13 September 2015

Kansai Trip 2015: Muqaddimah

Assalamulaikum wbt.


Awal mula pertama mula gua nak buat confession yang Kansai trip gua kali ni adalah tidak dirancang sama sekali untuk gua pergi sendirian. Gua dah book tiket untuk dua orang dengan member tapi last minute member kata parents tak bagi. Gua selaku orang luar tak mahu berlebih-lebih dalam isu ni. Takkan gua pula nak burn tiket. Maka gua pun pergi sendiri.

Bawa seketul backpack dan seketul bag laptop. Jadi kekura depan belakang.

Trip tahun lepas pergi beramai-ramai. Study pun Osaka sahaja sebab hari lain Shino ada. Tapi kali ni memang gua pulun study habis umpama malam ni last malam sebelum final exam esok. LOL. Gua Cuma bawa 40k yen je untuk trip seminggu ni, duit makan, transport sekali dengan duit hotel 5 malam. Harap-harap cukup.

Dipendekkan cerita selesai check in dekat KLIA2 gua singgah surau yang jauh sikit dari gate. Sebab surau yg dekat dengan gate sure ramai. Gua tegur seorang budak ni. Eh tak sangka pulak flight sama. Sambil-sambil tunggu flight dekat gate gua borak dengan dia. Atikah nama dia. Rupanya dia student sana. Mie University. First time kot gua dengar nama Mie. Dia utara sikit and timur sikit dari Osaka. Dan kebetulan malam sampai Kansai Airport nanti dia pun bermalam kat airport. Esok baru cari jalan pulang katanya. Malam-malam train takde dah. Haha. Untunglah umur 20 tahun dah tahu speaking Jepun dan faham kanji hiragana katakana what so ever. Eh jealous la tu. Siapa suruh takmo amek Japanese masa third language.

Masa dalam flight, gua duduk dekat dengan dua orang student UKM yang ada 6 bulan attachment dekat Kansai University. Yaya dengan senior dia, chinese, lelaki. Gua dok perhati je budak-budak ni dari awal-awal naik flight. Kelakar sungguh dorang. Yaya tak rela pergi attachment ni, tapi gua yakinkan beliau bahawa Japan sangat best. Haha. Mentang-mentang dah ada experience. Kat KIX dorang macam pelik sebab ada shuttle cart dari main airport dengan gate arrival dengan departure. Gua dulu pun begitu kot. Haha. Dok berjalan dengan dorang dari keluar flight sampai lah ke customs.

Kat KIX, jumpa lagi seorang senpai Atikah yang study kat Jepun juga tapi university lain. Mohairah ni kat Kyushu, kat Fukuoka nun di sana. Masing-masing student engineering. Flight dia ke Fukuoka esok paginya. Maka malam tu kami bertiga tidur bergelimpangan di kerusi sebelah vending machine level 2. Surau ada kat level 3. Mula-mula tu macam nak lepak surau je. Tapi kerusi kat airport tu boleh tahan empuk juga. Haha. Lawak je budak-budak ni tau. Borak dengan dorang macam dah kenal lama.

Esoknya lepas Subuh Mohairah pun check in flight dia. Of course lah sempat minta phone number budak-budak ni. Kot-kot lepas ni jalan Fukuoka pulak ke. Hihihi. Gua dan Atikah masih kehulu-kehilir kat KIX. Dia ada juga tunjuk aku which onigiri and bubur kat Family Mart tu yang boleh dimakan. Pagi tu breakfast mi udon dekat satu restoran halal kat level 2. Makan kake udon and squid tempura dengan harga 630 yen. Sedap! Tapi mungkin bukan taste gua sangat kot jadi makan sikit je dah rasa muak. Kesian tukang masak ni tengok aku tak habiskan kake udon dia. Atikah kata kalau taknak muak makan cepat-cepat. Haha.

Kake udon, squid tempura dan green tea.

Budak Tikah.


Lepas makan, Atikah terus balik Mie dan gua teruskan perjalanan ke Nara. Terima kasih banyak-banyak Atikah and Mohairah bagi akak tips. Muehehe. Harap ada rezeki gua jumpa lagi budak Tikah, Mohairah dan Yaya. InsyaAllah.

Thank you for reading this. 


*to be continue…

updated: sambungan part Nara boleh tengok sini.

1 comment: