16 February 2014

Kansai, Japan Trip Day 2: Osaka

Assalamualaikum wbt~

Ini sambungan daripada Kansai Trip Day 1 part 1 & part 2.

Pagi tu memang plan nak ke Kuromon Market pasai si Deeb nak merasa sushi katanya. Dari Dobutsuen-mae Station amek subway Sakaisuji Line & turun dekat Nipponbashi station. Dalam 3 minit lebih je. Lepas tu jalan sikit dalm 2-3 minit, jumpa dah Kuromon Market ni.

Pasar sini semua segar-segar. Geram betul tengok daging dia semua merah-merah. Lalat memang gua takda jumpa la kat sini. Pasar basah tapi tak basah langsung pun, bau hanyir ikan apatah lagi. Daging-daging yang depa jual pun cantik je presentation dia. Kat Malaysia, gua tak pasti ada ke tak pasar yang begini rupa. Kitorang sempat jugak merasa traditional cookies depa, banyak je boleh rasa. Kadang tu dorang memang tau pun korang takdak niat pun nak beli apa-apa tapi once kau rasa tester dia, dorang punya happy macam kau nak beli barang suku kedai depa. Amboihhh hyperbola gua! Gua beli sepaket stoberi dgn harga 500 yen (~RM16), tempura (250 yen) dengan tuna goreng (100 yen). Tuna ke salmon gua lupa. Wasureta!


Bersih. Sangat.

Tercapai gak hasrat si red riding hood nak ke Kuromon Market.

Kat sini la boleh rasa macam-macam. Nak makan sekali dalam ni pun boleh.


Dari Nipponbashi nak ke USJ, amek subway Sennichimae Line ke Tamagawa Station. Dekat Tamagawa tu kena jalan sikit ke Noda Station sebab kena amek train JR Line. Kat Noda Station ni la baru faham camne system JR Line dia. Dah la lepas masuk tiket, gua tertinggal makanan dekat kaunter station tu. Selamba je gua keluar balik ikut laluan OKU. Takpe, gua foreigner, dimaafkan. Dari Noda Station, amek JR Osaka Loop Line sampai ke Nishikujo station. Haa kat Nishijuko ni kena tukar train amek JR Sakurajima Line pulak. Dah naik train ni boleh terus straight ke Universal City station (station terdekat dgn USJ). Tapi kitorang terlajak sebab tak perasan sign haha. Nasib baik last station tu satu station je lepas Universal City, jadi kitorang duduk je diam-diam dalam train tunggu train tu patah balik. Ngeng!

Dekat Universal City station Deeb punya tiket hilang, jadi resolusinya di sini adalah masukkan satu tiket dan berjalan dua orang serentak. Haha. Gua perasan yang kakak-kakak kaunter tu dah pandang kitorang semacam ah sudah! Dia pergi kat Deeb, dia tanya Deeb pasal tiket dia in not very good English. Tapi masih boleh difahami. Deeb dgn confidentnya kata dia dah masukkan tiket dia tadi. Pastu gua buat-buat muka pelik konon-konon mesin tu yang salah haha. Gua yakin depa takmo banyak soal dgn kitorang pasal kitorang foreigner, depa pun bukan tau speaking sgt. Huuu.  

USJ sangat besar! Gua pun tak tau camne nak compare dgn USS ke pasal gua tak pernah pegi USS. Yang pastinya sgt ramai orang dalam ni. Nak queue beli tiket pun dekat 10 minit. Tiket USJ per day dalam 6600 yen tapi bila ada Osaka pass tu dapat diskaun 200 yen. Lepas la jugak beli air kat vending machine KIRIN tu. Serius satu hari sgt tak cukup utk cover semua tempat & main semua game. Sebab nak queue je dah take time sangat-sangat. Then kalau tengok 3D ke 4D ke 5D punya show, all in Japanese ye. Sekian. Tak faham apa, tapi kalau orang gelak gua gelak, orang diam gua diam. Gua harus ikut arus masyarakat gitu.


Sebelum masuk, gua dok peratiii je roller coaster dia. Daebakk! Wajib try ni. Sebab roller coaster dia gerak forward & backward. Tapi kan tapi kan…. dah sampai entrance roller coaster tu, ahjumma yg jaga tu dengan pantasnya berkata  “Can you please take off your….” sambil tangan dia gerak-gerak dekat kepala. I was like “Naaaaaaaaannniiiiiiiiiiiiiiii??!!!!!” Nak suruh bukak tudung la tu. Cett betul. Takpela, sabor jela. Kecewa jugak sebab tu yg paling gua nak naik sebenarnya. Nak kasi faham kat dorang pun dorang bukan faham pun nanti. Gua beredar dari situ dgn hati yang bengkek. Sobs…Yang bestnya kitorang jumpa toilet yg agak isolated sikit dari tempat-tempat yg ramai orang. Time tu pun dah ramai kot yang balik, kitorang solat dalam pondok talipon.


Spiderman ride ni sangat awesome. Mohon queue kalau pergi. Haha.

Kak Yong tak ikut tema. -.-

Awan Biru. Eh, ini tagline blog Aty. Haha.

Entrance USJ. Time ni pukul 520pm camtu. Dah nak Maghrib.

Gambar wajib kalau ke Universal Studio. -.-

Gua paling tinggi! yeayy!!

Duta makanan. Gambar beliau paling byk bersama makanan. No doubt.

Motip sangat nak background pinky pinkyy ni. -.-''

By time kitorang keluar dari USJ, dah masuk Maghrib dah. Plan seterusnya nak naik HEP Ferris Wheel dekat Hankyu building dgn Umeda Skybuilding. Dari Universal City nak ke Umeda, amek JR Sakurajima Line, turun dekat Nishikujo station untuk tukar train. Dekat Nishikujo, amek JR Osaka Loop Line ke Osaka Station. Osaka Station ni agak besar jugak. Besar sikit daripada KL Central. Dari sini kitorang mmg tak tau camne nak ke Hankyu Building tu. Kitorang refer information counter terus. Dekat sini mostly pekerja yang jaga information counter, English depa quite good. Harus la good kan.


Dari Osaka Station kena jalan dalam 5 minit ke Hankyu Building. HEP Ferris Wheel tu atas bangunan. Kalau nak naik kena naik tingkat 7. Masuk free je dgn Osaka Pass tu. Then sempat jalan-jalan masuk kedai-kedai yg ada kat dalam tu. Kat sini la duit Kak Yong melayang lagi sebab beliau terpaksa beli bagpack Adidas kerana bahunya sengal-sengal membawa sling bag dan DSLR. Haihh...sign of ageing sungguhlah Kak Yong ni.


HEP Ferris Wheel. Atas Hankyu Building.
Gambar blurr time capture Kak Yong senggol. Haha.

Dari Hankyu Building nak ke Umeda Building kena jalan dalam 12-13 minit jugak la. Sebab tak tau exact place dia kat mana, kami tanya kakak-kakak dekat info counter & mereka bagi peta terus. Tu pun ada terlajak sikit. Ni memang pasal gua silap baca peta. Huhu. Siapa ada penyakit gayat gua nasihatkan tak payah la naik Umeda Building kat tempat observatory dia tu. Sebab nak naik atas tu memang kena naik eskalator after naik lif ke 3 tingkat sebelum tingkat atas sekali. Kalau tak silap la. Gua lupa tingkat berapa sebenarnya. Tolong lempang gua laju-laju kalau fakta ini auta. 

Sesampai je kat atas tu memang kitorang je yang gelak tak hengat dunia pasal sel-sel otak sedang berhubung sebab jakun sangat atas tu. Ada one point semua barang kitorang jadi macam glowing sangat-sangat even dia takde glow in the dark properties. And time tu jugak muka kami yg cerah cerah ni tukar kaler macam orang buat sun-tan with 100x intensity. Memang berdekah tahap tak ingat la atas tu. Merosakkan mood-mood romantik visitors lain. Tehee. View dia sangat cantik! Tapi kitorang not more into the view, we more into the colour of our 'pretty' faces after they turned dark!! 



View dari atas Umeda Skybuilding.

Tetibe muka Huda yg gebu lagi flawless bertukar maroon. Mana tak gua gelak tak cukup oksigen time ni.
Hailaaahhh~~

Nak balik dari Umeda ke hostel kena jalan balik 13 minit ke Umeda station. Amek Midosuji Line subway sampai ke Dobutsuen-mae. Oyasumi nasaaiii minnaa!!


3 comments: