30 May 2011

Resipi Tempe Goreng Rangup!

Assalamualaikum semua!

Puhh puhh.. manyak giler habuk maa. Haha. Sulah lama ini belog tidak hapdate. Aku kekeringan idea walaupun cuaca semenjak dua menjak ni pon asyik hujan je. Memandangkan aku takde idea nak post apa, hari ini saya mahu mengajar tuan-puan *jamak tuan2 dan puan2 resipi tempe goreng yang rangup lagi dilises.

Bahan-bahannya:

  1. Tempe (mende kalau takde kau jangan gatal nak buat tempe goreng)
  2. Jintan manis
  3. Jintan putih
  4. Ketumbar
  5. 2 ulas bawang putih
  6. Garam secukup rasa
  7. Serbuk kunyit
  8. Telur 1 biji
  9. Tepung beras

Apparatus:

  1. Kuali
  2. Sudip
  3. Pinggan


Cara-caranya:

  1. Masukkan jintan manis, jintan putih dan ketumbar dalam lesung. Tiga-tiga ingredients ni dalam satu sudu kecik camtu la. Masukkan bawang putih sekali. Pastu tumbuk secukup rasa. 
  2. Jangan lupa bubuh garam sikit dan juga serbuk kunyit untuk warna kuning yang memikat.
  3. Pas dah lumat, campurkan bahan dalam lesung tu dalam tepung beras. Kasi air sikit kemudian kacau hingga sebati. Air tu kasi sikit je, jangan banyak-banyak.
  4. Pastu masukkan telur tadi tu. Kalau masih pekat kau tambah lagi air sikit. Kalau cair?? Sape suruh tuan puan bubuh air banyak2 masa awal2 tadi. Tuan puan boleh bubuh la tepung beras lagi sikit kasi dia pekat.
  5. Then tuan puan potong la tempe tu ikut suka tuan puan. Aku suka nipis2 sebab lebih rangup. Hehe.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Kalau kat rumah takde kuali periuk pon boleh.
  7. Bila minyak dah panas, boleh la celup tempe tu dalam bancuhan tepung tu dan masukkan terus dalam kuali.
  8. Bila dah garing dan berwarna kuning ke’aurum’an, bolehlah angkat dan terus dihidangkan.


Sungguh sedap bila dimakan ketika masih panas bersama sambal kicap.
Thumbs up!


Selamat mencuba!!


p/s: Sorry, lupa nak amek gambar sepanjang procedure. Lepas ni kalau ada buat lagi saya akan update. Hehe. Thanks for reading this. =)

22 May 2011

CCI 43 Chilling

Assalamualaikum semua!!!

Actually, aku sangat takde idea untuk mengepost apa hari ni. Ikutkan hati malas dah nak post apa2. Tapi bila tengok belog aku ni yang macam dah berkurun tak dihapdate, so aku pon come up dengan kisah ni. Apa itu CCI?? CCI means Cuti cuti Intake. Iye, bukan Conducting Commander 1 ye. Harap jelas di sini.

Nak dijadikan cerita, 13 Februari hari tu kitorang adik beradik intake 43 telah berrombongan ke Sg Chilling. Nama pon cuti2 kan, makanya mmg enjoy sakan la time tu. Kitorang ke sana dengan sebanyak bape bijik kete ek?? Aku tak ingat la. Jap2 aku recall jap. Yang pastinya masa pegi tu, Nana and Dila drive Wira masing2, Opor drive Viva, Bun drive Kancil, Mubin drive Gen2. Ok, total 5 bijik kete. Pagi tu gerak lambat drpd waktu yang telah dirancang disebabkan beberapa masalah. Tak kisah pon kan, Sg Chilling tu tak lari mana.

Dekat pukul 11 gak kitorang sampai sana. Before pegi tu aku dah berkira2 dah macam nak sarung kasut atau yg seumpamanya dengannya, tapi ntah camne aku sarung je jugak selipar jamban aku yang corak2 askar tu. Selipar jamban aku pon nak jugak kan merasa jalan jauh kan. Lagipon ni first time aku pegi Chilling, diorang kata ok je kalau pakai selipar jamban, jadi aku pon pakai jela selipar tu. Sesampai sana je terus....“Mak aih, apsal la dorang tak kata kena redah sungai bagai. 5 pulak tu. Kalau 1 je takpe jugak, kesian selipar jamban aku weyh“. Dan memang aku sudah dapat mengagak, memang sengsara bagi aku untuk merentasi kesemua sungai tu dengan selipar jamban aku ni. Huwaaa!!


Awal2 sampai; kena daftar ye tuan puan pastu kena bayar singgit tuk satu kepala.

Perjalanan yang extreme untuk selipar jamban bermula!! ho yeah!

Iye, kami semua sedang gigih merentasi sungai tu.
Ni sungai yang ke berapa ntah, aku tak hengat. Huhu.

Dah macam pelarian pon ada sebab gendong beg besar2 takmo kena air.

Gambar pelarian yg lebih clear. Eh2, kenapa dengan muka Leha??

Penat merentasi sungai dah tak terasa bila nampak air terjun ni yang sgt best giler!
Subhanallah..=)

Bertenggek atas batu loncatan.
Kenapa aku panggil batu loncatan?? Sebab budak2 nih suka naik atas batu ni untuk
buat terjunan bebas ala2 orang nak buat bungee jumping.
Oh ye..Mamat yg belah kiri sekali tu bukan ahli rombongan kitorang.

Ce teka. Ce teka. Ce teka sape ni.
Peh, masing2 mentekedarah macam org sebulan tak makan.
Nama pon pelarian kan.Haha.

Bergambar sebelum pulang.=)
Lebih kurang pukul 1 lebih camtu kitorang pon pakat dah nak kemas2 barang dan pulang. Lagipon makanan sume dah habis kan. Hee. Puas sebab dapat main air. Even kawasan nak main air tu kecik je, tapi seronok la jugak sebab 2 kali disc frisbee aku hanyut beb. Ntah sape punya keje ntah. Nasib baik ada bro2 yang lebih kurang mcm hensem kat area2 bawah tu tolong amekkan. Yeke diorang amekkan? Aku tak tau sebab bukan aku yg pergi kejar disc tu. Hoho. Sekali lagi...perjalanan extreme dengan selipar jamban pon bermula. (-__-')

Wawa datang lmbat. Kitorang tgh siap2 tukar baju time ni.
Dalila kesian kat Wawa lalu mnemankan Wawa untuk mandi bersama. Hee.
"So far so good komander!"
" Saya tak bersalah komander!"

Singgah makan jap kat warung tepi jalan sebab sume dah kebulur tahap petala ke8.


Otw balik, kitorang singgah makan jap kat warung tepi jalan. Yela kan, manede orang berniaga warung tengah2 jalan. Kan kan kan?? Mase balik tu jugak hujan agak lebat. Perjalanan balik tu masing2 dah terseparated. Haha. How come?? tanya Hakam. Tapi tak kisah pon sebab memang dah tinggal balik je kan. Ada la dalam pukul 8.15 sampai kolej. Sampai je bilik, kelam kabut aku change parade pakai sport com sebab pukul 8.30 ada meeting. Mana boleh ponteng meeting maa. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Huhu. Siyezly, I missed that moment. And aku rindu kat abang2 kakak2 adik2 aku. Tapi kan kalau nak buat CCI lagi aku takmo pegi Chilling lagi dah. Haha. 

P/S: Korang, Kite Sesame Comel ada bagi cadangan untuk buat CCI seterusnya ke rumah aku time raye nanti. Hehe~

08 May 2011

Kereta Sorong dan Adik-adikku~

Assalamualaikum dan hye semua!


Sampai sudahnya aku masih lagi tidak ada mood untuk setadi sebab mood tak datang lagi. Takpe Encik Mood, datang lambat pon takpe, aku sanggup tunggu kau hatta sampai bila-bila sekalipon.

Ni entry second tuk hari ni. Haha. Satu chapter organometallic pon kau tak sentuh lagi kan, memang terbaekk dari ladang kau ni. Ok, tajuk entry, cite pasal keta sorong. Bermula kisahnya begini.

Aku upload video adik aku (Nazri) berlatarbelakangkan lagu Soley soley dan buat gaya macam Abi Hurairah dalam cerita HKLBR tu. Pastu dengan sengajanya dan tanpa segan silunya aku mengupload video beliau itu. Tuan punya badan tak tau beb! Sekali kantoi sebab abang dia habaq kat dia. Sudahnya, mengamok dia satu kampong berlari kejar orang kampong sambil bawak senapang gajah. Ok, dia tak buat macam tu. Dia ugut nak pecahkan M380 aku. Kurang asam kau dik! Ingat aku takut ke hape??

Disebabkan itu aku teringat kat adik aku tu. Nazri tu lain spesies sikit, dia pemalu tapi bila dah sesorang tu jadi tak malu tak hengat dunia. Penuh dalam lappy aku ni video dia yang ntah hape-hape. Kau ingat kau hot sangat la nak simpan video kau dalam ni. Tapi....video dia la yang buat aku selalu gelak sesorang tak hengat study. Dia ngan adik dia (Jiha) kat rumah macam anjing ngan kucing (bukan aku nak kata adik aku sorang macam anjing dan sorang lagi macam kucing ok, kau kena faham tu). Bertekak, bergusti 24/7. Tapi yang kelakarnya bila dah ngam baik giler tu boley pulak gelak guling-guling sama-sama, main masak-masak sama-sama. Tak paham aku.

adik #4: Muhammad Nazri

paling bongsu: Siti Najihah


Mula-mula Arie kasi dengki sama adik dia.
Padang pasir pon diredahnya. (-_-')
Tengok pic ni cam sweet je diorang ni, tapi kalau dah gaduh tu kau jangan cerita la.
Kucen-kucen pon ketakutan sampai sanggup lari masuk reban ayam. 
Turn abang dia pulak sorong adik dia.
Bukak mulut nak sama gaya.


Ni gambar mereka yang dirakam pada 25 Oktober 2009.
Masa tu diorang masing-masing berumur 12 dan 9 tahun.
Semartt kan keta sorong tu ayah aku modified. Haha.