25 December 2012

Souvenir.

Assalamualaikum wbt.

Study week bersamaan dengan cuti semester.
Pinjam Ila 4 hari. Dengan alasan ajak jalan-jalan Batu Pahat.
Apa lah sangat yang ada kat BP tu..-.-

Day 1: sampai rumah. Rushing terus pergi rumah nyai. 
Nak Toyota Rush plisss...

Day 2: plan ke Bekok ditukar ke Kolam Air Panas Labis. Bukan kolam air panaslah. Kolam rebus orang. Panas gilaaa!!! 
Main dukung-dukung. Untung Ila ringan macam kapas. (boleh ke?)
Hari tu jugak rasa jadi coach frisbee. Ntah dari mana datang 3 orang budak minta nak main sekali. Kami main dekat parking lot kolam air panas tu. 
Dan disc tu dah macam kena gigit tikus mondok. 
Maaf kakak matlab.(Fazila) -.-
Adik umur 8 tahun tu tanya, "kat mana kakak beli benda ni?"
sambil pegang disc oren tersebut.
"akak beli kat KL" muka tak berriak.
"Uiyyooo..jauhnya!"
"Eh..takla. Kawan akak bagi ni. Tak tau dia beli kat mana" eheh eheh.
Bila mana aku pass disc dekat Ila yang jaraknya moreless 20m dengan aku, dan mereka akan...."semmmarrrrtttttnyaaaa"
Ohoi...main 6 bulan baru boleh lempar cenggitu tahu? #Poyo.

Malam tu ada kenduri rumah nenek belah abah. Then, makan-makan rumah nenek belah mak. Mujur tak boleh buat Kage Bunshin No Jutsu! =.=
sekian lamanya tak makan sate tapi that day jumpa. Hoyeah!

Tak dapat bayangkan kalau Ila goyang2 kendian kami sama2 jatuh. =.=

Sate + Soto. Omnombom.


Day 3: Bawak Ila jalan-jalan BP. Sekali dengan bibik.
Best. Sebab bibik belanja Pizza Hut, top upkan minyak kereta + belikan foundation. Kehkeh.
 Aku memang seorang anak sedara yang sedar dek untung.
Otw balik rumah, dapat Walls Stoberi Ciskek idaman kalbu.
Haih..heaven.

Nak bebola cheese tu tp meke kata ia dah cair. -.-'

Makan sorang!


Day 4: Mak minta balik esoknya, tapi sebab bawak Ila terpaksa balik hari ni jugak.
Keluar BP lagi sebab nak cari barang-barang Najihah.
Try makan udang penyet kat Carrefoure nuu.
Not bad. Owh, the sushi also btw. 
Makan sushi di kedai ayam penyet.
Ohsem tahu!

Sumpah wasabi dia buat aku jadi naga 5 saat. Naga yang berair mata.. -.-

Udang penyet.

Before masuk tol Ayer Hitam, sengaja drag Ila pergi kedai barang-barang pengantin. I know all the things there are super duper kawai + adorable.
 Ila geram. Dia angkut satu Stitch besar dengan harga RM30.
Sumpah Gee akan jeles dengan kami.
Takpe, dah bungkuskan ciku untuk dia. =p
Daku yakin Ila akan datang lagi bila pakcik MARA dah bagi sangu. Haha.

Si kecik.

Nah, souvenir!

Alhamdulillah malam tu sampai UTM (malam tadi).
Tapi assignment Inorganic masih belum rasa nak buat.
Buku Biochem pun belum rasa nak buka.
-__-'





07 December 2012

Sarkastik.



Sebulan dah.
Ye, sebulan.
Sarkastik.
Sarkas plastik.
Apakah?
Dushh! (tumbuk muka sendiri)

Lately Aty lagi banyak dah update entry daripada aku. Nad apatah lagi. Eh, ada blog main lawan-lawan update ke cemana tu? -.-

Duniawi. Sungguhlah buat sesak kepala. Sampai satu tahap rasa nak shut down otak sekejap.

Dalam erti kata lain ‘mati sementara’. Dah nama pun shut down bukan?
Okay, tak boleh. Indeed. Impossible.

Dapat satu, tapi kendian hilang dua. Dapat dua tapi tapi tapi hilang tiga. Camane tu?

Nak salahkan environment? Manusia? Alam semesta? Para monyet di Tanjung Ketapang? Mahupun semut-semut di belakang gerobok? Atau atau atau buah getah yang meletup bila dah kering tu?

Dah kenapa kau ni?

Kenapa tak tengok kat diri sendiri dulu??? Serious.

Kata orang patah tumbuh hilang berganti. No, bukan. Pada aku patah tumbuh hilang kena cari.

Ekk? Like serious? Yeah.

Kau dapat sesuatu, then kau kehilangannya. I mean sesuatu kat sini boleh diterjemahkan as apa sahaja, hatta manusia pun. Tapi bukan kehilangan itu in term of kematian, bukan. Faham bukan?

Kenapa nak salahkan environment, manusia, alam semesta, monyet, semut-semut atau buah getah? Kenapa tak tengok diri sendiri dulu. Muhasabah diri.

Berapa kali bersyukur? Boleh kirakah? Berapa kali rasa tak cukup dengan nikmat yg kita ada? Boleh kira lagi? Atau tak terkira?

Semua. Semua yang kita ada semua tu lah Allah bagi pinjam. Ye. Pinjam.

Jadi kau kena set siap-siap yang bila-bila masa je Allah boleh tarik balik semua tu tanpa kau patut marah. Sebab kau tahu semua tu Allah bagi pinjam. Kau pun tahu kalau kau pinjam barang sesapa pun kau kena pulang bukan?

Jadi, sementara Allah masih beri kau peluang untuk rasa segala nikmat dunia ni, pernah kau bersyukur?

Ok habis dah. Sekadar peringatan untuk para sahabat juga buat diri ini.
Ada ke patut tajuk entri cenggitu? huh! =.=

Terima kasih, Ya Allah.




23 October 2012

I'm Alive!


Tapi, kau dah get over semua tu.
Me, not. :(

Do you think I really get over it?
Semua benda ada consequences.
Kita, kalau berkehendak terhadap sesuatu, Allah akan bukakan jalan, 
tp kalau kita tak nak, Allah akan tutup jalannya..

For me, it seems you've get over it all.
Rasa nak demam...

Tak pun. 
Bila kita belajar sesuatu, lagi banyak yang kita tak tahu tau..

I just hope Allah gives me strength to face His tests.
I know a lot more to come.
I really adore you.

Manusia kan jatuh bangun, but I think you always good.
Never lose hope..

Like serious?
Sometimes aku regret. Tak sangka dengan dia boleh jadi sampai mcm ni. Jahilnya aku..

Petanda Allah sayang pada kita, dia kurniakan rasa 'tak kena' bila kita buat something salah.
Bersyukur atas rasa tu..
Like seriously.

Tapi kan...kita boleh kan minta dengan Allah dengan sebenar-benar pengharapan agar jodoh kita dengan dia?

Boleh. Tapi, kita berhajat atas dasar?
Kau boleh usulkan, tp medium perantaraan antara kau dengan dia, mungkin lebih baik menepati syarak.
Macam nilah, aku bagi perumpamaan. 
Yg halal, dan yang haram adalah jelas. Kalau kita beli kereta, pinjam duit dekat along, dengan riba, confirm2 kereta tu jatuh ke tangga haram, ye tak?
Jadi, apatah lagi urusan nikah semua ni.
Kita tak hidup dengan suami sehari dua, might take up years & full of hardship.
Hmm...

Hmmm...rasanya aku faham. 
Kann...'dasar' tu yg jadi big Q mark.
I'll try.

:) jangan risau, I felt the same, be happy & tough.
He is always there for us..

I will. InsyaAllah...




I read Syurga Merinduimu this morning and I smile.
Says the Quran...

And from among you there should be a party who invite to good & enjoin
what is right & forbid the wrong, and these it is that shall be successful. 
(3: 104) 

Thank you Allah :)
Thank you, you.

04 October 2012

Taubat Sambal Belacan


Taubat nasuha (taubat yg sebenar-benar taubat) versus taubat sambal belacan.

Terima kasih kepada Dr. Arieff kerana telah memberikan aku idea untuk entry kali ni.

Seperti biasa, Dr. Arieff memang suka melawak dalam kelas dia. Baguslah, as a selingan. Kalau tak possibility untuk aku yawn memang boleh jadi tinggi. Tapi semalam tak rasa. Mungkin sebab kelas Biochem cancel. Huhu.

Mula-mula terfikir, resonancenya taubat yg berlawanan dengan taubat nasuha tu dengan sambal belacan. Why must sambal belacan?? Serious tak boleh fikir langsung.

But then dia terangkan...
Ok macam ni. Sambal belacan tu pedas. Tapi sedap. Sangat! (bagi mereka yg menggemarinya)

Bayangkan makan sambal belacan yang sangat pedas sampaikan muka hangpa jadi merah macam buah saga. Then anda bersumpah kepada diri anda sendiri bahawasanya anda takkan makan lagi sambal belacan kerana rasanya membunuh!

Keesokan harinya, anda makan tengahhari dan anda jumpa sambal belacan. And you cannot help yourself from taking a scoop, no, maybe two or three scoop of it and put it right next to your ayam goreng. See?? Now you know, why it was called ‘taubat sambal belacan’ kan??. Huhu.

Sumpah sambal belacan memang sodap! Kalau makan buatan mak aku, memang dapur boleh banjir.

p/s: Assignment dia aku tak siap lagi. Wuu~ T_T


10 September 2012

UiTM without 'i'


Yosh! Aku rindu blog aku. Ini kenyataan serius. Tiada unsur penipuan di sini.

Alhamdulillah, Khamis lepas aku selamat diishtiharkan sebagai seorang student. Ehehe... bajet muda. Sepanjang pendaftaran takde masalah, tak sangkut kat mana-mana section. Tu yang paling buat aku lega. Ain dengan Aty yang paling banyak tolong sepanjang waktu sebelum registration ni. Kalut jugak la kalau diorang takde. Thanks korang! =‘) Tapi aku sangat sedih pasal registration process tu sangat lama sampai aku tak sempat check in mana-mana kolej pasal dah habis office hour. Muka aku kat matric card sangatlah macam muka budak hilang mak/muka mak hilang anak. Sobs..

-_-'

Sudahnya aku tumpang rumah Mak Ha (mak cik aku) ada la dalam 3 hari. Hewhew. Syukur jugak rumah dia dekat je. Ada la dalam 15-20 minit je Bukit Mutiara tu dengan UTM. Jejak kaki masuk-masuk pintu gate tu je dah ada list the differences between UiTM dengan UTM kat dalam kepala. Al-maklum la before this tak pernah sampai sini. Ada yang UiTM ada tapi UTM takde, ada yang UTM ada, tapi UiTM takde. Standard la kan.

Gambar first yg disnap masa kat sini.

Budak kelas aku (batch 1st sem) ada 8 orang (termasuk aku). Semua perempuan. Back to STA! and most of them dari UiTM amek forensic. Ila, Jannah, Kak Iqa, Dayang, Gee, Dila and Puteri. Diorang semua sangat best! Hari first borak-borak je dah macam kenal lama. Haha. Jumaat hari tu lepas habis briefing dengan coordinator si Jannah dah ajak aku pergi Jusco Taman U. Sekali dengan Ila. Semua tak tahu jalan, jadi main redah je la kan. Macam tak biasa pulak kau Nadia!

Petang tu jugak settlekan kolej. Alhamdulillah sekali lagi hikmah check in lambat aku dapat satu bilik dengan Ain. Ila pun dapat tukar kolej. Terima kasih dekat Encik Nazam yang sangatlah sporting. Alangkah bahagianya kalau semua staf UTM macam Encik Nazam! Huhu. Sepanjang kat sini dari Jumaat tu banyak bergantung dekat peta UTM yang aku amek dekat HEMA (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni). Serik wo sesat je kerja. Habis minyak kereta den! Heewhew. (again??)

Siang tadi dah start kelas. Cuak seyh. Lama kot tinggalkan lecture notes. Tak sangka first class Advanced Inorganic Chem tadi dah start belajar. Hamek kau! Keluar balik segala macam ligand and coordination compound, sekali dengan cluster compound. Kah2. Padan muka! Lepas tu lecturer Bioinorganic Chem masuk dah buat muka macam tertelan kapur. (yeke muka orang tertelan kapur macam tu tadi?) serious taknak masuk kelas tu! T_T

Jumaat petang minggu ni ada briefing on OSHE. Tapi malas nak pergi pasal nak balik rumah cepat, boleh tak?

Sekarang baru aku faham perasaan Ain yang selalu balik masa kat UiTM dulu. Huh. Bahagia!
Buku baru, u baru, hidup baru??? Yosh, fighto!!


Budak ni tak bagi aku balik, dia sorokkan selimut aku! -_-'


But still... UiTM di hatiku. =')



02 September 2012

Be Ignorant



Yosh! Here comes the ‘Be Ignorant’ thingy.

Terpaksa recall balik peristiwa dulu-dulu untuk lebih penghayatan. Feellah konon. Apa-apa saja.

Serabut! Banyak sangat assignments, tests, quizzes, group discussion, presentation, meeting MPKK, event,  final year project bla bla bla yadaa yaadaaa. Satu je solotion dia bagi aku.

Nadia, be ignorant.
Huh???
Be ignorant.
Kenapa??” yelaa. Kalau diabaikan tak ke lagi memudaratkan. Cari nahas namanya tu.
Be ignorant, tak bermaksud tak kena fikir. Cuma ignore. Ignore. Ignore sekejap.
Mula fikir. Dia yang aku kenal memang nampak macam sempoi, macam takde masalah. Dan memang selalulah mulut bertanya, “kau takde assignments apa-apa ke?

Dan jawapan dia pulak tak pernah takde. Aku ada assignments, dia pun ada assignments. Dia ada kerja dalam kompeni, aku pun ada. Dia student, aku pun student. Jadi, takde beza pun. Tak ke?

On the spot jugak aku faham dah apa yang dia cuba sampaikan. Be ignorant tak bermaksud kau kena lupakan 100% apa yang kau tengah face. Takkan la kau tengah run event kau nak lari macam tu je? Takkan kau tengah buat fyp kau nak quit macam tu je? No, bukan macam tu.

Be ignorant kat sini lebih kurang macam you’re diverting your attention to something that comes prior to you. I mean if kau buat assignments yang kena submit esok tapi kepala dok fikir paper work yang kau kena submit lusa, jiwa kacau sebab dua-dua pun penting, then you totally have to forget that paper work even the due date is tomorrow after the assignments. Why? Sebab kalau kau fikir pasal paper work tu high probability assignments tu tak jalan, and higher probability yang both assignments and paper work tu tak jalan. Jadi, faham bukan?

After that day, aku cuba tanam be ignorance tu dalam-dalam kat dalam kepala aku dan aku cuba apply. Apparently it works! Seriously, risaukan semua benda pun tak guna kalau tak boleh pay 100 percent attention kat benda tu.

Masa aku form1 dulu, senior aku pernah cakap “Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting.” Same goes here. Sometimes we have to ignore A in order to stay focus on B. After B was settled, then we came back for A. As simple as that.

Yang bestnya be ignorant ni boleh apply kat banyak benda. Tehehee~

Thanks Syafiq for the ‘Be Ignorant’. It really helps me a lot. Even that two words seems nothing, but it really helpful. Three semesters are not a short moment kan? Hehehe =)


29 August 2012

Meri Poppinsss


Tadi macam dah berkira-kira nak buat entry regarding 'Be Ignorance' tapi gua lebih gigih gelak-gelak tengok gambar yang gua ambil dengan adik-adik gua. Gua rasa gua kena postpone dulu be ignorance tu.

Gua rasa adik gua macam nak terbang kena tiup Katrina.
Rasa nak lempang tengok muka beliau.
Gua bajet gua macam Meri Poppins tp gua lupa beg gua. Haishh...

Katrina dah takde jadi gua boleh senyum riang.
*tolong lempang gua*

Jangan risau! lepas ni gua suruh dia potong rambut. Serabai!

Gua tau gambar ni error gila, tapi gua nak letak jugak.

Sudahnya payung gua jadi camni. Sobs...


26 August 2012

Ashraff Omar


“Skateboarding is not a crime, nikah awal is not a crime”


Hikayat alam street. Memang orang pandang stylo coolio. Sungguh. Betul. Memang cool. But it comes with a price. Kalau nak berubah from what we were, it’ll be hell to pay as a manner of speaking. Sebab segalanya dah terasa jadi darah daging, dan untuk mengubah hakikat itu bukan mudah.

Versus ini ada nostalgic dan sentimental value yang tersendiri bagi saya. Versus is my past portrait; in a way. The core of this cerita is à torn apart inside . memang sakit. Sakit tanpa luka. Changes in life. Turning point. Semua orang memang akan rasa semua tu dalam usia melalui hidup ini. Turning point masing-masing yang berbesa. Saya bukan AO, saya bukan Minn. I was both Minn and AO here and there, now and then. Bukan la mengatakan yang saya adalah mereka dalam bahagian ‘orang bercinta’ tu. Tapi lebih kepada bahagian versus dan perang melawan diri itu sendiri. Untuk Versus ni, penilaian terpulang pada diri masing-masing. Everybody passes numerous paths along the road of life. There’s always a dilemma when it comes to choosing.

“…bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan...“

Hlovate's



Aku bukan minah novel. Aku hantu komik. Dulu pandang novel pun macam…der..apa ada dalam tu?? But now, aku takde la sarkastikus sangat macam tu. Hlovate changes me. Tapi aku jadi bias dah sekarang. Bukan semua novel aku baca. Contengan Jalanan (CJ) tetap no 1 bagi aku. No 2 jatuh kepada Versus. Why Versus? Sebab ada AO. Cett! Ok, bukan. Because it’s all about hijrah and it requires you to rotate 180 degree. Sometimes aku dengaq orang dok kata 360 degree, 360 degree, 360 degree. Kemudian aku akan gelak ‘kah3’. Sebab? Hangpa tak blajaq matamatik ka?? Kalau 360 degree hangpa dok maintain kat situ ja, tak pi mana-mana. Pedas?? Sila buka kembali buku matematik ok.

Sepertimana yang aku tweet malam tadi, aku nak cakap pasal AO. Yes AO. Ashraff Omar. Watak utama dalam Versus. Kenapa aku tak amek Minn Edina?? Sebab aku perempuan dan AO lelaki, jadi perempuan lebih tertarik dengan watak lelaki, tak gitu?? Ha ha ha.

Dua perenggan atas tu memang aku copy paste je daripada Versus mukasurat belakang. Serius. Ayat-ayat Hlovate sempoi. Sempoi tapi terkesan kat hati. Sungguhlah kalau cerita tu based on Hlovate’s past portrait, I really adore him/her. Aku guna her je boleh tak? Pasal naluri aku kuat mengatakan yang dia ni seorang perempuan.

AO. Ashraff Omar. Daripada seorang kaki street yang bajet bagus, bajet handsome, bajet terer bebenor main skate but then he tend to change for good after he meet Minn Edina or Ed Sassin‘. Change for her. Tapi tak lama tu dia sedar dia salah niat and he really changed lillahi Ta’ala. He learnt what he missed in Australia. In fact, he kinda surpassed (hamek kau surpass terus) Minn bila Minn realized yang dia tak se’baik’ AO. Itu bila mana yang selama ni Minn sedar yang dia dah ubah dress code dia tapi santapan telinga dia masih lagi lagu-lagu yang pada dia takde makna tu. *terasa sendiri beb!*  sob sob…

Senang cerita aku memang jatuh cinta habis la dengan AO. Sebab dia tinggi. Aku suka orang tinggi. Opss.. aku minat skate. Tapi aku tak pandai main. Pernah la main tapi aku rasa skill tu dah kureng. Last skate pun ice skating je long time ago. Main sampai kaki dan tangan membeku. Dan berhenti main disebabkan jugak gluteus maximus dah sakit. Uhuhu.. Kental tak bila time birthday nanti aku nak mintak mak roller blade sepasang? Most important thing is AO changed. Changed for good. Hijrah. Istiqamah. The hardest part ever. He managed to overcome it until he get married with Minn, happily ever after. *suka suki ja*



p/s: maaf, versus dah lama gila publish tapi aku baru buat cerita pasal AO.


25 August 2012

Rindu Lettew??


Konon buka buku baru maka blog pun kena nampak baru ke?
heh??
Amek kaler coklat pasal tu favourite kaler mak.
And sebab kaler tu paling masuk dengan pink. Kot.
Rasanya reason no 2 tulah major reason.
Bukan sebab mak. Opss...
Pink tu tak boleh vanish lah. Susah.

Nad main teka teki dengan aku.
Sekarang aku tengah tunggu jawapan dia.



Sebenarnya aku tak rindu Helmilda.
Tapi aku rindu korang!
Acaner tu??

rindu kat makanan cafe SAAS jugak weh! haha

Kau tengok nama kat full-u kita, sama kan?
aku baru teringat yg aku pinjam full-u kau masa nak amek gambar passport. Tehe..
Btw, masa cari gambar kat atas ni aku jumpa sekali gambar aku candid gambar Ida dekat DSB.
Ida tidur dengan full-u.
Crowd control kot time tu.
Haha. Comel.

Dinner first komander. Punyalah low profile pakai baju kurung je.

Tak ingat la TTS sem bila ni. 3??
Syafiq punya 'be ignorance' tetap aku ingat sampai bila-bila sebab words tu banyak tolong aku.
Di luar sedar aku.
Walaupun kadang-kadang vlog kau dah lama upload aku baru nak tengok, but everytime aku tengok cerita ada Johnny Depp, mahupun Christian Bale, aku mesti teringat kau.
Hehe.
Thanks Syafiq.

Thanks guys! Thanks 43 =)



Hentian Sementara



Sungguhlah hati manusia Allah yang pegang.
Sungguh aku tak sangka kan, kelmarin aku minta hari ni Allah dah perkenankan permintaan aku.
Permintaan aku untuk melupakan dia.
Supaya aku bisa mengurangkan tempat persinggahan aku dalam dunia ni.
Duniawi yang sering bikin aku penat.
Duniawi yang seringkali menyeksa aku.

Mungkin ini permulaannya..
Dan betullah nak nasihatkan diri sendiri tak semudah nak nasihatkan kawan-kawan.
Kita boleh cakap kita faham tapi sungguh ke kita faham??
Kenapa?
Sebab kite takde dalam kasut diorang.
Tak ke??

Mesej yang disampaikan untuk memudahkan disalah ertikan..
Teguran yang disangka satu amarah..
Diam yang dikatakan tidak beradab..
Senyap yang membawa maksud keras kepala..
Permintaan yg disempurnakan seperti tiada bias ikhlas di situ..
Tapi siapa aku nak menilai keikhlasan seseorang..
Ikhlas itu umpama semut hitam yang kecil, di atas seketul batu di dalam sbuah gua yang gelap pada waktu malam..
That's ikhlas....


I'll always have Allah by my side..
Dia menyayangi hambaNya tanpa syarat..
Patut ke kita menagih cinta hambaNya??
Answer me Nadia!
Kau tahu semua tu tapi kau sendiri yang lari dari kebenaran kan?? 

Dah lama aku dapat seru untuk let go..
Tapi aku tak pernah nak ambil pusing.
Aku ego, keras kepala.
Let go..
Let go of everything..
Let go untuk berubah..
Let go untuk sesuatu yang lebih baik..

Mujahadah..
Istiqamah..
Sesuatu yg berat..
Bak kata Nad..
Word tu tak berat..
Tapi diri kita sendiri yg buat dua perkara tu jadi berat..

Nothing to be regretted kan, Nadia..
Cuba terima seadanya..
Segalanya dah pun berlaku..
Yakin akan ketentuanNya..
Everything happened for a reason kan??
Tak ke??
Pengajaran je yang tinggal untuk kau grab sepenuhnya..
Supaya apa yang ditakdirkan Allah ni tak sia-sia..
Untuk masa depan..masa depan yang jauh lebih baik..
Hari ini lebih baik daripada semalam kan??

Kau kena cuba kan..
I know its hard but I have to..
No matter what I do, no matter whom I'll be in the next years,
I always have Him.

********
I’m sorry….
Really really sorry...


p/s: kuharap agar ada kesudahan yg baik buat kita.


24 August 2012

Eid??? (Part 2)

Assalamualaikum wbt~


Belum sempat lagi nak merangka isi Eid??? PART 2 dah dapat respons regarding Eid??? PART I. Thanks Nad. I do love reading your blog. Selalu terasa. Tapi baguslah, peringatan buat diri sendiri juga buat orang lain. Aku tak mampu nak berhujah or express about anything like you, but I kinda like your words. Sometimes aku rasa kau ni dah macam second Hlovate. Dan aku rasa hlovate tu seorang perempuan. Eventhough he/she mentioned dalam Versus yang dia bukan Minn Edina dan dia bukan Ashraff Omar tapi dia adalah both of them. *tetibe masuk cerita Hlovate pulak??* Uikkss?? Betol ke? Yes Nad, you hear me.

Actually before ni aku ada buat review regarding CJ. Tak tahu la kau ada baca ke tak sebelum ni. Huhu.

Teringat tweet Wardina Saffiyah, “kalau kita tak jadi ‘orang‘ baru menjelang Syawal means we’re lacking of something during Ramadan”. Lebih kurang camtu la, aku tak berapa ingat. Aku lupa copy paste mahupun prtsc untuk dibuat tatapan umum. Sangat rare rasanya bila tahun ni dapat puasa penuh, tapi sayang tarawih pulak tak dapat penuh. Since kedai extend beroperasi sampai jam 11 malam, sampai rumah terus collapsed! Alasankah?? Kelemahan diri sendiri yang memang tak mampu diatasi. Sungguhpun berkali cuba mengadaptasi namun adakalanya diri tak segagah seperti yg kita ingin miliki.

Tak perlu seseorang yang mampu bagi peringatan pada kita setiap hari. No, no need. You yourself yang patut sentiasa berjaga, sentiasa mengingatkan diri sendiri, sentiasa cari di mana kekurangan supaya in day thru you gain something useful. Something that’s good in you.

Sedang membaca Cintaku Kerana Agamamu- Dr. Farhan Hadi, terkesima sebentar dengan satu hadis.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Jangan ada perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan.; (Pertama) keadaaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan menyebarkannya.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi.)

Baca tiga kali. Kenapa?  Sebab terkesima. Sebab sentap!

Kenapa? Sebab kawan ada bb dan subscribe bis boleh update status hari-hari like 24/7, kau cuma ada android je dan kau jeles! Sebab kawan ada kereta baru ayah belikan, kau mesti la jeles! Sebab kawan ada gaji besar then hujung bulan dapat shopping kaw-kaw like a boss, haruslah kau rasa jeles! Sebab ada kawan pakai one set dari atas sampai bawah all sorts of branded clothes, and u’re like…jeles! Kann Nadia?? Kau memang macam tu kan.

Manusia tak pernah puas hati, tak pernah merasa cukup. Duniawi. Materialistic. Duniawi la yang kerap kali buat aku capek. Sungguhlah dunia ni terlalu banyak persinggahan sehingga kadang-kadang terlupa diri hendak ke mana.

After all aku tak patut rasa Eid??? Part 2 adalah tajuk yg paling sesuai untuk entry ni. It’s okay. Lagipun entry ni aku buat masa raya. Raya. Syawal. Eid.=)

Have a great hari raya celebration guys!

Ni...serious tak habis baca lagi.


23 August 2012

Eid???

Assalamualaikum wbt~


Raya dah masuk hari yang kelima but then baru ada masa update entry regarding hari raya. Owh yeah, rendang daging, ayam, ketupat, lodeh, duit raya, baju raya, kad raya, kereta raya, balik kampong, baraan…all sorts of typical term people mentioned during hari raya. But apparently I’m not gonna talk about that. Seriously? Yeah! *senyum bangga* Owh, sila lempang saya.

First of all, syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan syawal 1433H. =) Even though hajat nak berramadan macam Chad dan Fend tak kesampaian, aku tetap bersyukur dapat menunaikan ibadah puasa di Malaysia, negara yang mewah dengan lauk pauk menjelang buka puasa. Apakah???

So true kan? Kat Malaysia puasa diertikan dengan bazaar Ramadan, rancangan masak-masak, sale up to 70 % towards hari raya, bila malam shopping mall yg diimarahkan dan bukan masjid atau surau dll. Kenapa jadi macam tu? Tepuk dada tanya hati. Actually few words ni memang aku ciplak je dari Contengan Jalanan. Rasa nak menyebarkan kesedaran itu lantas novel itu terpop up terus dalam kepala. Nak bagi orang lain rasa apa yang kita rasa after baca that novel. Tapi…mampukah? *tanya diri sendiri lagi*

14hb hari tu aku officially berkhidmat as a branch manager. Cukuplah tempoh 8 bulan tu mengajar aku how to run a shop. No, not a business. Ilmu tak cukup lagi. 8 bulan macam lama tapi tak rasa pun 8 months tu a very long period. Why? Sebab daily routine yang agak sama maybe. I left Segamat with all sorts of feelings. Sedih. Gembira. Terharu. Suka. Nervous. Serabut. Sampailah aku almost langgar belakang bas time otw balik BP. Salah sapa? Salah kedua-dua belah pihak sebab nak memotong tanpa signal. Moral of the story; kau kena bersabar banyak-banyak kalau depan kau tu ada lori besar yang bawa sangat slow. -_-‘

Nanti aku sambung balik…suddenly I just don’t have any feeling to end this. (boleh tak gitu??)