05 February 2014

Kansai, Japan Trip Day 1: Osaka (Part 1)

Tidur gua dikejutkan dengan iklan sama berulang-ulang kat tv yang betul-betul atas kepala sampai gua hafal dialog dia. “Obaasannn…dameee!”..sikit sikit “Obaasann dameee!”. Pastu tengok keliling kedai-kedai makan and souvenir pun ada yang dah bukak, dah la kitorang tidur kat kerusi tetengah tu. Foreigner, apa kisah kau tahu. Buat tak tau jelaa. Terpisat-pisat tengok jam. Yang kebetulan sebelah tv. Pukul 6.43 am. Mak aihh syuruk 7.01 am! Subuhnya tak lagi.

After siap-siap kitorang queue utk beli Osaka 2Days Pass. Pergi ke kat Travel Desk Airport tu, pukul 7 pagi dah bukak. Pass tu valid 2 hari, 2700 yen je & banyak tempat boleh masuk free & naik subway pun free. Nanti akak/makcik kaunter tu bagi Subway Pass dengan kupon tempat-tempat yg boleh cover dgn pass tu. Peta pun ada je kat travel desk tu. Silakan amek kalau tak mahu sesat. Tapi since gua dah study awal-awal Osaka, gua guna map sendiri. Kehkeh.

Lepas beli pass tu baru kitorang plan nak breakfast jap baru cari train ke Tengachaya. Dari situ amek subway ke Dobutsuen-mae utk taruk beg kitorang kat situ sebab Dobutsuen-mae tu subway station paling dekat dengan Toyo Hotel. Kitorang menginap kat Toyo Hotel sepanjang kat Japan. Jadi korang simpan balik la istilah backpacking gua pada entry sebelum ini. Nak check-in tak boleh pasal masih pagi.

Keluar je airport nak ke train station tu, mak aih..angin dia. Malam tadi tak rasa sangat, tapi pagi tu hidung gua terus beku. Sepanjang kat sana gua mmg kena serangan selesema dan batuk-batuk. Seksa. Kat sini la kisah mengejar train bermula. Disebabkan tak faham sistem pembelian tiket dia cemana maka gua terus ke kaunter tanya pakcik tu “Ano..sumimasen..we want to go to Tengachaya, what train shall we take?”. Dia pun faham la kot gua ada cakap Tengachaya Tengachaya gitu. Dia bagitau tiket jam sekian sekian, gua kata utk 4 orang. Pastu hait hait jela. Memang macam ayam cakap dengan itik.

Kitorang pun berjalan amek luggage dan suddenly pak cik train tu rushing kat kitorang sambil berkata,”Hurry! Hurry! No time!! No time!!” terkejar-kejar la Deeb dengan troli luggage, gua pun lari sama belakang dia, Huda & Kak Yong yg macam terkejut pun terus lari sama. Nasib baik train platform tu betul-betul bawah tu je. Tunjuk tiket dekat orang yg jaga platform tu terus dia tunjuk masuk ikut pintu mana. Rupa-rupanya baru gua faham yg gua beli Nankai Limited Express punya tiket. Nama pun express confirm la konsep dia mcm bas express. Once you missed the train, you have to buy a new ticket. Masuk-masuk je kabin, pintu terus tutup kau tau. Punya drama. Pastu selamba main duduk je seat kosong padahal kat tiket tu ada nombor seat. Haha. Gelak-gelak jela dalam train tu.


“See, Nadia. First day dah adventure kan?” berkata gua dalam hati kendian senyum sambil merenung keluar jendela menikmati panorama pagi Osaka.

Cliche.


Gua ingatkan pagi tu nak pergi Tempozan dulu naik Ferris Wheel, tapi akak kat travel desk tadi kata dia tak operate. Maka first destination is Osaka Castle. Kat sini la jumpa mamat South Korea. Ahaks.. dia minta gua amekkan gambar dia berlatar belakangkan castle tu. Memula gua perasan kat kamera dia, “eh ni Hangul. Korea la kot mamat ni.” Pastu dah perasan pun buat-buat tanya dia dari mana. Kahkah. Tapi dia kejap je kat sini. Tak tau la jodoh kuat ke cemana dah jalan-jalan kat dalam tu pun nampak dia lagi. Aiseyhh aiseyhh!! Gua jugak yg dia mintak tolong amekkan gambar, tak pulak minta Deeb ke Huda ke Kak Yong ke. Alang-alang jumpa lagi, gua tanya nama terus. Danny gitu. Hahah. Sampai-sampai dalam castle gua nampak dia jalan dgn perempuan yg rasanya dari South Korea jugak pasal dengar dorang borak-borak. Kawan dia ke girlfriend ke ntah. Sayonara Danny-kun! Sobs…

 

Officially gambar first yang dishoot kat japan.


Actually di sini la pertemuan pertama gua dengan Danny.


Gua jatuh cinta dgn pokok tu.
Penat berjalan kami pun kelaparan. Berbekalkan nasi dan ayam masak merah yg mak Kak Yong masak kami makan dengan begitu berselera. Nasi tu macam baru keluar peti ais. Sejuk-sejuk pun bila dah makan ramai-ramai, air tangan mak pulak tu takdenya tak sedap.

Then kitorang sambung jalan Tennoji dengan Namba.


Sambung part 2 nanti. Gua lapar.

3 comments:

  1. we want more! we want more! hhehehe

    ReplyDelete
  2. trimass kerana membaca carutan aku yg ntah hapa2 ni. haha

    ReplyDelete
  3. bukan carutan. coretan. haruslah ada coretan. nnti dah umur 50 tahun, bila baca balik, mesti terharu. boleh tunjuk kat cucu2.. hehehe

    ReplyDelete