25 November 2011

Tag dari Syafiq

Assalamualaikum semua.



Honestly lately aku sudah tiada masa untuk online lama2. Apatah lagi nak update blog or update status kat fb. Alahai aku ni, macam korang kesah?? Kan? Kan?
Ok, hari tu aku baca blog Syafiq dan beliau tag aku. Ni ha aku amek masa 5 hari nak jawab. Payah giler soklan dia. Tapi kan, aku suka mengunjungi belog beliau bila mana aku online. Sebab belog dia best. 

1. If you are asked to rename yourself, what will it be?
Naruto?? Teheee~ 

2. Who's your favourite minister? (Hahahaha)
Why must put hahahaha. Tak siyez ke? hahaha
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

3.
What is your favourite color? Will you buy a car in that favourite color?
Pink. Nope. Aku nak kereta warna silver.^^

4. Which one do you prefer, Brad Pitt or Johnny Depp? Why?
Johnny Depp. Sebab dia sangat best sangat best dan sangat best! Huhuhu.

5. What is your most beautiful dream?
Mimpi makan makanan sedap2 banyak2.

6. Who's your preferred friend, a male or a female, why?
Female, becuz I’m female. Boleh tak bagi jawapan cenggitu?

7. What is your favourite meal?
Mom’s cooking. Nyum2!

8. The celebrity that you hate most?
Tak amek port la artis2 ni. Huhu.

9. What attires are you wearing now?
Sport com! Takdela, track suit + t-shirt. Japg nak 2.4. Haha.

10. Have you ever watch my videos????? (Hahaha) ----> (Video: Syafiq Fadeli's Words)
Yup, a lot. But I do watch Mat Luthfi more. Hehe.




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

11 November 2011

Peristiwa Memalukan di Kepsi

Assalamualaikum wbt semua~

Petang tadi aku pergi BP sat pasal aku nak tukar tiket bas. Semalam aku dah beli tapi kan baru aku perasan yang aku dapat dua tiket. Satu tiket BP- Segamat jam 3.30pm then lagi satu Segamat-Temerloh jam 7.30pm. Loser! Aku memang tak boleh sampai Temerloh lewat tahu. Nanti nenek aku marah. Sekali kan tak dapat tukar tiket. Sob3. Adik tu kata (adik?? Abg??)ntah. Dia kata kalau tolong jualkan boleh la. Tapi aku dah redha jela kalau duit aku burn begitu saja.T_T sedih! Aku bukan orang kaya tahu? Kalau aku kaya aku mintak bapak aku kereta sedozen supaya aku pilih satu untuk dibawa ke Temerloh. Calah capeww?? calah diwi sendiwie~ *geli*

Ok, aku sudah tidak mahu bersedih. Aku singgah BP Mall pasal aku bawak 2 orang jejaka yg tak berapa nak hensem sekali. Aku bawak mereka makan kepsi je. Sekali lagi aku bukan anak orang kaya untuk bawa mereka makan di kenirojes mahupun sushiking.

Masa tengah makan tu kan, ada sorang budak kecik pompuan ni la kan dia terpandang aku dan aku terpandang dia. Serentak. Kami bertentangan mata. Pastu aku bajet nak wat bodo jelakan, dia kecik lagi kot tengok otromen konpem dia tak paham. Tapi kan pastu kan dia kan....dia senyum kat aku. Tehee~ . Dia senyum punya la sweet wa cakap lu. Dush! Guwa sudah jatuh hati sama itu budak!

Mak ayah dia tengah suapkan dia pun dia boleh lagi pandang aku sambil hulurkan senyuman yang paling manis. Depa punya pelik dengan anak depa yang dari tadinya tak berhenti senyum justeru pandang kearah ku. Lalu aku pun senyum kat mereka sambil lambai2 tangan kat budak tu. Tapi kan.....aku rasa malu la budak tu senyum2 kat aku. Dah kau nak usha aku ke budak?? Haha. Aku malu. Aku malu. Aku malu tahu?? Budak...budak....nasib baik kau perempuan kan.

Aku pura2 sms padahal aku snap gambar dak kecik tu tanpa pengetahuan beliau dan ibubapanya.
Comel kan beliau??


*menyesal tak bawa kamera*=.='


10 November 2011

SMS or Phone Call?

Assalamualaikum wbt semua~

Semalam time tengah nak loading barang2 aku dalam kereta before balik rumah, aku text mak aku.

“Org da nk blik ni.nk krm pape x?”

Saje aku tanya mak aku nak apa2 tak sebab aku boleh je singgah mana2 beli apa yang dia nak. Tak lama tu beliau call...

Mak: katne ni?

Aku: masih kat rumah nyai. Tak gerak lagi. Nak apa2 ke?

Mak: boleh la. Nanti singgah Parit Raja belikan daun bawang dengan bawang besar merah.

Aku: ekk?? Bawang besar ke bawang merah? Yang kat rumah dah habis ke?

Setahu aku bawang besar & bawang merah banyak lagi kat rumah. Takpela, mungkin memang betul dah habis kot.

Mak: bawang besar la, bawang besar merah tu.

Aku: owh, ok2. Cakap jela bawang besar. Huhu. Nak apa2 lagi tak?

(dalam hati aku kata mungkin beliau cakap bawang besar merah pasal takut aku terbeli bawang besar yang warna putih/hijau tu yang selalu guna buat masak nasi ayam je tu.)

Mak: tu je kot. Nanti mak sms lagi lah.

Aku: ok.

Kendian beberapa saat lepas tu mak aku text.

Belikan roti dengan sayur bayam.“
“Ok.“

Sampai je kat pasaraya tempat aku selalu shopping barang2 dapur aku terus meluru masuk untuk mendapatkan segala yang beliau pesan. Bawang besar...checked. Daun bawang...checked. Roti..checked. Bayam je takde, aku amek kangkung.
Sampai je kat rumah mak aku pun segera membelek-belek bungkusan plastik yang aku bawa pulang.

Mak: lada besar merah takde ke?

Aku: haa??? Lada besar??

Mak: kan mak suruh beli tadi.

Aku: manede. Mak kata bawang besar merah.

Mak: mak kata lada besar merah la tadi.

Ekk?? (-_-‘)


Sekadar gambar hiasan,

Padanlah tadi beliau kata bawang besar merah, rupanya dia nak suruh aku beli lada. Huhu. Kini ku mengerti. Beliau nak kata juga dia suruh aku beli lada kan walhal memang aku dengar dia kata bawang. Hohoho. Last2 beliau kata, takpelah lada takde pun takpe yang penting ada daun bawang. Eleh mak, dah malu la tu. Mak aku pun dah sengih2 tanda setuju. Ehehehee... 
Pada pandangan aku, aku lebih suka phone call compared to sms kalau nak memperjelaskan sesuatu. Tapi bila jadi kes tersilap cakap macam mak aku ni, mesej pun tak sampai kan.  Jelaslah di sini bahawasanya sms tu kadang2 dapat menyampaikan sesuatu dengan lebih jelas tanpa sebarang communication error. Terkecualilah bila line celcom tengah bengong yang amat sampai letih ibu jari aku tekan send.


p/s: kenapa suddenly aku rasa BM aku macam haram?. =.='




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

09 November 2011

Muka Budak Sekolah kah??

Assalamualaikum wbt semua~

Okeyh fine. Sepanjang 4 hari kat rumah nenek aku, aku langsung takde idea nak letak apa kat belog aku. Mungkin sebab aku bahagia sepanjang masa kot. Duduk di Shah Alam menggemukkan, duduk di Puncak Alam lebih menggemukkan tapi dok kat rumah nenek aku sangat2 menggemukkan. Makan je kerja aku. Well, nenek aku masak sedap…petai, batang keladi masak asam pedas, pegaga, ikan goreng yg digoreng dengan sangat garing tu. Huwaaa! Totally irresistible maa.. Hohoho.

Baru petang tadi aku sampai rumah setelah 4 hari aku menginap di sana. Intro yang takde kena mengena langsung dengan tajuk entri. Ah lantak!

Ok, nak dipendekkan cerita, petang 10 Zulhijjah hari tu baru aku pergi rumah nenek aku yg terletak kat Yong Peng. Tak jauh pun dengan Parit Raja ni. Dalam 45 minit dah boleh sampai. Petang tu aku drive. Sedang melalui jalan Ayer Hitam-Yong Peng sampai je simpang yg nak ke Kampung Jawa tu tetiba ada road block pulak kat situ. Eh, dah bertahun aku lalu jalan tu tapi tak pernah ada road block pun. Time raya Aidilfitri pun takde bhai. Ok takpelah. Sampai je kat encik2 polis yang tengah jaga tu dia suruh aku berhenti kejap dia mintak lesen. Ok, aku bagi.

Lupa pasal hal tu sebab small matter je pun. Then lusa petang (12 Zulhijjah) aku balik rumah kejap. Mak aku dah suruh aku bayar duit kereta pasal ayah aku dah pesan kat mak aku dan tinggalkan duit sekali. Balik rumah semata-mata untuk itu je ek?? Oh tidak. Aku bawa mak cik aku sekali, kononnya nak pergi kedai tudung yang aku rasa best kat Parit Raja ni. Huhu. Dan aku lalu jalan yang sama. Sampai je tempat road block hari tu polis2 semua tengah lepak goyang kaki. Take a break with kit kat kot. Kendian semasa perjalanan pulang, lalu lagi jalan yang sama dan road block masih ada kemudian aku kena berhenti sekejap walhal kereta kat depan tu tak kena pun. Huh, pilih kasih! Encik polis tu tanya aku “ada lesen tak?“. Aku cakap la ada. Ala kalau aku takde pun konpemnya aku cakap ada la. Mau tanya lagi kan. Tapi encik polis ni tak mintak pulak. Okeyh takpe.

Petang tadi aku baru sahaja pulang ke rumah dan memang aku lalu jalan yang sama lagi dan road block masih ada lagi. Aku tengok akak yg drive Wira depan aku ni lepas dia berhenti kejap dia terus je. Ok la. Aku pun nak cepat ni. Tapi bila time aku lalu je.....

Sorang encik polis tu terkinja2 kononnya aku terlanggar kaki dia la. Konon nak bergurau dengan aku. Aku bagi senyuman paling sinis kat beliau. Pastu aku dah bajet nak terus jalan jelah kan takkan nak keluar dari kereta dan pergi kat encik polis tu dan berkata...“Ni kaki tak pape pun. Saya bawak Mini Cooper je kot takkan boleh terlanggar.“ =.=‘

Sekadar gambar hiasan.
Wahai Range Rover Evoque, kau kena tahu bahawasanya aku
letak gambar kau kat belog aku pasal kau hensem dan kau mahal nak mam***!

Sekali kan, encik polis lagi sorang tu kan dia suruh aku berhenti tepi. Demm!!! Aku nak cepat la kau faham tak???!!! Mak aku dah suruh aku singgah supermarket beli macam2 dah. Akak depan aku tadi tak kena berhenti pun asal aku kena pulak???!! *&#@!! Dia mintak lesen ok fine aku bagi. Dah kenapa pulak aku kena??  Kenapa kenapa kenapa???? Muka aku ni macam muka orang takde lesen memandu ke???!!! arggghhhhhh!! Lepas dia tengok lesen aku dia tanya aku ni student UTHM ke?? Aku cakap ler.."Tak, saya lecturer kat situ". Ok tipu. Aku tak jawab macam tu.

Kendian aku pun berlalu dengan perasaan yang bengkek sekali. Tapi takpe. Aku sangat positif. Mungkin encik polis tu ingat aku budak sekolah yang tak layak lagi memiliki lesen memandu. Yeah, aku tak nafikan aku memang comel. :P (mata pandang atas, tangan ke dada)

Moral of the story: don’t text and drive. (???)

05 November 2011

Salam Aidiladha


credit: iluvislam, gambar: pelita buluh ciptaan adikku