25 December 2012

Souvenir.

Assalamualaikum wbt.

Study week bersamaan dengan cuti semester.
Pinjam Ila 4 hari. Dengan alasan ajak jalan-jalan Batu Pahat.
Apa lah sangat yang ada kat BP tu..-.-

Day 1: sampai rumah. Rushing terus pergi rumah nyai. 
Nak Toyota Rush plisss...

Day 2: plan ke Bekok ditukar ke Kolam Air Panas Labis. Bukan kolam air panaslah. Kolam rebus orang. Panas gilaaa!!! 
Main dukung-dukung. Untung Ila ringan macam kapas. (boleh ke?)
Hari tu jugak rasa jadi coach frisbee. Ntah dari mana datang 3 orang budak minta nak main sekali. Kami main dekat parking lot kolam air panas tu. 
Dan disc tu dah macam kena gigit tikus mondok. 
Maaf kakak matlab.(Fazila) -.-
Adik umur 8 tahun tu tanya, "kat mana kakak beli benda ni?"
sambil pegang disc oren tersebut.
"akak beli kat KL" muka tak berriak.
"Uiyyooo..jauhnya!"
"Eh..takla. Kawan akak bagi ni. Tak tau dia beli kat mana" eheh eheh.
Bila mana aku pass disc dekat Ila yang jaraknya moreless 20m dengan aku, dan mereka akan...."semmmarrrrtttttnyaaaa"
Ohoi...main 6 bulan baru boleh lempar cenggitu tahu? #Poyo.

Malam tu ada kenduri rumah nenek belah abah. Then, makan-makan rumah nenek belah mak. Mujur tak boleh buat Kage Bunshin No Jutsu! =.=
sekian lamanya tak makan sate tapi that day jumpa. Hoyeah!

Tak dapat bayangkan kalau Ila goyang2 kendian kami sama2 jatuh. =.=

Sate + Soto. Omnombom.


Day 3: Bawak Ila jalan-jalan BP. Sekali dengan bibik.
Best. Sebab bibik belanja Pizza Hut, top upkan minyak kereta + belikan foundation. Kehkeh.
 Aku memang seorang anak sedara yang sedar dek untung.
Otw balik rumah, dapat Walls Stoberi Ciskek idaman kalbu.
Haih..heaven.

Nak bebola cheese tu tp meke kata ia dah cair. -.-'

Makan sorang!


Day 4: Mak minta balik esoknya, tapi sebab bawak Ila terpaksa balik hari ni jugak.
Keluar BP lagi sebab nak cari barang-barang Najihah.
Try makan udang penyet kat Carrefoure nuu.
Not bad. Owh, the sushi also btw. 
Makan sushi di kedai ayam penyet.
Ohsem tahu!

Sumpah wasabi dia buat aku jadi naga 5 saat. Naga yang berair mata.. -.-

Udang penyet.

Before masuk tol Ayer Hitam, sengaja drag Ila pergi kedai barang-barang pengantin. I know all the things there are super duper kawai + adorable.
 Ila geram. Dia angkut satu Stitch besar dengan harga RM30.
Sumpah Gee akan jeles dengan kami.
Takpe, dah bungkuskan ciku untuk dia. =p
Daku yakin Ila akan datang lagi bila pakcik MARA dah bagi sangu. Haha.

Si kecik.

Nah, souvenir!

Alhamdulillah malam tu sampai UTM (malam tadi).
Tapi assignment Inorganic masih belum rasa nak buat.
Buku Biochem pun belum rasa nak buka.
-__-'





07 December 2012

Sarkastik.



Sebulan dah.
Ye, sebulan.
Sarkastik.
Sarkas plastik.
Apakah?
Dushh! (tumbuk muka sendiri)

Lately Aty lagi banyak dah update entry daripada aku. Nad apatah lagi. Eh, ada blog main lawan-lawan update ke cemana tu? -.-

Duniawi. Sungguhlah buat sesak kepala. Sampai satu tahap rasa nak shut down otak sekejap.

Dalam erti kata lain ‘mati sementara’. Dah nama pun shut down bukan?
Okay, tak boleh. Indeed. Impossible.

Dapat satu, tapi kendian hilang dua. Dapat dua tapi tapi tapi hilang tiga. Camane tu?

Nak salahkan environment? Manusia? Alam semesta? Para monyet di Tanjung Ketapang? Mahupun semut-semut di belakang gerobok? Atau atau atau buah getah yang meletup bila dah kering tu?

Dah kenapa kau ni?

Kenapa tak tengok kat diri sendiri dulu??? Serious.

Kata orang patah tumbuh hilang berganti. No, bukan. Pada aku patah tumbuh hilang kena cari.

Ekk? Like serious? Yeah.

Kau dapat sesuatu, then kau kehilangannya. I mean sesuatu kat sini boleh diterjemahkan as apa sahaja, hatta manusia pun. Tapi bukan kehilangan itu in term of kematian, bukan. Faham bukan?

Kenapa nak salahkan environment, manusia, alam semesta, monyet, semut-semut atau buah getah? Kenapa tak tengok diri sendiri dulu. Muhasabah diri.

Berapa kali bersyukur? Boleh kirakah? Berapa kali rasa tak cukup dengan nikmat yg kita ada? Boleh kira lagi? Atau tak terkira?

Semua. Semua yang kita ada semua tu lah Allah bagi pinjam. Ye. Pinjam.

Jadi kau kena set siap-siap yang bila-bila masa je Allah boleh tarik balik semua tu tanpa kau patut marah. Sebab kau tahu semua tu Allah bagi pinjam. Kau pun tahu kalau kau pinjam barang sesapa pun kau kena pulang bukan?

Jadi, sementara Allah masih beri kau peluang untuk rasa segala nikmat dunia ni, pernah kau bersyukur?

Ok habis dah. Sekadar peringatan untuk para sahabat juga buat diri ini.
Ada ke patut tajuk entri cenggitu? huh! =.=

Terima kasih, Ya Allah.