07 December 2012

Sarkastik.



Sebulan dah.
Ye, sebulan.
Sarkastik.
Sarkas plastik.
Apakah?
Dushh! (tumbuk muka sendiri)

Lately Aty lagi banyak dah update entry daripada aku. Nad apatah lagi. Eh, ada blog main lawan-lawan update ke cemana tu? -.-

Duniawi. Sungguhlah buat sesak kepala. Sampai satu tahap rasa nak shut down otak sekejap.

Dalam erti kata lain ‘mati sementara’. Dah nama pun shut down bukan?
Okay, tak boleh. Indeed. Impossible.

Dapat satu, tapi kendian hilang dua. Dapat dua tapi tapi tapi hilang tiga. Camane tu?

Nak salahkan environment? Manusia? Alam semesta? Para monyet di Tanjung Ketapang? Mahupun semut-semut di belakang gerobok? Atau atau atau buah getah yang meletup bila dah kering tu?

Dah kenapa kau ni?

Kenapa tak tengok kat diri sendiri dulu??? Serious.

Kata orang patah tumbuh hilang berganti. No, bukan. Pada aku patah tumbuh hilang kena cari.

Ekk? Like serious? Yeah.

Kau dapat sesuatu, then kau kehilangannya. I mean sesuatu kat sini boleh diterjemahkan as apa sahaja, hatta manusia pun. Tapi bukan kehilangan itu in term of kematian, bukan. Faham bukan?

Kenapa nak salahkan environment, manusia, alam semesta, monyet, semut-semut atau buah getah? Kenapa tak tengok diri sendiri dulu. Muhasabah diri.

Berapa kali bersyukur? Boleh kirakah? Berapa kali rasa tak cukup dengan nikmat yg kita ada? Boleh kira lagi? Atau tak terkira?

Semua. Semua yang kita ada semua tu lah Allah bagi pinjam. Ye. Pinjam.

Jadi kau kena set siap-siap yang bila-bila masa je Allah boleh tarik balik semua tu tanpa kau patut marah. Sebab kau tahu semua tu Allah bagi pinjam. Kau pun tahu kalau kau pinjam barang sesapa pun kau kena pulang bukan?

Jadi, sementara Allah masih beri kau peluang untuk rasa segala nikmat dunia ni, pernah kau bersyukur?

Ok habis dah. Sekadar peringatan untuk para sahabat juga buat diri ini.
Ada ke patut tajuk entri cenggitu? huh! =.=

Terima kasih, Ya Allah.




4 comments:

  1. punyalah aku baca sampai bawah nak tahu ape yg ko nak cerita pasal sarkastik. tapi mcm xde je.. hahaha :P

    ReplyDelete
  2. hahaha. saje kann aku letak nama ko kat entry ni. pasan tak? =p

    ReplyDelete
  3. haha.. mestilah perasan. perengggan 1st lagi u.. haha (padahal aku xde la update slalu yg mcm ko ckp tu)

    ReplyDelete
  4. haha. tapi sekarang ni kau selalu kot update.
    project dah siap ke?

    ReplyDelete