31 March 2014

Stop Quitting

Assalamualaikum wbt.

Dah sebulan lebih rupanya gua last update entry pasai Japang tu. Tu pun gua takde kesempatan nak update hari yang 3, 4 dan seterusnya.

Gua busy.

Cliché.

Tak tahu kenapa hari ni rasa macam gigih sangat nak publish sekeping entry sungguhpun tidak dapat dinafikan yang slide presentation untuk weekly meeting dengan research group esok memang gua tak sentuh pun lagi walau sekupang.

Sejak bila slide presentation jadi sekupang dan sejak bila entry jadi sekeping?
SPM dulu BM gua bukan A1.

Masuk-masuk UTM dulu memang gua takde fikir apa-apa langsung nak buat research in which bidang. Sumpah gua takde fikir langsung. Organic, inorganic, analytical, physical? Sumpah gua tak pernah terfikir mana-mana.

Time degree dulu gua buat analytical, gua buat cincai. Result gua tak berapa best jadi gua banyak buat result sendiri. Mujur sv gua tak minta hardcopy result atomic absorption spectrometry tu, kalau tak, gua sekarang berada dalam sem yang ke 10 ijazah sarjana muda.

Nak dijadikan cerita, gua terasa macam nak buat analytical. Gua bajet analytical macam senang. Tapi dia memang senang pun, in term of nak cerita result. Tapi bab nak run the experiment itself, gua malas cakap panjang. Analytical sangat tedious. Cerewet. Dan ngada-ngada. Gua salute mereka yang buat mana-mana bidang pun.

Jadi kalau dah tak boleh buat analytical gua nak buat apa?

Suddenly gua terdengar bidang yang gua tak familiar waktu kat UiTM dulu. Computational chemistry. First time dengar senior gua explain macam senang je. Tapi pusing-pusing jugak la gua nak faham.

Modelling, Gaussian, optimize?? Apakah?

Tapi yang buat gua tertarik sebab bidang ni tak perlu masuk lab pun takpa. I mean chemistry laboratory. Nampak tak yg tersiratnya di sini gua malas? -.-

Dengan besar hati gua approach lecturer ni (yg skrg ni supervisor gua). Mesej, dia tak reply. Emel, pun dia tak reply. Call, pun dia tak angkat.
Last-last satu hari ni gua tengok jadual dia tepi bilik dia. Dia tengah jaga lab forensic student degree. Gua pun call & dia jawab. 10 minit lepas tu, gua sah jadi student dia. Haa gettew.

Climaxnya di sini ialah, gua tak pernah ada basic computational. Langsung.
Degree gua tak pernah belajar. Kat sini pun mana ada subject tu untuk student master.

2 soalan je beliau tanya gua sebelum gua official jadi student dia.

“Awak interested tak?”
“Awak willing nak belajar tak?”

Tu je. Mudah bukan?

Dan after tu, gua terus dapat project gua. Thumbs up dekat sv gua. Ohsem kan jumpa first time terus dapat project apa nak buat?

Dengan penuh azam, gua try la study hapakebenda computational chemistry ni. Amende dorang buat. Apa pekdahnya bidang ni? Apa contribution bidang ni ke bidang-bidang lain? Apa relevannya wujud computational chemistry ni? Cemana dorang conduct theoretical study ni?

Semua ni kena belajar sendiri. Yes sendiri. Pasal bidang ni takda dalam kelas. Habis semua buku computational kat library gua selongkar. Kalau pergi library, gua macam “ Eh buku ni, gua dah pinjam hari tu. Eh buku ni, gua dah belek-belek hari tu.” Gua kenal buku-buku. Buku-buku je tak kenal gua. Gua agak angkat bakul skrg ni. Tapi lantak ah. Tak tau, gua tanya senior yang merupakan student sv gua jugak. Tak faham lagi, gua confirmkan dengan sv.

Sampai at one point gua boleh la faham sikit. Sikit la. Sikit je.

Tapi problemnya di sini gua jadi agak tertekan sebab gua tak dapat nak apply the way the calculation works, how to do it and so on so on. Gua faham teori je. Pelaksanaan gua tak tau apa. Zero.

Ibaratnya macam korang tahu Maggi itu sejenis makanan segera yang sgt tak berkhasiat tetapi sedap yg amat. The problem is korang tak tau nak masak Maggi tu. Gitu la kot. Dah kenapa gua bagi contoh maggi?

Frustnya gua, tertekannya gua sampai gua nangis dua hari dua malam. Aishh malu la gua nak ngaku tapi gitu la frustnya. Second semester frustration tu memuncak sampai gua pernah terlintas nak tukar analytical dan tinggalkan segala macam computational yg dah separuh jalan ni. Sampai macam tu sekali.

Sampai satu hari ni, Allah memang sayang gua. Hari tu gua dapat cash.

Ntah cemana gua boleh termesej, gua lupa mesej phone atau facebook kawan gua time degree dulu. Sesame komander. Tanya khabar la kot. Gua tak berapa ingat. Yang penting dia yang gua kenali memang macam orang takde masalah. Even dia ada masalah pun gua tak rasa dia ada masalah.

Seingat gua, degree dulu gua pernah tanya Bun. Haa Bun la member yg gua maksudkan.

“Kau ni memang tak pernah ada problem eh?” sebab gua tak pernah nampak dia stress tertekan dll. Dia umpama aircond. Kool like 24/7.

Dia pernah cakap. “Nak buat apa stress. Lek ah. Cool. Kau kenapa? Banyak kerja? Settle satu-satu. Settle mana penting dulu. Yang lain kau hold dulu. Buat tak tau. Satu-satu.” Lebih kurang gitu la.

And that day gua cakap la gua stress dengan project gua sampai rasa nak tukar project. Stress tahap jurang Mariana.

Satu ayat je dia reply gua, “If you hate starting over, stop quitting.”
Tu je.

Gua selalu je pun dengar ayat ni. Tapi mungkin sepanjang gua frust gua lupa akan ayat tu. Jadi bila Bun keluarkan lagi statement tu, gua terus rasa macam bangkit dari tidur. Kalau gua terbenam seploh kaki dalam tanah gua rasa gua boleh lompat keluar terus.

Tiba-tiba keajaiban terjadiiii. Kekuatan muncul di diriiiiii. *ikut lagu sailormoon*

Ayat tu simple, tapi has a lot of meaning. If you’re really think about it, it means a lot to you.

Gua tak rasa nak tukar project dah. Gua proceed je dengan yang gua dah mulakan that time. Regardless how hard it takes untuk gua faham, gua tak kisah. Sebab…gua benci starting over.

Thanks Bun sebab ingatkan aku. Haha. Semoga kau tak tersedak. Mungkin bagi kau tu benda kecik je tapi kalau kau tak ingatkan aku hari tu aku rasa aku dah tukar analytical saat ni and mungkin aku jadi lagi stress. Haha.

Sekarang ni gua happy dengan project gua. Stress tu lumrah. Perkara biasa. Gagal tu pun perkara biasa. If you never make mistake, you never do anything. Anggap kesusahan itu cabaran. Take it as a challenge. Your pride.

Setakat repeat satu dua paper? Takda hal.
Postpone study satu dua sem? Chill la.

Allah knows best =)