10 September 2012

UiTM without 'i'


Yosh! Aku rindu blog aku. Ini kenyataan serius. Tiada unsur penipuan di sini.

Alhamdulillah, Khamis lepas aku selamat diishtiharkan sebagai seorang student. Ehehe... bajet muda. Sepanjang pendaftaran takde masalah, tak sangkut kat mana-mana section. Tu yang paling buat aku lega. Ain dengan Aty yang paling banyak tolong sepanjang waktu sebelum registration ni. Kalut jugak la kalau diorang takde. Thanks korang! =‘) Tapi aku sangat sedih pasal registration process tu sangat lama sampai aku tak sempat check in mana-mana kolej pasal dah habis office hour. Muka aku kat matric card sangatlah macam muka budak hilang mak/muka mak hilang anak. Sobs..

-_-'

Sudahnya aku tumpang rumah Mak Ha (mak cik aku) ada la dalam 3 hari. Hewhew. Syukur jugak rumah dia dekat je. Ada la dalam 15-20 minit je Bukit Mutiara tu dengan UTM. Jejak kaki masuk-masuk pintu gate tu je dah ada list the differences between UiTM dengan UTM kat dalam kepala. Al-maklum la before this tak pernah sampai sini. Ada yang UiTM ada tapi UTM takde, ada yang UTM ada, tapi UiTM takde. Standard la kan.

Gambar first yg disnap masa kat sini.

Budak kelas aku (batch 1st sem) ada 8 orang (termasuk aku). Semua perempuan. Back to STA! and most of them dari UiTM amek forensic. Ila, Jannah, Kak Iqa, Dayang, Gee, Dila and Puteri. Diorang semua sangat best! Hari first borak-borak je dah macam kenal lama. Haha. Jumaat hari tu lepas habis briefing dengan coordinator si Jannah dah ajak aku pergi Jusco Taman U. Sekali dengan Ila. Semua tak tahu jalan, jadi main redah je la kan. Macam tak biasa pulak kau Nadia!

Petang tu jugak settlekan kolej. Alhamdulillah sekali lagi hikmah check in lambat aku dapat satu bilik dengan Ain. Ila pun dapat tukar kolej. Terima kasih dekat Encik Nazam yang sangatlah sporting. Alangkah bahagianya kalau semua staf UTM macam Encik Nazam! Huhu. Sepanjang kat sini dari Jumaat tu banyak bergantung dekat peta UTM yang aku amek dekat HEMA (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni). Serik wo sesat je kerja. Habis minyak kereta den! Heewhew. (again??)

Siang tadi dah start kelas. Cuak seyh. Lama kot tinggalkan lecture notes. Tak sangka first class Advanced Inorganic Chem tadi dah start belajar. Hamek kau! Keluar balik segala macam ligand and coordination compound, sekali dengan cluster compound. Kah2. Padan muka! Lepas tu lecturer Bioinorganic Chem masuk dah buat muka macam tertelan kapur. (yeke muka orang tertelan kapur macam tu tadi?) serious taknak masuk kelas tu! T_T

Jumaat petang minggu ni ada briefing on OSHE. Tapi malas nak pergi pasal nak balik rumah cepat, boleh tak?

Sekarang baru aku faham perasaan Ain yang selalu balik masa kat UiTM dulu. Huh. Bahagia!
Buku baru, u baru, hidup baru??? Yosh, fighto!!


Budak ni tak bagi aku balik, dia sorokkan selimut aku! -_-'


But still... UiTM di hatiku. =')



2 comments:

  1. aaa..haruslah -__-'
    kat sini fak takde cafe.
    nak pergi makan kena jalan jauuuuhhhh~

    ReplyDelete