25 February 2016

The Creator

"Remember that whatever lives in the hearts control you. It becomes what you strive for and are willing to sacrifice anything to have. And to keep, it becomes what you depend on at a fundamental level. It therefore, must be something eternal, that never tires, and never breaks. It must, therefore, be something that never leaves.

Only one thing is like that:

The Creator."

-Yasmin Mogahed, Reclaim Your Heart

Tbh, tak habis pun lagi baca Reclaim Your Heart ni. Macam-macam yang menuntut. 

Dear you,

Gap yang aku wujudkan antara aku dan kau sedikit sebanyak beri ruang untuk aku kembali ke dunia nyata. Pada aku, 'that's it'. We can't continue this any longer. I care too much and I ended up hurting both of us. Jadi, aku mula rasa gap tu sesuatu yang aku wajib wujudkan. Patutnya dari dulu lagi. 

Then, there it goes. Aku mula rasa get used to it. I almost feel like all the memories with you inside are all dreams. Mimpi yang ridiculous. And my soul can bear that fact. 

Cumanya, lately. Aku mula rasa that 'wall' I've created before starts to fade away, it starts to crumble. Well, normal people would just be happy about it, right?
But for me, it is just plainly painful. 
Because you are not real.


04 January 2016

Kansai Trip 2015: Arashiyama - Part 2

Assalamualaikum wbt.

Actually ni sambungan daripada entry Arashiyama Part 1. Banyak sangat membebel sampai kena buat by part kan. Hangpa layankan jelah.
Kali ni sambung part Bamboo Groves dan Sagano Scenic Train.

Keluar je dari exit Tenryuji Temple memang akan terus masuk ke kawasan Bamboo Groves ni. Jangan cakap betapa terujanya gua. Dalam hati melompat gembira sorang-sorang. Yahoo! Gua dah sampai tempat yang sama macam dalam Yahari Ore no Seishun Love Comedy wa Machigetteru. Kemahin panjang nama anime ni. Laluan bamboo groves ni dalam 500m je macam tu. Tapi serius nak habaq mai nanti dah lalu situ tetibe macam “Eh, dah habis dah. Panjang ni je. Awat macam pendek sangat laluan dia”. Haa gitu.


Ending route dekat Tenryuji Temple sebelum masuk kawasan bamboo groves.



Bamboo Groves 1

Bamboo Groves 2

Bamboo Groves 3 *favourite picture gua*

Bamboo Groves 4
Bamboo Groves 5

Dalam kegembiraan gua agak sayu sebab gambar semua kena selfie. Segan nak minta tolong orang amekkan gambar. Then sebab ramai sangat orang, susah nak dapat peluang untuk shoot gambar yang-cuma-kau-je-manusia-dalam-gambar tu. Sudahnya gua amek gambar pelancong pelancong lain yang dok posing kat rimbunan buluh tu smbil buat muka tak malu. Lols.

Ending bamboo groves path ni nanti terus jumpa station untuk naik Sagano Scenic Train, which is Torokko Arashiayama Station. Ada sekali kedai kedai makanan dan souvenir. Juga ada makcik jual ice cream puff. Gua memerhati dengan perasaan membuak-buak nak beli tapi gua tahan. Gua lantas duduk di sebuah bangku yang kosong sambil mengeluarkan secebis snickers. Kat situ ada free wifi, lantas gua upload gambar-gambar yang awalnya tadi gua snap dekat Togetsukyo dan Bamboo Forest. Gila kejam nak kasi member-member jealous memang itulah cara dia.


Torokko Arashiyama Station

Bila stall makcik tu takda orang, gua approach beliau. Hajat di hati nak rasa ice cream tu. Wuwuwu. Tapi dia kata ada sake dalam ingredient dia. Okay so tak jadi beli lalu gua menangis cangkung sambil kuis-kuis tanah. Okay tipu.

Kat sini la gua jumpa Mail sendu dan rombongan cik kiah beliau. Kahkah. Memang gua berdekah la kalau ingat pertemuan pertama gua dengan diorang ni. Gua sedang belek-belek vending machine air dekat luar train station tu. 

Tetibe ada suara menegur
“Dari mana kak?” soalan dia macam simple tapi gua ambil 15 saat untuk jawab.
“JB” dah kenapa gua jawab JB??
Budak Mail seakan mahu gelak mendengar jawapan gua.
“Err..maksudnya dari Jepun dari mana?” ceh!
“Haha. Osaka.”

Then gua pun bertaaruf dengan rombongan cik kiah budak Mail ni. Ain, Ida, Suria. Sebab diorang ni lawak tau. Sembang macam dah kenal 5 bulan even baru 5 minit jumpa. Tanya nama. Lepas tu masing-masing terus suruh follow acc instagram. Motip sangat budak-budak ni. Motip. Rupanya budak Mail ni sebaya gua je pun. Confident kan beliau panggil gua ‘kak’?. Even setelah mengetahui hakikat bahawasanya kami sebaya pun, sampai ke sudah beliau panggil gua ‘kak’. Syukur pada Illahi, gua tak tendang beliau sehingga beliau tergolek jatuh tangga.


Tunggu train tak sampai-sampai.

Mail and the geng.

View sungai dari Sagano Scenic Train.

Dalam train. Tudung merah tu budak Suria.

Kami naik Sagano Scenic Train tu dari Torokko Arashiyama Station menghala ke Torokko Kameoka Station (return), dengan tambang 1240 yen (~RM44). Train ni open air, ada bumbung tapi tingkap open. Boleh hirup fresh oxygen sepanjang perjalanan. View pokok-pokok tepi sungai tu nice gila! Kalau that time daun dah bertukar warna sepenuhnya, lagi super duper nice. Makanya, nak ke Kyoto tunggulah masuk November huhu. Bila train dah patah balik semula ke Torokko Arashiyama Station, gua decide untuk berpisah dengan mereka-mereka ni dengan pesanan akhir mereka “ Jangan lupa like gambar weols dekat instagram!” Cett!

Then gua pun menyesatkan diri lagi dekat kawasan-kawasan berdekatan. Rumah dia rapat yang tak berapa rapat sangat. Ruang kecil tapi rasa macam aman damai je suasana perumahan situ. Hati melonjak-lonjak mahu jadi salah seorang penghuni tetap di kampung tersebut. Wuwuwu. Sebenarnya gua nak ke Nonomiya Shrine tapi gua sesat ntah sampai mana-mana. Tengok maps kat tepi jalan pun gua faham tak faham. Gua kisah pulak kalau sesat pun kan. Jalan punya jalan main redah je tetibe jumpa satu shrine ni yang agak ramai juga orang. “Eh Nonomiya Shrine?!” gua mcam bangga sekejap kerana menjumpai land mark yg gua cari-cari selama ini padahal gua main pergi je kemana kaki bawa melangkah.


Antara yg diperoleh semasa sesat.

Nonomiya Shrine 1

Nonomiya Shrine 2

Gua decide untuk teruskan jalan kaki ke Saga Arashiyama Station, nak kembali ke Kyoto Station untuk pulang semula ke Osaka. Sambil jalan rekrut, memang semput wa cakap lu. And route kali ni tak sama dengan route pergi tadi sbb en route awal pagi tadi dari Saga Arashiyama Station terus ke Togetsukyo Bridge. Tetibe gua ada terjalan sekali dengan few budak-budak sekolah elementary school. Gua dengar depa ada sebut ‘Sharingan, Mangekyou, Tsukoyomi’ bagai. Heh, budak, macam hakak tak tahu hangpa tengah sembang pasal Naruto. Gua terasa macam nak join perbualan mereka. Baru nak bersuara je barulah gua sedar yang gua sebenarnya tak reti pun berbahasa Jepun. Kehkeh.



Kodomo. Hehe.


Surprise surprise gua sesat lagi masa nak cari Saga Arashiyama Station. Sesat sampai jumpa satu college ni. Kyoto College of Nutritional and Medical Sciences. Lol. Gua perasan gua sangat tak familiar dengan jalan tu dan secara tiba-tiba signboard yang menunjukkan hala tuju ke Saga Arashiyama Station lenyap begitu sahaja. Gua berhuhuhu dalam hati lantas patah balik cari di mana silap gua. Rupanya gua termissed satu signboard ni, dia suruh belok kanan tapi gua straight je ikut sedap kaki. Tak perasan signboard tu pasal depa gantung atas sangat. Gua pendek, gua tak nampak. Sobs.


Sesat pun sempat lagi keluar camera. Huhu.

Nah souvenir!

Dari Saga Arashiyama Station ke Kyoto Station 240 yen. And macam biasa JR Line dari Kyoto Station ke Shin-imamiya Station 920 yen. Balik singgah Family Mart beli 2 ketul onigiri dengan harga 280 yen (~RM 10).

*to be continue...

Thank you for reading this.


18 September 2015

Kansai Trip 2015: Arashiyama - Part 1

Assalamualaikum wbt.

Sambungan daripada entry Muqaddimah dan Nara.

Disclaimer: Disebabkan Arashiyama banyak tempat nak cerita, gua terpaksa bahagikan kepada 2 parts.

Entry ni consists of Togetsukyo Bridge and Tenryuji Temple. Bamboo Groves and Sagano Scenic Train gua akan sambung kendian.

Ada yang bertanya, nak ke Kyoto tapi kenapa stay whole week dekat Osaka?

Jawapan dia:

(1) susah nak cari hostel/hotel budget di Kyoto (hal ini diperakui sendiri oleh supervisor gua yang pernah bekerja di salah sebuah university di Kyoto)

(2) Kyoto dan Osaka tak jauh mana, kurang satu jam dengan JR Line rapid service, dan hanya 10 minit sahaja dengan shinkansen (bullet train). Bapak laju!

(3) Duduk Hotel Toyo tu seronok. Bilik dia selesa dan luas. Staf dia sangat friendly, helpful dan handsome (only applied for men). Hahaha.

Dari Toyo Hotel ke Kyoto, perlu ke JR Shin-imamiya Station, beli tiket 920 yen untuk terus ke Kyoto Station. Tapi sampai dekat Osaka Station perlu transit untuk tukar train ke Kyoto pula. Actually boleh je kalau nak beli tiket separately, maksudnya dari Shin-imamiya ke Osaka Station satu tiket, dan dari Osaka Station ke Kyoto Station satu tiket, tapi malas nak exit dari train platform untuk cari mesin beli tiket. Hehe. Oh ye, kalau beli separately haruslah lebih murah.

Perjalanan dari Shin-imamiya ke Osaka Station lebih kurang 18 minit. Sampai je dekat Osaka Station gua pening jap. Sebab station dia sangat besar, besar sikit je pun daripada KL Sentral. Train platform pun berderet-deret ntah mana satu. Mujur ada aunty ni. Gua kalau dah pening gua redah je tanya siapa-siapa insan terpilih yang berdekatan.

Okay, pusing-pusing jumpa dah train platform untuk ke Kyoto. Next problem; naik train mana satu? Haha. Rasa nak gelak, serius. Memang ada screen display train kemana and arrival time, tapi once train dah approached, suddenly font dia mesti tukar kanji terus, tak ke haru?? Faham sangat aku kanji ni. Katakana pun fail.

Allah Maha Pengasih. Saat sedang terpinga-pinga melihat screen, datang seorang mat salleh yang bertanyakan gua kemana arah tuju. Bila cakap Kyoto, dia terus tunjuk which platform and dia kata the upcoming train adalah rapid train menuju ke Kyoto. Tak sampai 3 saat train sampai dah. Tak sempat nak said proper thank you, sebab dia pun macam rushing je. Tengok gaya macam dia dah lama kerja di Osaka.

Okay, fakta bila dah dekat mana-mana subway atau train station automatically kau akan jalan rekrut (jalan cepat-cepat) ikut pace diorang. Kadang tu terfikir gua takdelah nak kejar orang ke kejar train ke, tapi depa ni kelam kabut semedang, dengan gua-gua sekali ikut rushing. Nampak tak permainannya di situ? Wahaha.

Dengan rapid train perjalanan dari Osaka Station ke Kyoto Station ambil masa lebih kurang 35 minit, sebab train tak berhenti kat banyak station. Sesampai je dekat Kyoto Station, gua cepat-cepat beli tiket JR Line untuk ke Saga-Arashiyama Station pula, dengan harga 240 yen. Maklumlah dah terikut pace diorang. Motip sangat Nadia, motip. Kyoto Station pun agak besar lebih kurang macam Osaka Station. Kalau keluar ikut central exit boleh nampak Kyoto Tower yang umpama daikon itu. 

Sedang tunggu train tiba, gua queue dekat belakang dua orang makcik ni. Sebab tu cabin paling dekat, malas jalan jauh-jauh. Rancak sungguh berborak. Mungkin mereka bercerita perihal keluarga masing-masing yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Raya Haji bersama. Eheh! Bila train dah sampai, mereka-mereka yang queue di luar pintu cabin lain berpusu-pusu masuk, then makcik berdua ni kehairanan sebab pintu depan kitorang ni tak terbuka langsung pun.

FYI ada certain trains yang bila dia mulakan perjalanan kita kena buka sendiri pintu tu untuk masuk. Dengan senyuman manis ala-ala flight attendants AirAsia gua cepat-cepat tekan button untuk buka pintu tu. Kedua-dua makcik tu ketawa sambil cakap “Ahaa..shiranakata. (ahaa… tak tahu pun*lebih kurang camtu la maksud dia*)”. Gua pun ikut ketawa sekali “Daijoubu. (Tak apa)” balas gua. Comel lahai makcik berdua ni haa. Rasa nak kidnap bawa balik Malaysia.

Perjalanan dari Kyoto Station ke Saga-Arashiyama Station mengambil masa lebih kurang 15 minit. Exit dari station je mula la belek-belek peta. Peta daripada google maps tak sama hokeyh dengan real situation. Haha. Noob gila malas fahamkan peta. Mujur ramai pengunjung yang mahu ke lokasi yang sama which is Togetsukyo Bridge. Just follow je mereka-mereka ni. Mudah bukan kerja gua?

Dalam 10 minit jalan, dah boleh nampak omiyage shops kiri kanan. Dan of course lah tak singgah. Sebab dah nampak Togetsukyo depan mata. As a nubis photographer, haruslah satu snap gambar setiap satu langkah. LOL. Okay terpesona sebab sangat sama dengan dalam anime. Especially K-ON! dan Yahari Ore no Seishun Love Comedy wa Machigetteiru. Mau taknya. Anime daripada Kyoto Animation ni gua peratikan memang banyak promote Kyoto. LOL!

JR Saga-Arashiyama Station.

Omiyage shops dan kedai makan sebelum sampai Togetsukyo Bridge.

Togetsukyo bridge!


Yang gua naik hantu di sini adalah bila mana rasa macam baru 20 shoot gambar tetiba Nikon habis bateri. What the… kendian baru teringat yang malam sebelumnya gua lupa nak offkan dia masa nak belek-belek gambar rusa. Dia dalam mood standby even dia sleep. Huhu. Rasa nak lempang diri sendiri laju-laju hingga jatuh ke dalam sungai. So gua punya resolution adalah menggunakan phone camera sahaja. Huhu. Malas nak pegang phone sebenarnya.


Toilet tepi sungai. Hehehe.

Dah kenapa gua macam tak reti nak senyum?

Sedang menikmati panorama tepi sungai suddenly ada beberapa orang Japanese tegur gua. Ada 4 orang semuanya. Gua ingat dia nak minta tolong gua amekkan gambar depa. Gua pun “Owh you want me to take your picture? Sure. Can.” Tapi rupanya depa yang nak amek gambar dengan ittew. Wuu..malu rasanya. Macam retis pulak gua rasa. Gua pun amek kesempatan dengan menghulur phone gua pula sambil berkata “Mou ikai! (lagi sekali)” Eheh! Bukan senang nak dapat peluang cenggini tahu.

Lepas tu macam biasa gua menyesatkan diri, jalan jela mana-mana pun. Dekat-dekat Togetsukyo tu memang dah kampung-kampung dah. Salah satu cara untuk buat kita smarter adalah dengan cara “go get lost and find your way back”. Hehe. Ye, ini fakta ye tuan puan. Tolong aplikasikan. 


Antara yang diperoleh semasa pusing-pusing si situ.

Jalan dan jalan sampai lah jumpa entrance Tenryuji Temple. Entrance fee dia 500 yen. Pada gua Tenryuji ni takdelah semegah Todaiji Temple, tapi apa yang marvellousnya di sini adalah garden dia sangat ohsem! Melting habis wa cakap lu. Walaupun belum autumn sepenuhnya, view dia tetap superb. Subhanallah. Kyoto never fails to make me mesmerized. Masa gua pergi, Japan tengah undergoes transition state from summer to autumn, tu yang hujan tu. Budak Tikah kata kalau waktu nak bertukar musim memang kerap hujan.

Batu dia nice gila! Haha

Lagi dalam Tenryuji Temple

Kolam tepi tu, banyak gila ikan.

Le gardenie. Eh?

Kat sini baru teringat nak keluarkan action cam gua. Huhu. Gua selamba je pergi rakam video kat sekeliling garden tu, orang pandang pun gua lagi suakan kamera kat orang tu. Kata pelancong kan? Hahaha.

“Ni kalau mak datang sini, confirm taknak balik!” gua bermonolog sendirian.

Dekat tepi garden dia ni pun dah boleh nampak bamboo forest. End of the route dekat Tenryuji Temple ni akan ada laluan direct masuk ke Bamboo Groves. Free, takde apa-apa bayaran untuk masuk.

The road not taken.

Kalau dah nampak ala-ala bambo forest ni meaning dah nak sampai laluan masuk ke Bamboo  Groves tu.

Maaf gambar campur aduk daripada Nikon P520, Asus Zenfone 2 dan SJCAM SJ5000wifi (sekali dengan menjawab persoalan mereka yang bertanyakan perihal kamera).


*to be continue

Thank you for reading this.


17 September 2015

Kansai Trip 2015: Nara

Assalamualaikum wbt.

Entry ni sambungan daripada entry muqaddimah few days ago. Actually gua lupa cemana nak beli ticket guna machine tu walhal tinggal tukar language je kot. Ianya semudah A B C. Hek lu! (cakap depan cermin). Lagipun kat KIX macam-macam line ada. JR Line, Nankai Line etc. Jadi untuk mudahkan tugas gua, gua tunjuk je itinerary gua kat pakcik kaunter Nankai tu yang gua nak beli tiket Nankai Line , bukan Nankai Limited Express dari KIX ke Shin-imamiya.

Kos untuk Nankai Limited Express adalah 1430 yen, jauh beza dengan Nankai Line biasa. Maka pakcik kali ni lebih advance, ditunjuknya gua terus mana nak tekan dekat machine tiket tu tanpa tunjuk kat gua cemana nak tukar ke English language. Ohmai..takpe pakcik, gua percayakan lo. So dapat pun beli tiket, 920 yen straight dari KIX ke Shin-imamiya Station. Bukan apa, gua plan nak letak beg kat situ dulu pasal malas nak angkut backpack 6.89 kg tu sekali ke Nara.

Dalam Nankai Line, lebih kurang 15 minit lagi nak sampai Shin-imamiya, pakcik sebelah gua tetibe tegur gua. Dengan suara yang kurang jelas, apa yang jelas adalah slang Nihon beliau. Maka dengan penuh ayu, anggun dan yakinnya gua terus berkata “Sumimasen ne, watshiwa zenzen wakarimasen (sorry, saya tak faham langsung)”.

Mendengar jawapan gua, beliau kendian tanya lagi dengan suara yang kali ini sangat jelas hingga terngiang-ngiang dalam gegendang telinga gua. “Dari Indonesia?”

I was like..eh dari tadi pakcik ni dok tanya aku dalam bahasa Indonesia ke??

Damn! Ohmai. Malu sungguh tak terkata kau jangan cerita la. Elok je orang jepun tegur gua dengan bahasa gua tapi gua reply dalam bahasa beliau. LOL. Tapi takpe, gua kool.
“Tak. Saya dari Malaysia.” Dan beliau pun angguk.
Rupanya pakcik ni dah 10 tahun kerja kat Jakarta, dan beliau kata beliau lagi fasih berbahasa Indonesia compared to English. Beliau bilang English sukar. 

Nama beliau Kawai-san.
And time gua pun macam “Eh, kawai as in kawai comel?”

Pakcik tu gelak, dia bilang “Kalau satu ‘i’ dibelakang kawa’i, kalau dua ‘i' dibelakang baru kawaii (comel)”. Dah yang gua guna bilang ni ngapain?

Gua angguk tanda faham. Mihmih. Malu tau. Seronok juga hari first jumpa Japanese yang boleh cakap bahasa kita. Gua kata beliau handsome then beliau reply “Takla, sudah tua. Muda handsome lah”. Hamboi boleh tahan masuk bakul juga pakcik ni. Haha. 

Beliau turun dekat station sebelum Shin-imamiya station.

Pakcik Kawai yang kawaii. Hihi.


Sampai dekat Shin-imamiya station gua agak kecewa sebab situ takde locker untuk bag. Gua pergi ke west exit, mencari bayang-bayang Toyo Hotel (tempat gua stay) that whole week. Kot-kot la boleh letak bag foc kat depa. Tapi sebelum sampai Toyo Hotel dah jumpa locker 300 yen. Yeay! Maka gua pun drop backpack kat situ dan kembali ke Shin-imamiya untuk ke Nara Station, mahu jumpa kengkawan hampa semua.

Dari Shin-imamiya station ke Nara Station naik JR Line, 560 yen lebih kurang 25 minit. Then dari Nara Station nak ke Nara Park dan Todaiji Temple kena jalan dalam 30 minit juga. Mujur ada orang kat luar station tu depa promote Japanese cultural events and sedang edarkan flyers. Ada sorang tu approached gua and bagitahu tempat dia dekat sekian sekian. Tapi gua tak pay attention sangat. Lepas dia siap cerita bagai baru gua tanya beliau. Which way to go to Nara Park? Hamek kau keluar topik terus. Maka dapatlah gua sehelai map daripada beliau. Arigatou oneesan, you are so kirei to kawaii. Hehe.

Nara Station.

Bila jalan dekat Nara kedai-kedai kat sana mengingatkan daku kepada Kobe, takde la sama sangat pun. Tapi macam ada sedikit similarities yang ntah gua tak tahu nak explain. Haha. Sikit lagi nak sampai Nara Park, hujan mula turun. Omiyage shops banyak kiri kanan, maka singgah satu untuk beli payung. Jangan cerita la gua bajet habis beli payung untuk kanak-kanak dengan harga 320 yen. Asal muat tutup muka dengan Nikon jadi la.

Along the way dari Nara station ke Nara Park.

Dah nak sampai!

Duit tak banyak nak naik. sobs.


Sampai-sampai je dekat area Horyuji Temple yang ada five-story pagoda tu terus banyak dah jumpa kawan-kawan hangpa. Haha. Ramai juga orang yang sibuk bagi makan sampai kena kejar, dok berselfie dengan rusa-rusa tu. Gelak-gelak jela gua di celah rimbunan manusia. Ehem. Time ni gua okay lagi. Kat sini la bermulanya rasa suka-tak-suka travel seorang diri.

Area 5 story pagoda tu.

Kat Nara ni memang jalan je kerja dia sampai gua malas tengok map dah. Gua follow je signboard yang menghala ke Todaiji Temple. Along the way nak ke Todaiji Temple tu banyak dah jumpa omiyage shops. Tapi gua malas singgah. Bajet ciput lahai katanya. Kat area sini je dah mula kena berhati-hati dengan najis rusa-rusa tersebut. Gua mula tak sedar. Sampai jumpa sebuah vending machine yang dilengkapi free wifi sambil post-post gambar dan reply whatsapp rakan-rakan barulah gua sedar yang kasut gua berat semacam.


Okay jeng jeng jeng! Surprise surprise!
“Molek betul tapak kasut aku!” Bisik gua dalam hati.

Nasib hari hujan maka gua langsung terus main seret-seret kasut dekat rumput dan batu-batu kecil yang basah. Muahaha. Mudah kan kerja gua?




Papan tanda win! It walks its talk. Haha. Boleh?


Malaih sudah tengok maps.

Pantang sangat nampak kamera. Bajet retis, bajet..

Nak kejar gua lettew. Tau dahh..

Serius kemahinn..

Suka la tu dapat makan maps gua. Cis.

Sampai je dekat luar entrance Todaiji Temple gua macam berkira-kira samada nak masuk atau pun tak. Kenapa? Entrance fee 500 yen. Sebab tu hari first, jadi gua macam tak dapat nak bajet berapa banyak lagi nak guna untuk hari-hari seterusnya. Walhal kalau haus selamba dua lamba pergi vending machine beli ayaq 120 yen. Hee.

Setelah termenung 3 minit sambil selfie di luar kawasan Todaiji Temple, maka gua buat keputusan untuk masuk. 500 yen je pun. Apa dehal. Alang-alang dah sampai kan. Dan nasib baik gua masuk, sebabnya bila masuk-masuk je Todaiji Temple tu sangat besar.

“Sugoiii!!” kedengaran warga-warga jepun memuji keindahan Todaiji Temple tersebut. Sekali dengan gua lettew. Kawasan sekeliling dia pun lawa baq hang! Okay, nasib baik tak kedekut 500 yen. Hehe.

Sugoii!!


Dalam kawasan Todaiji Temple.


The real one and the entrance ticket's one. Heheh.



 
“Todaiji's main hall, the Daibutsuden (Big Buddha Hall) is the world's largest wooden building, despite the fact that the present reconstruction of 1692 is only two thirds of the original temple hall's size. The massive building houses one of Japan's largest bronze statues of Buddha (Daibutsu). The 15 meters tall, seated Buddha represents Vairocana and is flanked by two Bodhisattvas.”

Setelah puas pusing-pusing kaki dah rasa nak tercabut gua decide untuk pulang. Jalan kaki nak balik semula ke Nara Station pun dah tahap semput tak hengat. 

Macam tadi juga, 560 yen untuk ke Shin-imamiya station dengan JR Line. Dan bila sampai di Shin-imamiya haruslah ke East exit untuk cepat sampai ke Hotel Toyo.

Gua check-in jam 3.30 petang waktu tempatan. Dapat bilik level 3. Fuhh!
Malam sambung jalan Dotonbouri.

Okay to be continue…

Thank you for reading this.

*updated: Entry Arashiyama-Part 1 boleh tengok sini.