23 July 2011

Komander Kesatria Endurance Challenge: Day 2

Day 2: 17 Julai 2011-Ahad

Hari ni kira hari sebenar kejadian. Ada 3 acara yang berlangsung serentak hari ni. Endurance Challenge, OPKIM dan mendaki Gua Kerbau bersama Dato‘ Abdullah Mohamad Said . Pepagi pas bekpes, sume terus berkumpul kat Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra untuk perasmian KKEC 2011 + pelepasan acara Endurance Challenge. Then, barulah kami berpisah. Mana yang kena pegi OPKIM, pegi OPKIM. Mana yg mendaki, pegi mendaki.



Kumpul sat before gerak p stadium.
Memandangkan aku tak join EC dan mendaki, jadi kompem la aku cite banyak pasal OPKIM je. Hee.. Komander Shah Alam dapat tempat sama dengan Komander UiTM Sarawak + Komander UiTM Cendering, Terengganu. Dorang memang best, begitu jugak dengan kami. Tak jauh pon tempat tu. Kat Kampung Kodiang Lama Dalam, MK Keplu, 06100, Kodiang, Kedah. Nah, hamek kau full address aku bagi. Dok kat Perlis tapi OPKIM kat Kedah. Canggih kan?? Haha. Ho yeah!! Jumpa sawah padi! (siyez mmg jakun giler!) Terasa nak buat photoshoot time tu jugak. Isk..

Best wo, sesampai sana je makcik pakcik kat sana sume suh kami makan terus. “Meh2 basah tekak ni, meh“, kata puan makcik sambil mengeluarkan cawan plastik lalu diletakkan di tepi tong plastik berisi air sirap + air batu. Hoho. Dah la memang haus kot. Pastu dipelawanya lagi makan rambutan. Aku ni tak la obses sgt dengan rambutan tapi bila dah lama tak makan otomatik aku jadi teruja jakun. Haha.

Kitorang cuma kena bersihkan kawasan masjid & tanah perkuburan je kat situ. Mula2 cuak jugak sebab memang betol2 kami dok berdiri, mencangkul, mencangkung di atas kubur tu. Pak cik tu kata takpe sebab kita datang nak bersihkan, bukan nak main2 pon. Terasa diameter lengan membesar sedikit akibat hayunan cangkul ala2 Tiger Woods bermain golf. Penat tapi sangat puas. Before berkumpul kat Gua Kerbau, kitorang sempat singgah dusun rambutan + durian + cempedak + nangka penduduk kampong. Akibatnya sepanjang perjalanan pulang beg aku kembung penuh ngan rambutan. Keh3.. kalau jual tepi jalan mau dapat RM13 jugak neh.



Sempat kau main game tradisional bagai. Hoho.

Persembahan dari pasukan Brass band UiTM Arau.

Beliau kata, kami pon silau juga akibat pantulan cahaya matahari drpd kepalanya
yg licin dan berkilat itu.
Oh, tiba2 aku rindukan Habibun Najar saat ini. Heheh..

Mereka yg berkayak.










Alhamdulillah team Endurance Challenge Shah Alam dapat no 3. Tahniah diucapkan kepada mereka! Ayie & Aliya (running), Adik Umar & Mas (cycling) & Pejal & Dalila (kayaking) + Dauz & Tik2 (reserve). Malam tu takde apa sangat. Just pembahagian kumpulan untuk sukan rakyat esok hari. Aku masuk acara Bola Sambut. Sangat takde idea apekah Bola Sambut itu. Dan sekali lagi tatkala sebelum tido, aku rindukan Shah Alam. =( 
*ni sume binatang hijau tu punya pasal!*




_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?2338de0614bf4ec49a164fdf6891a087

Komander Kesatria Endurance Challenge: Day 1

Assalamualaikum semua...



Aku rasa aku boleh kot start cite pasal Komander Kesatria Endurance Challenge 2011(KKEC) yg berlangsung kat UiTM Arau, Perlis dari 16-19 July 2011 since aku telah pon berada di rumah untuk menaip segala apa yg perlu. Konsentrasi semasa menaip itu penting tahu!

Day 1: 16 Julai 2011-Sabtu

Pagi tu kami sume angkut sume barang dari Anggerik ke unit. Tu bagi siswi la. Siswa taktau cite.. Dalam jam 9 pagi bas gerak. Long journey begin. Berhenti bekpes jap kat Rawang. Makan nasik lemak RM1.50 + neskepe mocha. Hee. Makan apa yg patut je sebab aku tahu nanti bas berhenti untuk lunch pulak. Then, berhenti tuk solat jamak zuhur + asar ta'dim. Katne aku lupa sudah. Hee..



Bosan tunggu bas. Huu..

Terasa tak sabar nak sampai sebab bosan dok dalam bas lama2. Tapi best sebab dapat dengar KMdy (B) Wafi cite pasal pengalaman dia handle camping budak2 Unisel. Serram nih! Best bro!! Meme terbaik la! Pada aku dia seorang legend yg tiada tandingnya. Mungkin yg lebih senior tu ada. Tapi sebab aku tak kenal kan. Makanya sepanjang aku bergelar komander, dia la yg berada di carta teratas diikuti KMdy (B) Azari. Dua orang CC1 yg sentiasa aku kagumi. Yeah!! Proud to be a leader!

Sempat bekpes sedap tu dalam bas.


Alhamdulillah. Dalam dekat pukul 6 jugak kami sampai UiTM Arau. This is my first time menjejakkan kaki ke perlis. Dan secara tak langsungnya habis sudah satu semenanjung Malaysia aku jelajah. Yarii!! tepuk tangan untuk diri sendiri! Bangga2 (sambil senyum kambing).  Sesampai sane..check in..siswi dapat dok kat Kolej Kesinai..Tingkat 3..paling atas..Not bad sebab cantik lagi kan..Hehe.. First impression always determines the next thing.



Kami yang ceria.. (^_^)

Yosh! Pas makan kat DM( dewan makan), kami sume gerak pegi Dewan Sri Semarak  untuk taklimat, ucapan, taklimat, ucapan, taklimat dan taklimat lagi. Huu.. mengantuk dan pening. Sesampai bilik je alangkah terkejutnya kami bila melihat sangat la banyaknya makhluk Allah yg berwarna hijau di merata tempat yg boleh mengundang kegatalan tahap petala ke8. Huwaaa! Rasa macam nak nangis. Kalau kat Shah Alam, ada 3 ekor pon dah boleh buat aku tak dok diam ni kan pulak 3 mega ekor! Oh, Shah Alam..i miss u! =’(



22 May 2011

CCI 43 Chilling

Assalamualaikum semua!!!

Actually, aku sangat takde idea untuk mengepost apa hari ni. Ikutkan hati malas dah nak post apa2. Tapi bila tengok belog aku ni yang macam dah berkurun tak dihapdate, so aku pon come up dengan kisah ni. Apa itu CCI?? CCI means Cuti cuti Intake. Iye, bukan Conducting Commander 1 ye. Harap jelas di sini.

Nak dijadikan cerita, 13 Februari hari tu kitorang adik beradik intake 43 telah berrombongan ke Sg Chilling. Nama pon cuti2 kan, makanya mmg enjoy sakan la time tu. Kitorang ke sana dengan sebanyak bape bijik kete ek?? Aku tak ingat la. Jap2 aku recall jap. Yang pastinya masa pegi tu, Nana and Dila drive Wira masing2, Opor drive Viva, Bun drive Kancil, Mubin drive Gen2. Ok, total 5 bijik kete. Pagi tu gerak lambat drpd waktu yang telah dirancang disebabkan beberapa masalah. Tak kisah pon kan, Sg Chilling tu tak lari mana.

Dekat pukul 11 gak kitorang sampai sana. Before pegi tu aku dah berkira2 dah macam nak sarung kasut atau yg seumpamanya dengannya, tapi ntah camne aku sarung je jugak selipar jamban aku yang corak2 askar tu. Selipar jamban aku pon nak jugak kan merasa jalan jauh kan. Lagipon ni first time aku pegi Chilling, diorang kata ok je kalau pakai selipar jamban, jadi aku pon pakai jela selipar tu. Sesampai sana je terus....“Mak aih, apsal la dorang tak kata kena redah sungai bagai. 5 pulak tu. Kalau 1 je takpe jugak, kesian selipar jamban aku weyh“. Dan memang aku sudah dapat mengagak, memang sengsara bagi aku untuk merentasi kesemua sungai tu dengan selipar jamban aku ni. Huwaaa!!


Awal2 sampai; kena daftar ye tuan puan pastu kena bayar singgit tuk satu kepala.

Perjalanan yang extreme untuk selipar jamban bermula!! ho yeah!

Iye, kami semua sedang gigih merentasi sungai tu.
Ni sungai yang ke berapa ntah, aku tak hengat. Huhu.

Dah macam pelarian pon ada sebab gendong beg besar2 takmo kena air.

Gambar pelarian yg lebih clear. Eh2, kenapa dengan muka Leha??

Penat merentasi sungai dah tak terasa bila nampak air terjun ni yang sgt best giler!
Subhanallah..=)

Bertenggek atas batu loncatan.
Kenapa aku panggil batu loncatan?? Sebab budak2 nih suka naik atas batu ni untuk
buat terjunan bebas ala2 orang nak buat bungee jumping.
Oh ye..Mamat yg belah kiri sekali tu bukan ahli rombongan kitorang.

Ce teka. Ce teka. Ce teka sape ni.
Peh, masing2 mentekedarah macam org sebulan tak makan.
Nama pon pelarian kan.Haha.

Bergambar sebelum pulang.=)
Lebih kurang pukul 1 lebih camtu kitorang pon pakat dah nak kemas2 barang dan pulang. Lagipon makanan sume dah habis kan. Hee. Puas sebab dapat main air. Even kawasan nak main air tu kecik je, tapi seronok la jugak sebab 2 kali disc frisbee aku hanyut beb. Ntah sape punya keje ntah. Nasib baik ada bro2 yang lebih kurang mcm hensem kat area2 bawah tu tolong amekkan. Yeke diorang amekkan? Aku tak tau sebab bukan aku yg pergi kejar disc tu. Hoho. Sekali lagi...perjalanan extreme dengan selipar jamban pon bermula. (-__-')

Wawa datang lmbat. Kitorang tgh siap2 tukar baju time ni.
Dalila kesian kat Wawa lalu mnemankan Wawa untuk mandi bersama. Hee.
"So far so good komander!"
" Saya tak bersalah komander!"

Singgah makan jap kat warung tepi jalan sebab sume dah kebulur tahap petala ke8.


Otw balik, kitorang singgah makan jap kat warung tepi jalan. Yela kan, manede orang berniaga warung tengah2 jalan. Kan kan kan?? Mase balik tu jugak hujan agak lebat. Perjalanan balik tu masing2 dah terseparated. Haha. How come?? tanya Hakam. Tapi tak kisah pon sebab memang dah tinggal balik je kan. Ada la dalam pukul 8.15 sampai kolej. Sampai je bilik, kelam kabut aku change parade pakai sport com sebab pukul 8.30 ada meeting. Mana boleh ponteng meeting maa. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Huhu. Siyezly, I missed that moment. And aku rindu kat abang2 kakak2 adik2 aku. Tapi kan kalau nak buat CCI lagi aku takmo pegi Chilling lagi dah. Haha. 

P/S: Korang, Kite Sesame Comel ada bagi cadangan untuk buat CCI seterusnya ke rumah aku time raye nanti. Hehe~