Ceh…. Konon
belajar tak tengok kiri kanan depan belakang atas bawah la sangat. Daripada jadi
pelajar yang kerjanya part time belajar, dan part time lagi tu duk ligan
gaming, layan movie marathon, layan manga dan anime triathlon, bersuka ria hu-ha
berpoya-poya, shopping tak ingat dunia sini sana, baik la cari distraction lain
yang sekurang-kurangnya boleh bagi manfaat pada diri dan orang lain di
sekeliling. Manfaat dunia akhirat, tentunya. Tak ke?
Terasa kepala
sendiri dipanah petir. Zapp!
Berapa banyak
student kat luar sana yang asyik mengeluh merungut merampus kata tak cukup masa
nak cover pelajaran dalam syllabus, nak buat lab report, kerja tutorial, kuiz,
segala benda. Maka tambah-tambah lagi la tak ada masa untuk benda-benda
spiritual yang dianggap ala ko-kurikulum macam ni, tu antara hujah paling
selalu dengar la.
Dah kata
masa tak cukup, tapi sempat la pulak spend tiga jam tercongok dalam panggung
wayang apabila ada filem baharu, ada masa la pulak bersengkang mata dari malam
sampai ke subuh layan online-gaming, senggang la pulak sepanjng malam berjaga
baca novel cinta segala, berkelapangan la pulak tengok YouTube berjam-jam
daripada cerita Hindustan sampai drama Korea. Pft!
Aku jugak
la tu antara orangnya. Haih.
(Anthem, 437-438)
.
.
.
Tersedak! Pedas.
Minum air
banyak-banyak.
Ehmz.
Organic Chemistry. Isnin. |
huhu.
ReplyDeletehahah too
ReplyDelete