Assalamualaikum wbt.
Disclaimer: Disebabkan Arashiyama banyak tempat nak cerita,
gua terpaksa bahagikan kepada 2 parts.
Entry ni consists of Togetsukyo Bridge and Tenryuji Temple.
Bamboo Groves and Sagano Scenic Train gua akan sambung kendian.
Ada yang bertanya, nak ke Kyoto tapi kenapa stay whole week
dekat Osaka?
Jawapan dia:
(1) susah nak cari hostel/hotel budget di Kyoto (hal ini
diperakui sendiri oleh supervisor gua yang pernah bekerja di salah sebuah
university di Kyoto)
(2) Kyoto dan Osaka tak jauh mana, kurang satu jam dengan JR
Line rapid service, dan hanya 10 minit sahaja dengan shinkansen (bullet train).
Bapak laju!
(3) Duduk Hotel Toyo tu seronok. Bilik dia selesa dan luas. Staf
dia sangat friendly, helpful dan handsome (only applied for men). Hahaha.
Dari Toyo Hotel ke Kyoto, perlu ke JR Shin-imamiya Station,
beli tiket 920 yen untuk terus ke Kyoto Station. Tapi sampai dekat Osaka
Station perlu transit untuk tukar train ke Kyoto pula. Actually boleh je kalau
nak beli tiket separately, maksudnya dari Shin-imamiya ke Osaka Station satu
tiket, dan dari Osaka Station ke Kyoto Station satu tiket, tapi malas nak exit
dari train platform untuk cari mesin beli tiket. Hehe. Oh ye, kalau beli
separately haruslah lebih murah.
Perjalanan dari Shin-imamiya ke Osaka Station lebih kurang
18 minit. Sampai je dekat Osaka Station gua pening jap. Sebab station dia
sangat besar, besar sikit je pun daripada KL Sentral. Train platform pun
berderet-deret ntah mana satu. Mujur ada aunty ni. Gua kalau dah pening gua
redah je tanya siapa-siapa insan terpilih yang berdekatan.
Okay, pusing-pusing jumpa dah train platform untuk ke Kyoto.
Next problem; naik train mana satu? Haha. Rasa nak gelak, serius. Memang ada
screen display train kemana and arrival time, tapi once train dah approached,
suddenly font dia mesti tukar kanji terus, tak ke haru?? Faham sangat aku kanji
ni. Katakana pun fail.
Allah Maha Pengasih. Saat sedang terpinga-pinga melihat
screen, datang seorang mat salleh yang bertanyakan gua kemana arah tuju. Bila
cakap Kyoto, dia terus tunjuk which platform and dia kata the upcoming train
adalah rapid train menuju ke Kyoto. Tak sampai 3 saat train sampai dah. Tak
sempat nak said proper thank you, sebab dia pun macam rushing je. Tengok gaya
macam dia dah lama kerja di Osaka.
Okay, fakta bila dah dekat mana-mana subway atau train
station automatically kau akan jalan rekrut (jalan cepat-cepat) ikut pace
diorang. Kadang tu terfikir gua takdelah nak kejar orang ke kejar train ke,
tapi depa ni kelam kabut semedang, dengan gua-gua sekali ikut rushing. Nampak
tak permainannya di situ? Wahaha.
Dengan rapid train perjalanan dari Osaka Station ke Kyoto
Station ambil masa lebih kurang 35 minit, sebab train tak berhenti kat banyak
station. Sesampai je dekat Kyoto Station, gua cepat-cepat beli tiket JR Line
untuk ke Saga-Arashiyama Station pula, dengan harga 240 yen. Maklumlah dah
terikut pace diorang. Motip sangat Nadia, motip. Kyoto Station pun agak besar lebih kurang macam Osaka Station. Kalau keluar ikut central exit boleh nampak Kyoto Tower yang umpama daikon itu.
Sedang tunggu train tiba, gua queue dekat belakang dua orang
makcik ni. Sebab tu cabin paling dekat, malas jalan jauh-jauh. Rancak sungguh
berborak. Mungkin mereka bercerita perihal keluarga masing-masing yang akan
pulang ke kampung untuk menyambut Raya Haji bersama. Eheh! Bila train dah
sampai, mereka-mereka yang queue di luar pintu cabin lain berpusu-pusu masuk,
then makcik berdua ni kehairanan sebab pintu depan kitorang ni tak terbuka langsung
pun.
FYI ada certain trains yang bila dia mulakan perjalanan
kita kena buka sendiri pintu tu untuk masuk. Dengan senyuman manis ala-ala
flight attendants AirAsia gua cepat-cepat tekan button untuk buka pintu tu.
Kedua-dua makcik tu ketawa sambil cakap “Ahaa..shiranakata. (ahaa… tak tahu
pun*lebih kurang camtu la maksud dia*)”. Gua pun ikut ketawa sekali “Daijoubu.
(Tak apa)” balas gua. Comel lahai makcik berdua ni haa. Rasa nak kidnap bawa balik Malaysia.
Perjalanan dari Kyoto Station ke Saga-Arashiyama Station
mengambil masa lebih kurang 15 minit. Exit dari station je mula la belek-belek
peta. Peta daripada google maps tak sama hokeyh dengan real situation. Haha.
Noob gila malas fahamkan peta. Mujur ramai pengunjung yang mahu ke lokasi yang
sama which is Togetsukyo Bridge. Just follow je mereka-mereka ni. Mudah bukan
kerja gua?
Dalam 10 minit jalan, dah boleh nampak omiyage shops kiri
kanan. Dan of course lah tak singgah. Sebab dah nampak Togetsukyo depan
mata. As an amateur photographer, haruslah satu snap gambar setiap satu langkah.
LOL. Okay terpesona sebab sangat sama dengan dalam anime. Especially K-ON! dan
Yahari Ore no Seishun Love Comedy wa Machigetteiru. Mau taknya. Anime daripada
Kyoto Animation ni gua peratikan memang banyak promote Kyoto. LOL!
JR Saga-Arashiyama Station. |
Omiyage shops dan kedai makan sebelum sampai Togetsukyo Bridge. |
Togetsukyo bridge! |
Yang gua naik hantu di sini adalah bila mana rasa macam baru
20 shoot gambar tetiba Nikon habis bateri. What the… kendian baru teringat yang
malam sebelumnya gua lupa nak offkan dia masa nak belek-belek gambar rusa. Dia
dalam mood standby even dia sleep. Huhu. Rasa nak lempang diri sendiri
laju-laju hingga jatuh ke dalam sungai. So gua punya resolution adalah
menggunakan phone camera sahaja. Huhu. Malas nak pegang phone sebenarnya.
Toilet tepi sungai. Hehehe. |
Dah kenapa gua macam tak reti nak senyum? |
Sedang menikmati panorama tepi sungai suddenly ada beberapa orang Japanese tegur gua. Ada 4 orang semuanya. Gua ingat dia nak minta tolong gua amekkan gambar depa. Gua pun “Owh you want me to take your picture? Sure. Can.” Tapi rupanya depa yang nak amek gambar dengan ittew. Wuu..malu rasanya. Macam retis pulak gua rasa. Gua pun amek kesempatan dengan menghulur phone gua pula sambil berkata “Mou ikai! (lagi sekali)” Eheh! Bukan senang nak dapat peluang cenggini tahu.
Lepas tu macam biasa gua menyesatkan diri, jalan jela mana-mana pun. Dekat-dekat Togetsukyo tu memang dah kampung-kampung dah. Salah satu cara untuk buat kita smarter adalah dengan cara “go get lost and find your way back”. Hehe. Ye, ini fakta ye tuan puan. Tolong aplikasikan.
Lepas tu macam biasa gua menyesatkan diri, jalan jela mana-mana pun. Dekat-dekat Togetsukyo tu memang dah kampung-kampung dah. Salah satu cara untuk buat kita smarter adalah dengan cara “go get lost and find your way back”. Hehe. Ye, ini fakta ye tuan puan. Tolong aplikasikan.
Antara yang diperoleh semasa pusing-pusing si situ. |
Jalan dan jalan sampai lah jumpa entrance Tenryuji Temple.
Entrance fee dia 500 yen. Pada gua Tenryuji ni takdelah semegah Todaiji Temple,
tapi apa yang marvellousnya di sini adalah garden dia sangat ohsem! Melting
habis wa cakap lu. Walaupun belum autumn sepenuhnya, view dia tetap superb.
Subhanallah. Kyoto never fails to make me mesmerized. Masa gua pergi, Japan
tengah undergoes transition state from summer to autumn, tu yang hujan tu.
Budak Tikah kata kalau waktu nak bertukar musim memang kerap hujan.
Batu dia nice gila! Haha |
Lagi dalam Tenryuji Temple |
Kolam tepi tu, banyak gila ikan. |
Le gardenie. Eh? |
Kat sini baru
teringat nak keluarkan action cam gua. Huhu. Gua selamba je pergi rakam video
kat sekeliling garden tu, orang pandang pun gua lagi suakan kamera kat orang
tu. Kata pelancong kan? Hahaha.
“Ni kalau mak datang sini, confirm taknak balik!” gua
bermonolog sendirian.
Dekat tepi garden dia ni pun dah boleh nampak bamboo forest.
End of the route dekat Tenryuji Temple ni akan ada laluan direct masuk ke
Bamboo Groves. Free, takde apa-apa bayaran untuk masuk.
The road not taken. |
Kalau dah nampak ala-ala bambo forest ni meaning dah nak sampai laluan masuk ke Bamboo Groves tu. |
Maaf gambar campur aduk daripada Nikon P520, Asus Zenfone 2
dan SJCAM SJ5000wifi (sekali dengan menjawab persoalan mereka yang bertanyakan perihal kamera).
*to be continue…
Thank you for reading this.