30 September 2011

Komander Kesatria Endurance Challenge: Day 4 (last)


Assalamualaikum~


Day 4: 19 Julai 2011-Selasa

Yosh! Last day takde apa sangat. Cuma bangun2 tidur je aku rasa eksaited pasal nak balik Shah Alam. Ngee~ Pepagi lagi dah pack barang2 then kumpul kat dewan. Pastu pas habis ucapan, ucapan, penyampaian hadiah, kitorang pon bergegas untuk pulang. Lunch hari tu baru aku terasa dapat makan sedap. Uhuhu~



Adik beradikku~

Our heroes~

Kami!!

Hepi tak terkata..







Team alumni~

Babai Perlis~ (^_^)


Komander Kesatria Endurance Challenge: Day 3


Assalamualaikum & salam sejahtera~


Kenapa??? Kenapa?? Kenapa?? Kenapa baru hari ni aku nak publish entry pasal event yang dah 2 bulan berlalu. Arggghhhh!

Day 1 and Day 2 dah buat dah sejurus selepas event. Pastu untuk Day 3 & 4 entah kat dalam folder mana aku simpan word ni. Hari ni baru jumpa. =’) *tipu!,aku baru buat tadi*

Day 3: 18 Julai 2011-Isnin

Selamat Pagi Sayang! Ahaa..terngiang2 lagi lagu ni seyh. Before sukan rakyat start, kami beraerobik dulu. Berpeluh2 macam orang baru lepas 2.4, bukan sebab movement dia ke apa, tapi sebab matahari. Panas betol Malaysia ni! (gaya macam orang dah 5 taon tak balik Mesia). Huh. Sukan rakyat start lambat sikit, jadi kami pon bermain Frisbee mcm padang tu kami yg punya. Memang heaven giler pasal aku dah 9 bulan 9 hari (hyperbola) tak main Frisbee. Hee..


Sumer giler kejar kamera je tu. 

Bila2 saja, di mana jua...


Antara movement yg aku tak mampu nk buat. (-_-')

Bosan tunggu game tradisional tak setat lagi. Uhuhu~


Hari ni baru la aku tau camne rupe bentuknya game Bola Sambut tu. Aku beria la ingatkan main ala2 netball gitu. Baru berangan nak hentam rempuh team lawan. Giler keji. Rupenya setakat main pas2 bola bagi bentuk bintang je. Kacang putih je la weh. Sebab team aku menang daripada 8 team yang bertanding la aku berani cakap gitu.  Hebat tak hebat aku?? Ahaha.. secara tak langsungnya tambah kawan baru sebab sorang komander team aku dari UiTM Cendering, aku lupa nama dia tapi semua orang panggil dia apek. Hee. Lagi 2 orang dari UiTM Perak.

Okeyh..tengahari tu aku dah ngantuk gile. Bajet dapat berenang atas katil lepas makan tengahari. Tapi kitorang kena pergi Dewan Sri Semarak untuk rehearsal malam karang. Habis je rehearsal dan melepak dalam dewan macam orang giler tu, kami pergi padang balik. Motif: sambung main frisbee. Ahakz...


Pejal seakan burung yg baru lepas dari sangkar.

Aku suka gambar ni.Aku suka gambar ni.!

Yeah, come to mama!


Main macam orang homeless pasal dah tak ingat nak balik kolej untuk siap2 event malam tu. Sengal! Pastu otw balik terserempak dengan Encik Tun, dia baru pulang dari dusun rambutan. Nah kau, amek sorang satu gugus rambutan (gugus??). Sekali lagi terasa seperti gangster jalanan bila selamba badak makan buah rambutan sambil berjalan pastu buang kulit rambutan merata. Syyookk habis!


Barisan pelakon handalan.

Lepas makan tu kitorang bersiap2 terus dengan pakaian dan props untuk persembahan kebudayaan malam tu. Bertemakan pop yeh yeh tapi aku tak rasa pon pop yeh yeh. Aku asyik terfikir alangkah sedapnya kalau aku dapat seberkas popcorn waktu itu sambil menonton persembahan yang mengantukkan mata. Merepek! Best jugak la malam tu. Aku sangat suka persembahan daripada UiTM Melaka. Dah macam pelakon professional lak aku tengok dorang berlakon selamba je macam budak kecik yg selamba lap hingos dekat baju orang. Sangat best! Eh, itu dak Haikal je yg buat macam tu.


Kredit untuk Adik Umar & Kak Nadia tuk pic yg besh nih!




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

15 September 2011

Pontianak Main Netball

Assalamualaikum semua...

Sedia maklum kan dengan tajuk entry aku kali ni?? Dah kau tak payah nak expect something yg funny dalam isi kandung entry aku ni. Semua seram2 belaka. Kejadian seram lagi mengerikan ini terjadi kira-kira 10 tahun lepas di Desa Sri Paya, Batu Pahat, Johor. Ye tuan puan, ketika itu aku masih belom matured lagi. Aku baru je standard 6, bak kata omputih. Walaupon time tu hari masih lagi terang, tapi pontianak muncul juga. Almaklum la, terang2 time tu pon, hari nak Maghrib dah kalau tak silap aku. Bulu hidung aku akan meremang kalau aku teringat balik tragedi tu. Hatta sekarang ini pon. Konpem aku meraung berguling2 persis orang terkena histeria tika terbayangkan wajah mereka yg ketakutan akibat terlihat pontianak itu.

Well, aku malas la pulak tetiba nak wat intro saspen gini. Time tu ada tournament netball peringkat zon Ayer Hitam a.k.a. MSSC Ayer Hitam. Aku player, aku pegang position WA (Wing Attack) waktu tu.   Sungguhpon aku terkilan sebab tak terpilih pergi peringkat daerah, aku tetap WA hampeh harapan sekolah. Haha.(ketawa bangga) Boleh tengok sini kalau nak tahu apa keje WA.

sekadar gambar hiasan.
Hoho. Seksanya gambar ni!

Nasib menyebelahi sekolah aku time tu, kitorang main sampai la final. Kau tahu la kan kalau dah satu hari je tournament tu boleh habis, konpem sampai petang kami main. Aku agak neves time tu pasal sekolah aku (SK Seri Kemajuan) akan lawan dengan tuan rumah (SK Seri Paya) untuk tentukan sapa juara. Budak2 diorang kecik2 je weh. Ligat neh! Before that day kitorang penah lawan dah ngan meke. Dan kitorang kalah. Wuu~ Tak sangka final jumpa diorang lagi.

Tadi aku ada cakap kan match tu berlaku pada waktu petang? So time tu budak2 yg bersekolah agama tengah rehat untuk solat Asar. Tiba2 aku nampak kelibat budak2 laki kat tepi padang. Aku tahu dah nama pon netball, konpem diorang saje nak tengok, nak usha awek2 yg ada kat situ. Kau pon tahu kan dulu2 netball untuk kaum wanita je. Sekarang ni netball untuk kaum adam dah feymes dah. Ok, sambung cite tadi. Nak dijadikan cerita, masa separuh masa pertama, aku punya tudung boleh tertanggal kau tahu! Sekali dengan skaf2nya. Ya ampun, betapa malunya aku saat itu. Apa yang buat aku malu tahap gaban adalah budak2 laki yg ada kat situ tu pakat dok teriak


“PONTIANAAAKKKK!!! PONTIANAAAKKK!!!!“


sambil gelak2 dan buat reaksi muka macam nampak semut tercekik chewing gum. Kau nak tahu kenapa?? Sebab time tu rambut aku panjang, straight cut, lurus, paras pinggang. Pastu kalau aku pakai tudung aku takde ikat2 rambut ni, aku simpulkan je rambut aku macam ahli gimnastik tu. (Ah kau, perasan!) jadi bila segala2nya yg atas kepala tu tanggal maka menggerbanglah rambut aku. Aku nak amek balik nak sarung kat kepala tak sempat dah. Dah tentu2 meke dapat shoot 3 juta bola time aku nak pakai balik tudung aku.

sekadar gambar hiasan.
Untuk penghayatan yg lebih mendalam, sila tukarkan baby tu kpd bola.

Dan yang tekley belahnya bila aku jadi perhatian sepanjang petang tu. Lepas dah separuh masa kedua pon, teriakan pontianak tu tak hilang lagi. Kurang asam betol la! Kalau la aku dapat sorang2 yang dok pekena aku time tu memang malam2 aku pergi rumah dorang, aku hisap darah dorang sampai kering.

Lepas tu, aku tetap tak serik nak main netball. Cume aku akan pastikan tudung aku cukup kemas sebelum bermain. Susah kau tahu tak nak tengok pontianak main netball. Tapi mesti best kalau pontianak dapat pegang position GA or GS! Hohoho!



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?2338de0614bf4ec49a164fdf6891a087