03 January 2017

Of impacted ear wax and sketch book.

Akemashite omedeto! あけまして おめでと みんなさん

Alhamdulillah, gua baru kunjungi Klinik ENT semalam untuk kali kedua dan tahap kesihatan telinga mula ada improvement. Since 2 weeks ago I have suffered from severe impacted earwax di mana klinik biasa dan Pusat Kesihatan Universiti pun tak dapat nak menolong gua. Maka gua decide untuk terus jumpa Ear, Nose & Throat (ENT) specialist. Gua pergi Subra ENT Clinic, dekat dengan Galleria dekat Pusat Bandar JB nun. Boleh la service dia okay, not bad. Staff friendly, pharmacist dia super duper friendly. You can ask her anything you want. Dr pun okay. Gua bagi 4.5 bintang.

My advice untuk hangpa yang suka korek telinga guna cotton bud tu, tolonglah hentikan tabiat itu serta merta. Sebab kita tak tahu condition ear wax dalam tu macam mana, kot jadi macam gua, jenis ear canal kecik, makin nak korek makin ke dalam tak ke naya. If ada sakit ke apa, please consult your Dr immediately. Sebab gua taknak orang lain rasa sakit macam yang gua rasa. Dijadikan cerita gua korek terlalu dalam sampai earwax tu betul-betul tutup eardrum, mujur telinga sebelah saja. Gua ke PK, but somehow eardrop tu tak mampu nak cairkan earwax tu, even dah flush pun masih macam tu. Sakit sebab ear canal mula membengkak.

Sakit gila! sakit dia sampai kepala, gigi dan leher dan memang tak boleh tidur malam. Nak buat kerja apa pun tak lalu. Dengan keadaan yang pekak sebelah, susah nak adapt dengan condition yg balancing agak off. Gua minta izin kat supervisor untuk tak ke lab that whole week. Gua nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat budak Nabila sebab sepanjang tu dia rajin tanya,

“Kak Nad orang kat luar ni, Kak Nad nak kirim makan apa?”
“Kak Nad orang nak beli makanan ni, Kak Nad nak apa-apa tak?”

Terharu rasanya. Sobs. Begitu juga dengan Mukminah yang gigih temankan gua pusing-pusing cari ENT Clinic.

Tapi kan, Allah Maha Baik. Dia bagi sakit time gua punya Japanese Language class dah habis. Dan time gua dah selesai siapkan paper. Kiranya waktu tu, takde kerja crucial yang gua perlu siapkan. Thank you, Allah :’)

Disebabkan ada masa-masa yang gua tak dapat tidur dan tak dapat concentrate dengan kerja, gua mula korek-korek sketch book gua yang agak bertahun gua tinggalkan. Gua memang suka melukis, tapi gua sedar gua tak boleh buat selalu, gua ada komitmen lain. Tanpa gua sedar gua kembali melukis few anime characters yang memang gua suka buat daripada dulu lagi. Tapi gua sangat amateur la. Gua buat sebab saja suka-suka dan gua suka. Huhu.

Gua create satu account Instagram baru dan upload hasil amateur gua kat situ. Bajet ada orang nak tengok sangat lukisan hang, Nadia! Puih.


Yang buat lagi best is bulan lepas birthday gua, ya gua sudah tua. Budak-budak ni beli cake sebiji celebrate sekali dengan Mukminah yg juga fellow Decemberians. Double terharu! Mukminah bagi gua planner 2017, Kak Ida pun sekali bagi hadiah, budak Dayah and Nabila bagi gua sketch book tebal baq hang sekali dengan Faber Castell water color pencils! OMG! Triple terharu. Sobs…

Gua sedar. Allah sayang gua. Baru gua faham perasaan macam mana rasanya kurang satu deria dan baru faham erti mensyukuri hikmah kenapa Allah bagi kita telinga sepasang. Dan Allah hadirkan bebudak Nabila, Mukminah dan Dayah dalam hidup gua. I couldn’t ask for more.

Semoga Allah terus berikan kekuatan dan kesabaran buat kita semua untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.