak cerita yang selebihnya kena tunggu betul-betul habis baca. Takmo buat review lagi.

Sekadar ingin kongsikan Hlovatulis…Anthem.

... saya dalam gelap…
…dan salah siapa kalau saya tak nampak?
…kenapa orang keliling hanya pandai bising…
…tapi tak pandai menghulur tangan?

Jangan pernah judge masa lampau orang lain.
Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.

Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercampur noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita singsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam.
Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok dan akan datang, adalah yang baik-baik sampai ke penghujung nyawa.

Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam,
tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna.

Minta dengan doa.

Maka, anthem anda apa pula?




InsyaAllah part 2 bakal menyusul.

24 March 2013

Makan Tahi. Anyone?


Aku otw pulang ke rumah dari BP Mall. Untung budak Najihah baru dapat RM150 dia hari tu. Dia baik hati belanja kami Pizza Hut terima kasih budak kecik.

“Mak, hari tu kan ada senior kita (perempuan) tanya pasal Arie(abg Najihah).” Jiha baru teringat barangkali.

“Sapa? Cemana dia boleh kenal Arie?”

“Ntah, kita pun tak tahu. Dia kawan Kak Nani (cousin) kot.”

“Eh betollah Nyai Yam cakap kalau budak tu makan tahi nanti dah besar ramai peminat.”

“Ekkk??” serentak aku dan Najihah kepelikan.

“Makan tahi? Sapa? Arie?” aku sungguh curiga.

“Haa la. Kecik-kecik dia dulu mak lupa nak pakaikan dia pempers, pastu mak tertido. Mak bangun-bangun je dia dah merangkak-rangkak dengan tahi dia kat tangan dia. Dia buat main pulak tu. Mulut pon comot.”

“Kahkahkah! Like serious? Kenapa kita tak ingat eh?”

“Adaa..”

“Okay dah ada nanti kita taknak anak kita makan tahi.” -.-

Dan Najihah tak berhenti gelakkan abangnya.

11 March 2013

Sebelum Aku Bernikah



“Weh, best ke couple ni?” pertanyaan Min yang tak semena-mena buat kepala aku terangkat dari nota Natural Product.

“Couple like ‘couple’ yang belum kahwin tu?”

Min angguk.

“Kenapa tanya?” predictable question.

“Ntah. Saja nak tau. Sebab aku takde pengalaman tu.”

“Serious?? Ok seronok!”

“Seronok? Apa yang seronoknya couple tu?” wajah Min umpama kanak-kanak yang penuh sikap inkuiri.

“Bukan couple tu seronok. Kau la seronok pasal tak pernah couple.”

“Gitu?”

“Ha la. In my pov, couple tu merosakkan. Merosakkan aku. FYI Min, kalau Allah bagi aku peluang untuk aku hidup balik dari aku form 4 dulu, aku pilih jalan kau.”

“Kenapa? Bukan ke rasa macam best bila mana kau ada problem, kau ada orang nak share problem kau, bagi semangat dekat kau, means kau bukan sorang-sorang. Ada je orang sentiasa dengan kau.”

“Selama ni kau fikir macam tu?”

“Ntah. Aku agak je.”

“Fikir-fikir balik aku ni jahil dulu. Jiwa masih kosong barangkali. Lupa yang Allah sentiasa ada dengan kita tapi kita tetap cari seseorang yang bernama lelaki yang kononnya boleh jadi penghibur di kala lara. Pun lupa jugak yang family kita sentiasa bersama kita. Tapi syukurlah Allah bagi aku perasaan bersalah bila aku buat something yang tak betul. Kalau boleh aku nak ada kat tempat kau.” senyum kelat.

“???”

“Untunglah bakal husband kau. Jadi orang pertama dan terakhir yang kau sayang."

        -              -              -              -              -              -              -          -

Meluaskan pandangan kepada kehidupan. Satu perkara yang penting, apabila cinta ditolak ataupun putus cinta adalah mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang bodoh, menghalang kita daripada tidak bersemangat, dan sebagainya.

Bukan pula bermakna kita tidak dibenarkan bersedih, menangis, dan berasa hiba. Silakan. Saya juga demikian.

Namun jangan lupa tujuan hidup kita atas muka bumi ini bukan semata-mata bagi mendapatkan seorang lelaki ataupun perempuan. Tujuan hidup kita adalah bagi mengabdikan diri di atas muka bumi ini.

Jadi, cinta yang sebenar, jikalau kita benar-benar mencintai seseorang, maka apabila dia menolak kita, kita doakan kebahagian buatnya. Kita teruskan kehidupan dan tidak lagi mengganggu kehidupannya.
Itu yang sepatutnya kita lakukan!

Maka, lihat peluang dan ruang yang masih ada dalam kehidupan.

Palingkan wajah kita kepada Allah. Mungkin putus cinta, dan cinta ditolak adalah panggilan-Nya untuk kita lebih rapat kepada Dia, membersihkan diri dan menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Mungkin kita ditolak kerana dosa dan akhlak kita yang masih tidak baik di sisi Allah. Ini menyebabkan Allah tangguhkan dahulu kebaikan untuk kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita, dengan menguji supaya kita bergerak ke arah perubahan. Ya, siapa tahu?

Positif. Bersangka baik kepada Allah.

Cinta adalah usaha memperkasakan ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan hati. Cinta adalah usaha mempunyai kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan berkahwin.

Sebelum Aku Bernikah – Hilal Asyraf



20 January 2013

Siblings and Titanic


It’s been a month and 8 days yet thing never get better. *sigh*

Semalam melawat budak Najihah kat Muo nuu. Nazmi tak ikut, dia kerja.

Singgah sat kat Tanjung Mas. Duduk mengadap Sungai Muar. Pandang menghala ke Masjid Sultan Ismail aka Masjid Sultan Ibrahim 2. Sama tapi tak serupa. Masjid Sultan Ismail dibina sengaja meng’copy’ design Masjid Sultan Ibrahim.

Cerita Titanic tu betol ke?” Najihah memecah kesunyian.

Betol. Dia jadi kat sini laa.” Najib laju menjawab sambil menjuih bibir kearah sungai.

I was like erkkkkk. Agak-agak la bhai kalau nak gebang dekat adik kau.

Najihah buat muka blurr. Nazri gelak mengekek.

Cerita Titanic tu orang lakonkan semula kan?” masih lagi dengan Titanicnya.

Takla. Tu video betol yang terrakam masa kejadian la. Buat apa la nak susah berlakon balik. Semua orang mati time tu.

Again, Nazri gelak mengekek dan si penanya soalan masih blurr.

Camne orang tau cerita Titanic tu macam tu?” again??


Senyap.


Eh, ada sorang tu dia hiduplah.”
Berjalan meninggalkan bangku.


11 January 2013

Zalika binti Uyop *batuk*



Ok, nak buat pengakuan.

Semalam (10 Jan) aku ada paper advanced inorganic. Dok berdiskudi dengan Ila sampai pukui 3 pagi. Menjelang 12 malam, dah masuk tarikh berkenaan, kepala otak fikir sat.

“Macam ada birthday orang la hari ni, tapi sapa eh? Takpe la esok sambung pikiaq. Aku punya mengantuk dah tahap valence shell platinum.” Untuk pengetahuan hampa suma electronic configuration platinum adalah seperti berikut : [Xe] 4f14 5d9 6s1. Ehemm! -.-

Then pagi tu habis paper tengok phone ada miscall Zek. Eh, apekehal Zek rajin bebenau talipong aku? Apa kes BM aku carca merba ni? Ah lantak. -.- Tengahari tu beliau talipong lagi tapi daku di bilik air. Haih…

Take a nap teruih pasai tak tahan dah. Bangun tidoq ja…”Astaghfirullah, patut la Zek tepong aku, besday dia rupanya yang aku sumpah tak hengat tu.” Huuhuu.

Terus ja mesej Zek cakap aku sengaja wish lambat biar dia tertunggu-tunggu. Hinss hinsss walhal aku memang terlupanya pon aduhai. Muahehe. Sorry Zek. Malam tu Zek call.

Ohoii…kau buat apa?

Err, aku tengah dok depan lappy study movie sambil tunggu baju siap basuh. Hewhew. Kau ada mana?” sambil gelak-gelak comelss.

Ar kau saje kan wish lambat kunun, kau lupa kan?

Ok, sentap. =.= She caught me!

Zek, I hope you do read this entry. Uhuu..
Seriously, Zek jela kawan aku yang macam Zek.
Sebab dia Zek, bukan orang lain. Boleh ke?


10 fakta tentang Zek…

  1. Orang yang paling ramai orang kenal dia kat U. Tak kisah jalan ceruk mana pon konpem ada je yg kenal dia. “Kau orang imegresen ke hapa Zek?”
  2. Zek tak pandai marah orang walaupon dia sangat marah. Pasai tu dia selalu kena marah dengan aku and Jilod.
  3. Mesra alam dia tahap luar alam. Dengan sapa-sapa pon dia boleh masuk. Karakter yang aku tak pernah jumpa kat orang lain.
  4. Dia selalu dulukan kawan dia even untuk hal yang remeh temeh &  tak masuk akal. Atas reason ni jugak dia selalu kena marah dengan kami. Pun aku tak jumpa benda ni kat orang lain.
  5. Banyak cakap. -.- and overbroad punya tahap randomness.
  6. Beberapa hari before besday dia, dia mesti ingatkan satu level untuk bagi dia hadiah. Ngengsss!
  7. Dia tak pernah kisah dress code dia. Dia pernah pergi kelas pakai kebaya warna peach, tudung cream dengan handsock belang-belang hijau-biru pastu dengan sneakers warna biru, stoking hitam. Kau pernah buat?
  8. Everytime dia brief dekat pelatih or kami-kami about something, dia akan guna kata hubung ‘pastu je’. Ada sekali tu dia cakap aku kira ‘pastu je’ dia ada empat belas!
  9. Sebab lagi satu dia selalu kena marah dengan kami adalah dia kemain meriah lagi before kelas start. Lecturer dah masuk dia terus tido. Kalau dok depan dia memang aku akan kejut dia setiap 7 saat. “kau jangan tido dalam kelas komander! Kang malam ni aku bagi bridging kat padang kawad.”
  10. Fazila pernah ajar dia bawak motor dan aku pernah ajar dia bawak kereta kat padang kawad. She was a horrible student. -.- but Alhamdulillah Zek dah ada her own car sekarang and I’m very proud of her even dia fail bawak kereta manual.

Gambar rajah di bawah telah berjaya membuktikan betapa berbedanya Zek dengan hampa suma.

Dia pernah pergi DC dengan ini. -.-

Bikepalooza 2011.Semua orang pandang kami semacam.


Punya malas nak pegang. =.=

Bajet ayu. hewhew.

Semangat dengan lamb chopnya.



Akhir kata dari saya...

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 24. Serius kau dah tua maka kau boleh start cari calon suami. Kehkeh. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat. =) I lap u. =p


Zaman kami mudi mudi dulu.