Assalamualaikum
wbt.
Entry
ni sambungan daripada entry muqaddimah few days ago. Actually gua lupa cemana
nak beli ticket guna machine tu walhal tinggal tukar language je kot. Ianya
semudah A B C. Hek lu! (cakap depan cermin). Lagipun kat KIX macam-macam line
ada. JR Line, Nankai Line etc. Jadi untuk mudahkan tugas gua, gua tunjuk je
itinerary gua kat pakcik kaunter Nankai tu yang gua nak beli tiket Nankai Line
, bukan Nankai Limited Express dari KIX ke Shin-imamiya.
Kos
untuk Nankai Limited Express adalah 1430 yen, jauh beza dengan Nankai Line
biasa. Maka pakcik kali ni lebih advance, ditunjuknya gua terus mana nak tekan
dekat machine tiket tu tanpa tunjuk kat gua cemana nak tukar ke English
language. Ohmai..takpe pakcik, gua percayakan lo. So dapat pun beli tiket, 920
yen straight dari KIX ke Shin-imamiya Station. Bukan apa, gua plan nak letak
beg kat situ dulu pasal malas nak angkut backpack 6.89 kg tu sekali ke Nara.
Dalam
Nankai Line, lebih kurang 15 minit lagi nak sampai Shin-imamiya, pakcik sebelah
gua tetibe tegur gua. Dengan suara yang kurang jelas, apa yang jelas adalah
slang Nihon beliau. Maka dengan penuh ayu, anggun dan yakinnya gua terus
berkata “Sumimasen ne, watshiwa zenzen wakarimasen (sorry, saya tak faham
langsung)”.
Mendengar
jawapan gua, beliau kendian tanya lagi dengan suara yang kali ini sangat jelas
hingga terngiang-ngiang dalam gegendang telinga gua. “Dari Indonesia?”
I
was like..eh dari tadi pakcik ni dok tanya aku dalam bahasa Indonesia ke??
Damn!
Ohmai. Malu sungguh tak terkata kau jangan cerita la. Elok je orang jepun tegur
gua dengan bahasa gua tapi gua reply dalam bahasa beliau. LOL. Tapi takpe, gua
kool.
“Tak.
Saya dari Malaysia.” Dan beliau pun angguk.
Rupanya
pakcik ni dah 10 tahun kerja kat Jakarta, dan beliau kata beliau lagi fasih
berbahasa Indonesia compared to English. Beliau bilang English sukar.
Nama
beliau Kawai-san.
And time
gua pun macam “Eh, kawai as in kawai comel?”
Pakcik
tu gelak, dia bilang “Kalau satu ‘i’ dibelakang kawa’i, kalau dua ‘i'
dibelakang baru kawaii (comel)”. Dah yang gua guna bilang ni ngapain?
Gua
angguk tanda faham. Mihmih. Malu tau. Seronok juga hari first jumpa Japanese
yang boleh cakap bahasa kita. Gua kata beliau handsome then beliau reply
“Takla, sudah tua. Muda handsome lah”. Hamboi boleh tahan masuk bakul juga
pakcik ni. Haha.
Beliau turun dekat station sebelum Shin-imamiya station.
Pakcik Kawai yang kawaii. Hihi. |
Sampai
dekat Shin-imamiya station gua agak kecewa sebab situ takde locker untuk bag.
Gua pergi ke west exit, mencari bayang-bayang Toyo Hotel (tempat gua stay) that
whole week. Kot-kot la boleh letak bag foc kat depa. Tapi sebelum sampai Toyo
Hotel dah jumpa locker 300 yen. Yeay! Maka gua pun drop backpack kat situ dan
kembali ke Shin-imamiya untuk ke Nara Station, mahu jumpa kengkawan hampa
semua.
Dari
Shin-imamiya station ke Nara Station naik JR Line, 560 yen lebih kurang 25
minit. Then dari Nara Station nak ke Nara Park dan Todaiji Temple kena jalan
dalam 30 minit juga. Mujur ada orang kat luar station tu depa promote Japanese
cultural events and sedang edarkan flyers. Ada sorang tu approached gua and
bagitahu tempat dia dekat sekian sekian. Tapi gua tak pay attention sangat.
Lepas dia siap cerita bagai baru gua tanya beliau. Which way to go to Nara
Park? Hamek kau keluar topik terus. Maka dapatlah gua sehelai map daripada
beliau. Arigatou oneesan, you are so kirei to kawaii. Hehe.
Nara Station. |
Bila
jalan dekat Nara kedai-kedai kat sana mengingatkan daku kepada Kobe, takde la
sama sangat pun. Tapi macam ada sedikit similarities yang ntah gua tak tahu nak
explain. Haha. Sikit lagi nak sampai Nara Park, hujan mula turun. Omiyage shops
banyak kiri kanan, maka singgah satu untuk beli payung. Jangan cerita la gua
bajet habis beli payung untuk kanak-kanak dengan harga 320 yen. Asal muat tutup
muka dengan Nikon jadi la.
Along the way dari Nara station ke Nara Park. |
Dah nak sampai! |
Duit tak banyak nak naik. sobs. |
Sampai-sampai
je dekat area Horyuji Temple yang ada five-story pagoda tu terus banyak dah
jumpa kawan-kawan hangpa. Haha. Ramai juga orang yang sibuk bagi makan sampai
kena kejar, dok berselfie dengan rusa-rusa tu. Gelak-gelak jela gua di celah
rimbunan manusia. Ehem. Time ni gua okay lagi. Kat sini la bermulanya rasa
suka-tak-suka travel seorang diri.
Area 5 story pagoda tu. |
Kat Nara
ni memang jalan je kerja dia sampai gua malas tengok map dah. Gua follow je
signboard yang menghala ke Todaiji Temple. Along the way nak ke Todaiji Temple
tu banyak dah jumpa omiyage shops. Tapi gua malas singgah. Bajet ciput lahai
katanya. Kat area sini je dah mula kena berhati-hati dengan najis rusa-rusa tersebut.
Gua mula tak sedar. Sampai jumpa sebuah vending machine yang dilengkapi free wifi
sambil post-post gambar dan reply whatsapp rakan-rakan barulah gua sedar yang kasut
gua berat semacam.
Okay jeng jeng jeng! Surprise surprise!
“Molek betul tapak kasut aku!” Bisik gua dalam hati.
Nasib hari hujan maka gua langsung terus main seret-seret kasut dekat rumput dan batu-batu kecil yang basah. Muahaha. Mudah kan kerja gua?
Papan tanda win! It walks its talk. Haha. Boleh? |
Malaih sudah tengok maps. |
Pantang sangat nampak kamera. Bajet retis, bajet.. |
Nak kejar gua lettew. Tau dahh.. |
Serius kemahinn.. |
Sampai
je dekat luar entrance Todaiji Temple gua macam berkira-kira samada nak masuk
atau pun tak. Kenapa? Entrance fee 500 yen. Sebab tu hari first, jadi gua macam
tak dapat nak bajet berapa banyak lagi nak guna untuk hari-hari seterusnya. Walhal
kalau haus selamba dua lamba pergi vending machine beli ayaq 120 yen. Hee.
Setelah
termenung 3 minit sambil selfie di luar kawasan Todaiji Temple, maka gua buat
keputusan untuk masuk. 500 yen je pun. Apa dehal. Alang-alang dah sampai kan. Dan
nasib baik gua masuk, sebabnya bila masuk-masuk je Todaiji Temple tu sangat
besar.
“Sugoiii!!”
kedengaran warga-warga jepun memuji keindahan Todaiji Temple tersebut. Sekali dengan
gua lettew. Kawasan sekeliling dia pun lawa baq hang! Okay, nasib baik tak
kedekut 500 yen. Hehe.
Sugoii!! |
Dalam kawasan Todaiji Temple. |
The real one and the entrance ticket's one. Heheh. |
“Todaiji's main hall, the Daibutsuden (Big Buddha Hall) is the world's largest wooden
building, despite the fact that the present reconstruction of 1692 is only two
thirds of the original temple hall's size. The massive building houses one of
Japan's largest bronze statues of Buddha (Daibutsu). The 15
meters tall, seated Buddha represents Vairocana and is flanked by two
Bodhisattvas.”
Setelah
puas pusing-pusing kaki dah rasa nak tercabut gua decide untuk pulang. Jalan kaki
nak balik semula ke Nara Station pun dah tahap semput tak hengat.
Macam tadi
juga, 560 yen untuk ke Shin-imamiya station dengan JR Line. Dan bila sampai di
Shin-imamiya haruslah ke East exit untuk cepat sampai ke Hotel Toyo.
Gua check-in
jam 3.30 petang waktu tempatan. Dapat bilik level 3. Fuhh!
Malam
sambung jalan Dotonbouri.
Okay
to be continue…
Thank you for reading this.
Both Inari st n Nara st berjaya cari tempat letak beg. Kalo x nak hangkut beg 7kilo mau nanges weh.
ReplyDeleteInari-tumpang kat convenient store sebelah st with 300yen per bag
Nara-ada coin loker kat bawah ke atas tah. Lupa. Beg beso 75lit plus beg tarik2 sue tu amik yg 400yen muat nk masuk dua2 beg. Haha
Kat Toyo hotel, letak beg kena cas. So sama je letak kat coin loker pun.
Sekian report saya. Hehehe
Btw, many thanks to u sbb bg pinjam iti walaupun agak terabur kitorg follow. Tu pasal xpasal2 kena cari tempat letak beg kat Inari n Nara station. Hehehe
ReplyDeleteAir kt vending machine tu brand apa yg halal?
ReplyDelete