11 March 2013

Sebelum Aku Bernikah



“Weh, best ke couple ni?” pertanyaan Min yang tak semena-mena buat kepala aku terangkat dari nota Natural Product.

“Couple like ‘couple’ yang belum kahwin tu?”

Min angguk.

“Kenapa tanya?” predictable question.

“Ntah. Saja nak tau. Sebab aku takde pengalaman tu.”

“Serious?? Ok seronok!”

“Seronok? Apa yang seronoknya couple tu?” wajah Min umpama kanak-kanak yang penuh sikap inkuiri.

“Bukan couple tu seronok. Kau la seronok pasal tak pernah couple.”

“Gitu?”

“Ha la. In my pov, couple tu merosakkan. Merosakkan aku. FYI Min, kalau Allah bagi aku peluang untuk aku hidup balik dari aku form 4 dulu, aku pilih jalan kau.”

“Kenapa? Bukan ke rasa macam best bila mana kau ada problem, kau ada orang nak share problem kau, bagi semangat dekat kau, means kau bukan sorang-sorang. Ada je orang sentiasa dengan kau.”

“Selama ni kau fikir macam tu?”

“Ntah. Aku agak je.”

“Fikir-fikir balik aku ni jahil dulu. Jiwa masih kosong barangkali. Lupa yang Allah sentiasa ada dengan kita tapi kita tetap cari seseorang yang bernama lelaki yang kononnya boleh jadi penghibur di kala lara. Pun lupa jugak yang family kita sentiasa bersama kita. Tapi syukurlah Allah bagi aku perasaan bersalah bila aku buat something yang tak betul. Kalau boleh aku nak ada kat tempat kau.” senyum kelat.

“???”

“Untunglah bakal husband kau. Jadi orang pertama dan terakhir yang kau sayang."

        -              -              -              -              -              -              -          -

Meluaskan pandangan kepada kehidupan. Satu perkara yang penting, apabila cinta ditolak ataupun putus cinta adalah mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang bodoh, menghalang kita daripada tidak bersemangat, dan sebagainya.

Bukan pula bermakna kita tidak dibenarkan bersedih, menangis, dan berasa hiba. Silakan. Saya juga demikian.

Namun jangan lupa tujuan hidup kita atas muka bumi ini bukan semata-mata bagi mendapatkan seorang lelaki ataupun perempuan. Tujuan hidup kita adalah bagi mengabdikan diri di atas muka bumi ini.

Jadi, cinta yang sebenar, jikalau kita benar-benar mencintai seseorang, maka apabila dia menolak kita, kita doakan kebahagian buatnya. Kita teruskan kehidupan dan tidak lagi mengganggu kehidupannya.
Itu yang sepatutnya kita lakukan!

Maka, lihat peluang dan ruang yang masih ada dalam kehidupan.

Palingkan wajah kita kepada Allah. Mungkin putus cinta, dan cinta ditolak adalah panggilan-Nya untuk kita lebih rapat kepada Dia, membersihkan diri dan menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Mungkin kita ditolak kerana dosa dan akhlak kita yang masih tidak baik di sisi Allah. Ini menyebabkan Allah tangguhkan dahulu kebaikan untuk kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita, dengan menguji supaya kita bergerak ke arah perubahan. Ya, siapa tahu?

Positif. Bersangka baik kepada Allah.

Cinta adalah usaha memperkasakan ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan hati. Cinta adalah usaha mempunyai kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan berkahwin.

Sebelum Aku Bernikah – Hilal Asyraf



1 comment:

  1. Agree sangat.... Tu yg sampai sekarang x bercouple lg.... Yg dulu² tu sebab otak x berkembang lg kot... Uhuhuhu

    ReplyDelete