Assalamualaikum semua...
Sedia maklum kan dengan tajuk entry aku kali ni?? Dah kau tak payah nak expect something yg funny dalam isi kandung entry aku ni. Semua seram2 belaka. Kejadian seram lagi mengerikan ini terjadi kira-kira 10 tahun lepas di Desa Sri Paya, Batu Pahat, Johor. Ye tuan puan, ketika itu aku masih belom matured lagi. Aku baru je standard 6, bak kata omputih. Walaupon time tu hari masih lagi terang, tapi pontianak muncul juga. Almaklum la, terang2 time tu pon, hari nak Maghrib dah kalau tak silap aku. Bulu hidung aku akan meremang kalau aku teringat balik tragedi tu. Hatta sekarang ini pon. Konpem aku meraung berguling2 persis orang terkena histeria tika terbayangkan wajah mereka yg ketakutan akibat terlihat pontianak itu.
Well, aku malas la pulak tetiba nak wat intro saspen gini. Time tu ada tournament netball peringkat zon Ayer Hitam a.k.a. MSSC Ayer Hitam. Aku player, aku pegang position WA (Wing Attack) waktu tu. Sungguhpon aku terkilan sebab tak terpilih pergi peringkat daerah, aku tetap WA hampeh harapan sekolah. Haha.(ketawa bangga) Boleh tengok sini kalau nak tahu apa keje WA.
sekadar gambar hiasan. Hoho. Seksanya gambar ni! |
Nasib menyebelahi sekolah aku time tu, kitorang main sampai la final. Kau tahu la kan kalau dah satu hari je tournament tu boleh habis, konpem sampai petang kami main. Aku agak neves time tu pasal sekolah aku (SK Seri Kemajuan) akan lawan dengan tuan rumah (SK Seri Paya) untuk tentukan sapa juara. Budak2 diorang kecik2 je weh. Ligat neh! Before that day kitorang penah lawan dah ngan meke. Dan kitorang kalah. Wuu~ Tak sangka final jumpa diorang lagi.
Tadi aku ada cakap kan match tu berlaku pada waktu petang? So time tu budak2 yg bersekolah agama tengah rehat untuk solat Asar. Tiba2 aku nampak kelibat budak2 laki kat tepi padang. Aku tahu dah nama pon netball, konpem diorang saje nak tengok, nak usha awek2 yg ada kat situ. Kau pon tahu kan dulu2 netball untuk kaum wanita je. Sekarang ni netball untuk kaum adam dah feymes dah. Ok, sambung cite tadi. Nak dijadikan cerita, masa separuh masa pertama, aku punya tudung boleh tertanggal kau tahu! Sekali dengan skaf2nya. Ya ampun, betapa malunya aku saat itu. Apa yang buat aku malu tahap gaban adalah budak2 laki yg ada kat situ tu pakat dok teriak
“PONTIANAAAKKKK!!! PONTIANAAAKKK!!!!“
sambil gelak2 dan buat reaksi muka macam nampak semut tercekik chewing gum. Kau nak tahu kenapa?? Sebab time tu rambut aku panjang, straight cut, lurus, paras pinggang. Pastu kalau aku pakai tudung aku takde ikat2 rambut ni, aku simpulkan je rambut aku macam ahli gimnastik tu. (Ah kau, perasan!) jadi bila segala2nya yg atas kepala tu tanggal maka menggerbanglah rambut aku. Aku nak amek balik nak sarung kat kepala tak sempat dah. Dah tentu2 meke dapat shoot 3 juta bola time aku nak pakai balik tudung aku.
sekadar gambar hiasan. Untuk penghayatan yg lebih mendalam, sila tukarkan baby tu kpd bola. |
Dan yang tekley belahnya bila aku jadi perhatian sepanjang petang tu. Lepas dah separuh masa kedua pon, teriakan pontianak tu tak hilang lagi. Kurang asam betol la! Kalau la aku dapat sorang2 yang dok pekena aku time tu memang malam2 aku pergi rumah dorang, aku hisap darah dorang sampai kering.
Lepas tu, aku tetap tak serik nak main netball. Cume aku akan pastikan tudung aku cukup kemas sebelum bermain. Susah kau tahu tak nak tengok pontianak main netball. Tapi mesti best kalau pontianak dapat pegang position GA or GS! Hohoho!
_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?2338de0614bf4ec49a164fdf6891a087
haha..tgk tajuk ingat pontianak btol2 td :P
ReplyDeletesaje bg gempak..huhu
ReplyDelete