09 November 2011

Muka Budak Sekolah kah??

Assalamualaikum wbt semua~

Okeyh fine. Sepanjang 4 hari kat rumah nenek aku, aku langsung takde idea nak letak apa kat belog aku. Mungkin sebab aku bahagia sepanjang masa kot. Duduk di Shah Alam menggemukkan, duduk di Puncak Alam lebih menggemukkan tapi dok kat rumah nenek aku sangat2 menggemukkan. Makan je kerja aku. Well, nenek aku masak sedap…petai, batang keladi masak asam pedas, pegaga, ikan goreng yg digoreng dengan sangat garing tu. Huwaaa! Totally irresistible maa.. Hohoho.

Baru petang tadi aku sampai rumah setelah 4 hari aku menginap di sana. Intro yang takde kena mengena langsung dengan tajuk entri. Ah lantak!

Ok, nak dipendekkan cerita, petang 10 Zulhijjah hari tu baru aku pergi rumah nenek aku yg terletak kat Yong Peng. Tak jauh pun dengan Parit Raja ni. Dalam 45 minit dah boleh sampai. Petang tu aku drive. Sedang melalui jalan Ayer Hitam-Yong Peng sampai je simpang yg nak ke Kampung Jawa tu tetiba ada road block pulak kat situ. Eh, dah bertahun aku lalu jalan tu tapi tak pernah ada road block pun. Time raya Aidilfitri pun takde bhai. Ok takpelah. Sampai je kat encik2 polis yang tengah jaga tu dia suruh aku berhenti kejap dia mintak lesen. Ok, aku bagi.

Lupa pasal hal tu sebab small matter je pun. Then lusa petang (12 Zulhijjah) aku balik rumah kejap. Mak aku dah suruh aku bayar duit kereta pasal ayah aku dah pesan kat mak aku dan tinggalkan duit sekali. Balik rumah semata-mata untuk itu je ek?? Oh tidak. Aku bawa mak cik aku sekali, kononnya nak pergi kedai tudung yang aku rasa best kat Parit Raja ni. Huhu. Dan aku lalu jalan yang sama. Sampai je tempat road block hari tu polis2 semua tengah lepak goyang kaki. Take a break with kit kat kot. Kendian semasa perjalanan pulang, lalu lagi jalan yang sama dan road block masih ada kemudian aku kena berhenti sekejap walhal kereta kat depan tu tak kena pun. Huh, pilih kasih! Encik polis tu tanya aku “ada lesen tak?“. Aku cakap la ada. Ala kalau aku takde pun konpemnya aku cakap ada la. Mau tanya lagi kan. Tapi encik polis ni tak mintak pulak. Okeyh takpe.

Petang tadi aku baru sahaja pulang ke rumah dan memang aku lalu jalan yang sama lagi dan road block masih ada lagi. Aku tengok akak yg drive Wira depan aku ni lepas dia berhenti kejap dia terus je. Ok la. Aku pun nak cepat ni. Tapi bila time aku lalu je.....

Sorang encik polis tu terkinja2 kononnya aku terlanggar kaki dia la. Konon nak bergurau dengan aku. Aku bagi senyuman paling sinis kat beliau. Pastu aku dah bajet nak terus jalan jelah kan takkan nak keluar dari kereta dan pergi kat encik polis tu dan berkata...“Ni kaki tak pape pun. Saya bawak Mini Cooper je kot takkan boleh terlanggar.“ =.=‘

Sekadar gambar hiasan.
Wahai Range Rover Evoque, kau kena tahu bahawasanya aku
letak gambar kau kat belog aku pasal kau hensem dan kau mahal nak mam***!

Sekali kan, encik polis lagi sorang tu kan dia suruh aku berhenti tepi. Demm!!! Aku nak cepat la kau faham tak???!!! Mak aku dah suruh aku singgah supermarket beli macam2 dah. Akak depan aku tadi tak kena berhenti pun asal aku kena pulak???!! *&#@!! Dia mintak lesen ok fine aku bagi. Dah kenapa pulak aku kena??  Kenapa kenapa kenapa???? Muka aku ni macam muka orang takde lesen memandu ke???!!! arggghhhhhh!! Lepas dia tengok lesen aku dia tanya aku ni student UTHM ke?? Aku cakap ler.."Tak, saya lecturer kat situ". Ok tipu. Aku tak jawab macam tu.

Kendian aku pun berlalu dengan perasaan yang bengkek sekali. Tapi takpe. Aku sangat positif. Mungkin encik polis tu ingat aku budak sekolah yang tak layak lagi memiliki lesen memandu. Yeah, aku tak nafikan aku memang comel. :P (mata pandang atas, tangan ke dada)

Moral of the story: don’t text and drive. (???)

4 comments:

  1. haha..klaka jek..tp mke nadia mmg mcm budak2 pon..tu yg polis tu xpercaya tu..hehe,,sbr2..=P

    btw,,nadia keje kat mne skunx??shah alam ke??ke nadia smbung blaja?

    ReplyDelete
  2. tu la kan..awet muda..hehe..*prasan je*

    mule2 igt nk smbung blaja..tp ni da dpt keje kat segamat prtengahan bulan 12 nnt..first month ni training dulu kt temerloh..ntah bilenya la nk sambung blaja..haha..

    ReplyDelete
  3. nadia dpt keje ape?
    tahniah2..xpe,,ader rezeki nnti sambung la blaja..hehe

    ReplyDelete
  4. same keje ngan zek..
    tade kena mngena ngan kimia pun..huhu..
    tp mak suh pegi je, cari pngalaman kan..hee..

    ReplyDelete