30 September 2011

Komander Kesatria Endurance Challenge: Day 3


Assalamualaikum & salam sejahtera~


Kenapa??? Kenapa?? Kenapa?? Kenapa baru hari ni aku nak publish entry pasal event yang dah 2 bulan berlalu. Arggghhhh!

Day 1 and Day 2 dah buat dah sejurus selepas event. Pastu untuk Day 3 & 4 entah kat dalam folder mana aku simpan word ni. Hari ni baru jumpa. =’) *tipu!,aku baru buat tadi*

Day 3: 18 Julai 2011-Isnin

Selamat Pagi Sayang! Ahaa..terngiang2 lagi lagu ni seyh. Before sukan rakyat start, kami beraerobik dulu. Berpeluh2 macam orang baru lepas 2.4, bukan sebab movement dia ke apa, tapi sebab matahari. Panas betol Malaysia ni! (gaya macam orang dah 5 taon tak balik Mesia). Huh. Sukan rakyat start lambat sikit, jadi kami pon bermain Frisbee mcm padang tu kami yg punya. Memang heaven giler pasal aku dah 9 bulan 9 hari (hyperbola) tak main Frisbee. Hee..


Sumer giler kejar kamera je tu. 

Bila2 saja, di mana jua...


Antara movement yg aku tak mampu nk buat. (-_-')

Bosan tunggu game tradisional tak setat lagi. Uhuhu~


Hari ni baru la aku tau camne rupe bentuknya game Bola Sambut tu. Aku beria la ingatkan main ala2 netball gitu. Baru berangan nak hentam rempuh team lawan. Giler keji. Rupenya setakat main pas2 bola bagi bentuk bintang je. Kacang putih je la weh. Sebab team aku menang daripada 8 team yang bertanding la aku berani cakap gitu.  Hebat tak hebat aku?? Ahaha.. secara tak langsungnya tambah kawan baru sebab sorang komander team aku dari UiTM Cendering, aku lupa nama dia tapi semua orang panggil dia apek. Hee. Lagi 2 orang dari UiTM Perak.

Okeyh..tengahari tu aku dah ngantuk gile. Bajet dapat berenang atas katil lepas makan tengahari. Tapi kitorang kena pergi Dewan Sri Semarak untuk rehearsal malam karang. Habis je rehearsal dan melepak dalam dewan macam orang giler tu, kami pergi padang balik. Motif: sambung main frisbee. Ahakz...


Pejal seakan burung yg baru lepas dari sangkar.

Aku suka gambar ni.Aku suka gambar ni.!

Yeah, come to mama!


Main macam orang homeless pasal dah tak ingat nak balik kolej untuk siap2 event malam tu. Sengal! Pastu otw balik terserempak dengan Encik Tun, dia baru pulang dari dusun rambutan. Nah kau, amek sorang satu gugus rambutan (gugus??). Sekali lagi terasa seperti gangster jalanan bila selamba badak makan buah rambutan sambil berjalan pastu buang kulit rambutan merata. Syyookk habis!


Barisan pelakon handalan.

Lepas makan tu kitorang bersiap2 terus dengan pakaian dan props untuk persembahan kebudayaan malam tu. Bertemakan pop yeh yeh tapi aku tak rasa pon pop yeh yeh. Aku asyik terfikir alangkah sedapnya kalau aku dapat seberkas popcorn waktu itu sambil menonton persembahan yang mengantukkan mata. Merepek! Best jugak la malam tu. Aku sangat suka persembahan daripada UiTM Melaka. Dah macam pelakon professional lak aku tengok dorang berlakon selamba je macam budak kecik yg selamba lap hingos dekat baju orang. Sangat best! Eh, itu dak Haikal je yg buat macam tu.


Kredit untuk Adik Umar & Kak Nadia tuk pic yg besh nih!




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

2 comments:

  1. assalamualaikum...salam dari komander melaka..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.
      smpaikn salam jgk kt kmandr2 kt sane eh.;-)

      Delete