04 October 2012

Taubat Sambal Belacan


Taubat nasuha (taubat yg sebenar-benar taubat) versus taubat sambal belacan.

Terima kasih kepada Dr. Arieff kerana telah memberikan aku idea untuk entry kali ni.

Seperti biasa, Dr. Arieff memang suka melawak dalam kelas dia. Baguslah, as a selingan. Kalau tak possibility untuk aku yawn memang boleh jadi tinggi. Tapi semalam tak rasa. Mungkin sebab kelas Biochem cancel. Huhu.

Mula-mula terfikir, resonancenya taubat yg berlawanan dengan taubat nasuha tu dengan sambal belacan. Why must sambal belacan?? Serious tak boleh fikir langsung.

But then dia terangkan...
Ok macam ni. Sambal belacan tu pedas. Tapi sedap. Sangat! (bagi mereka yg menggemarinya)

Bayangkan makan sambal belacan yang sangat pedas sampaikan muka hangpa jadi merah macam buah saga. Then anda bersumpah kepada diri anda sendiri bahawasanya anda takkan makan lagi sambal belacan kerana rasanya membunuh!

Keesokan harinya, anda makan tengahhari dan anda jumpa sambal belacan. And you cannot help yourself from taking a scoop, no, maybe two or three scoop of it and put it right next to your ayam goreng. See?? Now you know, why it was called ‘taubat sambal belacan’ kan??. Huhu.

Sumpah sambal belacan memang sodap! Kalau makan buatan mak aku, memang dapur boleh banjir.

p/s: Assignment dia aku tak siap lagi. Wuu~ T_T


4 comments:

  1. Dr. Arieff ni lecturer kt fak tamadun islam ke?

    ReplyDelete
  2. yup.knp ty?? dia ada ajar ko jugak ke?

    ReplyDelete
  3. aah. dulu aku amik subjek tmadun islam gak. dia gak yg ajar. dr. arieff mmg best. apa yg dia ajar tu byk ilmu baru. seronok~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...best giler! everytime claz dia aku byk jote down, tp satu pon takde kena mengena dgn slide.
      byk salin benda2 baru yg dia bgtau n dia cerita je. huhu

      Delete