20 May 2013

Anthem [Hlovate] - Part 1


Assalamualaikum wbt.

Baru dapat Anthem Jumaat lepas then belum sampai 24 jam dah ada orang minta buat review. Dan ada jugak yg tanya berapa bintang boleh bagi. Best ke? Dengan CJ cemana? Versus ke?

Okay boleh tengok review yang dua tu.

Nampak tak Hlovate punya wave kat situ? Ce kalau novel lain. Takpe, no need review. Baca sendiri saja barangkali?
Exam lagi 2 minggu jadi macam tak tau ntah bila boleh habis.

Apa boleh cakap, jalan penceritaan dalam Anthem sangat beza dengan CJ tapi apa yang nak disampaikan itu sama. Faham bukan?

Tak habis lagi pun baca tapi jumpa dah part yang bila mana baca tertunduk, baca sikit termenung, baca sikit fikiran melayang, baca lagi dan pejam mata rapat-rapat. Tak boleh elak.

Sebab?

Entah berapa kali das rasa macam ada orang jentik dahi bagi otak bergegar. Takde. Takde tsunami pon. Catrina pon takde. Tapi itulah. Sakit. Sakit yang macam tak boleh nak hilang.

Nak cerita yang selebihnya kena tunggu betul-betul habis baca. Takmo buat review lagi.

Sekadar ingin kongsikan Hlovatulis…Anthem.

... saya dalam gelap…
…dan salah siapa kalau saya tak nampak?
…kenapa orang keliling hanya pandai bising…
…tapi tak pandai menghulur tangan?

Jangan pernah judge masa lampau orang lain.
Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.

Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercampur noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita singsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam.
Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok dan akan datang, adalah yang baik-baik sampai ke penghujung nyawa.

Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam,
tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna.

Minta dengan doa.

Maka, anthem anda apa pula?




InsyaAllah part 2 bakal menyusul.

No comments:

Post a Comment