“Weh, best ke couple
ni?” pertanyaan Min yang tak semena-mena buat kepala aku terangkat dari nota
Natural Product.
“Couple like ‘couple’
yang belum kahwin tu?”
Min angguk.
“Kenapa tanya?”
predictable question.
“Ntah. Saja nak tau.
Sebab aku takde pengalaman tu.”
“Serious?? Ok
seronok!”
“Seronok? Apa yang
seronoknya couple tu?” wajah Min umpama kanak-kanak yang penuh sikap inkuiri.
“Bukan couple tu
seronok. Kau la seronok pasal tak pernah couple.”
“Gitu?”
“Ha la. In my pov,
couple tu merosakkan. Merosakkan aku. FYI Min, kalau Allah bagi aku peluang
untuk aku hidup balik dari aku form 4 dulu, aku pilih jalan kau.”
“Kenapa? Bukan ke
rasa macam best bila mana kau ada problem, kau ada orang nak share problem kau,
bagi semangat dekat kau, means kau bukan sorang-sorang. Ada je orang sentiasa
dengan kau.”
“Selama ni kau fikir
macam tu?”
“Ntah. Aku agak je.”
“Fikir-fikir balik
aku ni jahil dulu. Jiwa masih kosong barangkali. Lupa yang Allah sentiasa ada
dengan kita tapi kita tetap cari seseorang yang bernama lelaki yang kononnya
boleh jadi penghibur di kala lara. Pun lupa jugak yang family kita sentiasa
bersama kita. Tapi syukurlah Allah bagi aku perasaan bersalah bila aku buat
something yang tak betul. Kalau boleh aku nak ada kat tempat kau.” senyum
kelat.
“???”
“Untunglah bakal
husband kau. Jadi orang pertama dan terakhir yang kau sayang."
- - - - - - - -
Meluaskan pandangan kepada
kehidupan. Satu perkara yang penting, apabila cinta ditolak ataupun putus cinta
adalah mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang bodoh,
menghalang kita daripada tidak bersemangat, dan sebagainya.
Bukan pula bermakna kita tidak
dibenarkan bersedih, menangis, dan berasa hiba. Silakan. Saya juga demikian.
Namun jangan lupa tujuan hidup
kita atas muka bumi ini bukan semata-mata bagi mendapatkan seorang lelaki
ataupun perempuan. Tujuan hidup kita adalah bagi mengabdikan diri di atas muka
bumi ini.
Jadi, cinta yang sebenar, jikalau
kita benar-benar mencintai seseorang, maka apabila dia menolak kita, kita
doakan kebahagian buatnya. Kita teruskan kehidupan dan tidak lagi mengganggu
kehidupannya.
Itu yang sepatutnya kita lakukan!
Maka, lihat peluang dan ruang yang masih ada dalam kehidupan.
Palingkan wajah kita kepada
Allah. Mungkin putus cinta, dan cinta ditolak adalah panggilan-Nya untuk kita
lebih rapat kepada Dia, membersihkan diri dan menjadi hamba-Nya yang lebih
baik.
Mungkin kita ditolak kerana dosa
dan akhlak kita yang masih tidak baik di sisi Allah. Ini menyebabkan Allah
tangguhkan dahulu kebaikan untuk kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita,
dengan menguji supaya kita bergerak ke arah perubahan. Ya, siapa tahu?
Positif. Bersangka baik kepada
Allah.
Cinta adalah usaha memperkasakan
ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan hati. Cinta adalah usaha mempunyai
kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah
usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan
berkahwin.
Sebelum Aku Bernikah – Hilal
Asyraf