Akemashite omedeto! あけまして おめでと みんなさん!
Alhamdulillah, gua baru kunjungi Klinik ENT semalam
untuk kali kedua dan tahap kesihatan telinga mula ada improvement. Since 2
weeks ago I have suffered from severe impacted earwax di mana klinik biasa dan
Pusat Kesihatan Universiti pun tak dapat nak menolong gua. Maka gua decide
untuk terus jumpa Ear, Nose & Throat (ENT) specialist. Gua pergi Subra ENT
Clinic, dekat dengan Galleria dekat Pusat Bandar JB nun. Boleh la service dia
okay, not bad. Staff friendly, pharmacist dia super duper friendly. You can ask
her anything you want. Dr pun okay. Gua bagi 4.5 bintang.
My advice untuk hangpa yang suka korek telinga
guna cotton bud tu, tolonglah hentikan tabiat itu serta merta. Sebab kita tak
tahu condition ear wax dalam tu macam mana, kot jadi macam gua, jenis ear canal
kecik, makin nak korek makin ke dalam tak ke naya. If ada sakit ke apa, please consult
your Dr immediately. Sebab gua taknak orang lain rasa sakit macam yang gua
rasa. Dijadikan cerita gua korek terlalu dalam sampai earwax tu betul-betul
tutup eardrum, mujur telinga sebelah saja. Gua ke PK, but somehow eardrop tu
tak mampu nak cairkan earwax tu, even dah flush pun masih macam tu. Sakit sebab
ear canal mula membengkak.
Sakit gila! sakit dia sampai kepala, gigi dan
leher dan memang tak boleh tidur malam. Nak buat kerja apa pun tak lalu. Dengan
keadaan yang pekak sebelah, susah nak adapt dengan condition yg balancing agak
off. Gua minta izin kat supervisor untuk tak ke lab that whole week. Gua nak
ucapkan terima kasih banyak-banyak kat budak Nabila sebab sepanjang tu dia
rajin tanya,
“Kak Nad orang kat luar ni, Kak Nad nak kirim
makan apa?”
“Kak Nad orang nak beli makanan ni, Kak Nad nak
apa-apa tak?”
Terharu rasanya. Sobs. Begitu juga dengan
Mukminah yang gigih temankan gua pusing-pusing cari ENT Clinic.
Tapi kan, Allah Maha Baik. Dia bagi sakit time
gua punya Japanese Language class dah habis. Dan time gua dah selesai siapkan
paper. Kiranya waktu tu, takde kerja crucial yang gua perlu siapkan. Thank you,
Allah :’)
Disebabkan ada masa-masa yang gua tak dapat
tidur dan tak dapat concentrate dengan kerja, gua mula korek-korek sketch book
gua yang agak bertahun gua tinggalkan. Gua memang suka melukis, tapi gua sedar
gua tak boleh buat selalu, gua ada komitmen lain. Tanpa gua sedar gua kembali
melukis few anime characters yang memang gua suka buat daripada dulu lagi. Tapi
gua sangat amateur la. Gua buat sebab saja suka-suka dan gua suka. Huhu.
Gua create satu account Instagram baru dan
upload hasil amateur gua kat situ. Bajet ada orang nak tengok sangat
lukisan hang, Nadia! Puih.
Yang buat lagi best is bulan lepas birthday gua,
ya gua sudah tua. Budak-budak ni beli cake sebiji celebrate sekali dengan
Mukminah yg juga fellow Decemberians. Double terharu! Mukminah bagi gua planner
2017, Kak Ida pun sekali bagi hadiah, budak Dayah and Nabila bagi gua sketch
book tebal baq hang sekali dengan Faber Castell water color pencils! OMG!
Triple terharu. Sobs…
Gua sedar. Allah sayang gua. Baru gua faham
perasaan macam mana rasanya kurang satu deria dan baru faham erti mensyukuri
hikmah kenapa Allah bagi kita telinga sepasang. Dan Allah hadirkan bebudak
Nabila, Mukminah dan Dayah dalam hidup gua. I couldn’t ask for more.
Semoga Allah terus berikan kekuatan dan kesabaran buat kita semua untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.
No comments:
Post a Comment