Assalamualaikum wbt.
Dah sebulan
lebih rupanya gua last update entry pasai Japang tu. Tu pun gua takde
kesempatan nak update hari yang 3, 4 dan seterusnya.
Gua busy.
Cliché.
Tak tahu
kenapa hari ni rasa macam gigih sangat nak publish sekeping entry sungguhpun
tidak dapat dinafikan yang slide presentation untuk weekly meeting dengan
research group esok memang gua tak sentuh pun lagi walau sekupang.
Sejak bila
slide presentation jadi sekupang dan sejak bila entry jadi sekeping?
SPM dulu BM
gua bukan A1.
Masuk-masuk
UTM dulu memang gua takde fikir apa-apa langsung nak buat research in which
bidang. Sumpah gua takde fikir langsung. Organic, inorganic, analytical,
physical? Sumpah gua tak pernah terfikir mana-mana.
Time degree
dulu gua buat analytical, gua buat cincai. Result gua tak berapa best jadi gua
banyak buat result sendiri. Mujur sv gua tak minta hardcopy result atomic
absorption spectrometry tu, kalau tak, gua sekarang berada dalam sem yang ke 10
ijazah sarjana muda.
Nak
dijadikan cerita, gua terasa macam nak buat analytical. Gua bajet analytical macam senang. Tapi dia memang senang pun, in term of nak cerita result. Tapi
bab nak run the experiment itself, gua malas cakap panjang. Analytical sangat
tedious. Cerewet. Dan ngada-ngada. Gua salute mereka yang buat mana-mana bidang pun.
Jadi kalau
dah tak boleh buat analytical gua nak buat apa?
Suddenly gua
terdengar bidang yang gua tak familiar waktu kat UiTM dulu. Computational
chemistry. First time dengar senior gua explain macam senang je. Tapi pusing-pusing
jugak la gua nak faham.
Modelling,
Gaussian, optimize?? Apakah?
Tapi yang
buat gua tertarik sebab bidang ni tak perlu masuk lab pun takpa. I mean
chemistry laboratory. Nampak tak yg tersiratnya di sini gua malas? -.-
Dengan besar
hati gua approach lecturer ni (yg skrg ni supervisor gua). Mesej, dia tak
reply. Emel, pun dia tak reply. Call, pun dia tak angkat.
Last-last
satu hari ni gua tengok jadual dia tepi bilik dia. Dia tengah jaga lab forensic
student degree. Gua pun call & dia jawab. 10 minit lepas tu, gua sah jadi
student dia. Haa gettew.
Climaxnya di
sini ialah, gua tak pernah ada basic computational. Langsung.
Degree gua
tak pernah belajar. Kat sini pun mana ada subject tu untuk student master.
2 soalan je
beliau tanya gua sebelum gua official jadi student dia.
“Awak
interested tak?”
“Awak
willing nak belajar tak?”
Tu je. Mudah
bukan?
Dan after
tu, gua terus dapat project gua. Thumbs up dekat sv gua. Ohsem kan jumpa first
time terus dapat project apa nak buat?
Dengan penuh
azam, gua try la study hapakebenda computational chemistry ni. Amende dorang
buat. Apa pekdahnya bidang ni? Apa contribution bidang ni ke bidang-bidang
lain? Apa relevannya wujud computational chemistry ni? Cemana dorang conduct
theoretical study ni?
Semua ni kena
belajar sendiri. Yes sendiri. Pasal bidang ni takda dalam kelas. Habis semua
buku computational kat library gua selongkar. Kalau pergi library, gua macam “
Eh buku ni, gua dah pinjam hari tu. Eh buku ni, gua dah belek-belek hari tu.” Gua
kenal buku-buku. Buku-buku je tak kenal gua. Gua agak angkat bakul skrg ni. Tapi lantak ah. Tak tau, gua tanya senior yang merupakan student sv gua jugak. Tak faham
lagi, gua confirmkan dengan sv.
Sampai at
one point gua boleh la faham sikit. Sikit la. Sikit je.
Tapi problemnya
di sini gua jadi agak tertekan sebab gua tak dapat nak apply the way the
calculation works, how to do it and so on so on. Gua faham teori je. Pelaksanaan
gua tak tau apa. Zero.
Ibaratnya macam korang tahu Maggi itu sejenis makanan segera yang sgt tak berkhasiat tetapi
sedap yg amat. The problem is korang tak tau nak masak Maggi tu. Gitu la kot.
Dah kenapa gua bagi contoh maggi?
Frustnya gua,
tertekannya gua sampai gua nangis dua hari dua malam. Aishh malu la gua nak
ngaku tapi gitu la frustnya. Second semester frustration tu memuncak sampai gua
pernah terlintas nak tukar analytical dan tinggalkan segala macam computational
yg dah separuh jalan ni. Sampai macam tu sekali.
Sampai satu
hari ni, Allah memang sayang gua. Hari tu gua dapat cash.
Ntah cemana
gua boleh termesej, gua lupa mesej phone atau facebook kawan gua time degree
dulu. Sesame komander. Tanya khabar la kot. Gua tak berapa ingat. Yang penting
dia yang gua kenali memang macam orang takde masalah. Even dia ada masalah pun
gua tak rasa dia ada masalah.
Seingat gua,
degree dulu gua pernah tanya Bun. Haa Bun la member yg gua maksudkan.
“Kau ni
memang tak pernah ada problem eh?” sebab gua tak pernah nampak dia stress
tertekan dll. Dia umpama aircond. Kool like 24/7.
Dia pernah cakap. “Nak buat apa stress. Lek ah.
Cool. Kau kenapa? Banyak kerja? Settle satu-satu. Settle mana penting dulu. Yang
lain kau hold dulu. Buat tak tau. Satu-satu.” Lebih kurang gitu la.
And that
day gua cakap la gua stress dengan project gua sampai rasa nak tukar project. Stress
tahap jurang Mariana.
Satu ayat je dia reply gua, “If you hate starting over, stop quitting.”
Tu je.
Gua selalu
je pun dengar ayat ni. Tapi mungkin sepanjang gua frust gua lupa akan ayat tu. Jadi
bila Bun keluarkan lagi statement tu, gua terus rasa macam bangkit dari tidur. Kalau
gua terbenam seploh kaki dalam tanah gua rasa gua boleh lompat keluar terus.
Tiba-tiba
keajaiban terjadiiii. Kekuatan muncul di diriiiiii. *ikut lagu sailormoon*
Ayat tu
simple, tapi has a lot of meaning. If you’re really think about it, it means a
lot to you.
Gua tak
rasa nak tukar project dah. Gua proceed je dengan yang gua dah mulakan that
time. Regardless how hard it takes untuk gua faham, gua tak kisah. Sebab…gua
benci starting over.
Thanks Bun
sebab ingatkan aku. Haha. Semoga kau tak tersedak. Mungkin bagi kau tu benda
kecik je tapi kalau kau tak ingatkan aku hari tu aku rasa aku dah tukar
analytical saat ni and mungkin aku jadi lagi stress. Haha.
Sekarang ni
gua happy dengan project gua. Stress tu lumrah. Perkara biasa. Gagal tu pun
perkara biasa. If you never make mistake, you never do anything. Anggap kesusahan
itu cabaran. Take it as a challenge. Your pride.
Setakat repeat
satu dua paper? Takda hal.
Postpone study
satu dua sem? Chill la.
Allah knows best =)
terbaik derrr.. 'stress memang makanan research' haha..
ReplyDeletehahaha. terbaik ty!! nak post ah kat fb ayat ko ni. haha
DeleteHaha best.
ReplyDelete