10 September 2012

UiTM without 'i'


Yosh! Aku rindu blog aku. Ini kenyataan serius. Tiada unsur penipuan di sini.

Alhamdulillah, Khamis lepas aku selamat diishtiharkan sebagai seorang student. Ehehe... bajet muda. Sepanjang pendaftaran takde masalah, tak sangkut kat mana-mana section. Tu yang paling buat aku lega. Ain dengan Aty yang paling banyak tolong sepanjang waktu sebelum registration ni. Kalut jugak la kalau diorang takde. Thanks korang! =‘) Tapi aku sangat sedih pasal registration process tu sangat lama sampai aku tak sempat check in mana-mana kolej pasal dah habis office hour. Muka aku kat matric card sangatlah macam muka budak hilang mak/muka mak hilang anak. Sobs..

-_-'

Sudahnya aku tumpang rumah Mak Ha (mak cik aku) ada la dalam 3 hari. Hewhew. Syukur jugak rumah dia dekat je. Ada la dalam 15-20 minit je Bukit Mutiara tu dengan UTM. Jejak kaki masuk-masuk pintu gate tu je dah ada list the differences between UiTM dengan UTM kat dalam kepala. Al-maklum la before this tak pernah sampai sini. Ada yang UiTM ada tapi UTM takde, ada yang UTM ada, tapi UiTM takde. Standard la kan.

Gambar first yg disnap masa kat sini.

Budak kelas aku (batch 1st sem) ada 8 orang (termasuk aku). Semua perempuan. Back to STA! and most of them dari UiTM amek forensic. Ila, Jannah, Kak Iqa, Dayang, Gee, Dila and Puteri. Diorang semua sangat best! Hari first borak-borak je dah macam kenal lama. Haha. Jumaat hari tu lepas habis briefing dengan coordinator si Jannah dah ajak aku pergi Jusco Taman U. Sekali dengan Ila. Semua tak tahu jalan, jadi main redah je la kan. Macam tak biasa pulak kau Nadia!

Petang tu jugak settlekan kolej. Alhamdulillah sekali lagi hikmah check in lambat aku dapat satu bilik dengan Ain. Ila pun dapat tukar kolej. Terima kasih dekat Encik Nazam yang sangatlah sporting. Alangkah bahagianya kalau semua staf UTM macam Encik Nazam! Huhu. Sepanjang kat sini dari Jumaat tu banyak bergantung dekat peta UTM yang aku amek dekat HEMA (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni). Serik wo sesat je kerja. Habis minyak kereta den! Heewhew. (again??)

Siang tadi dah start kelas. Cuak seyh. Lama kot tinggalkan lecture notes. Tak sangka first class Advanced Inorganic Chem tadi dah start belajar. Hamek kau! Keluar balik segala macam ligand and coordination compound, sekali dengan cluster compound. Kah2. Padan muka! Lepas tu lecturer Bioinorganic Chem masuk dah buat muka macam tertelan kapur. (yeke muka orang tertelan kapur macam tu tadi?) serious taknak masuk kelas tu! T_T

Jumaat petang minggu ni ada briefing on OSHE. Tapi malas nak pergi pasal nak balik rumah cepat, boleh tak?

Sekarang baru aku faham perasaan Ain yang selalu balik masa kat UiTM dulu. Huh. Bahagia!
Buku baru, u baru, hidup baru??? Yosh, fighto!!


Budak ni tak bagi aku balik, dia sorokkan selimut aku! -_-'


But still... UiTM di hatiku. =')



02 September 2012

Be Ignorant



Yosh! Here comes the ‘Be Ignorant’ thingy.

Terpaksa recall balik peristiwa dulu-dulu untuk lebih penghayatan. Feellah konon. Apa-apa saja.

Serabut! Banyak sangat assignments, tests, quizzes, group discussion, presentation, meeting MPKK, event,  final year project bla bla bla yadaa yaadaaa. Satu je solotion dia bagi aku.

Nadia, be ignorant.
Huh???
Be ignorant.
Kenapa??” yelaa. Kalau diabaikan tak ke lagi memudaratkan. Cari nahas namanya tu.
Be ignorant, tak bermaksud tak kena fikir. Cuma ignore. Ignore. Ignore sekejap.
Mula fikir. Dia yang aku kenal memang nampak macam sempoi, macam takde masalah. Dan memang selalulah mulut bertanya, “kau takde assignments apa-apa ke?

Dan jawapan dia pulak tak pernah takde. Aku ada assignments, dia pun ada assignments. Dia ada kerja dalam kompeni, aku pun ada. Dia student, aku pun student. Jadi, takde beza pun. Tak ke?

On the spot jugak aku faham dah apa yang dia cuba sampaikan. Be ignorant tak bermaksud kau kena lupakan 100% apa yang kau tengah face. Takkan la kau tengah run event kau nak lari macam tu je? Takkan kau tengah buat fyp kau nak quit macam tu je? No, bukan macam tu.

Be ignorant kat sini lebih kurang macam you’re diverting your attention to something that comes prior to you. I mean if kau buat assignments yang kena submit esok tapi kepala dok fikir paper work yang kau kena submit lusa, jiwa kacau sebab dua-dua pun penting, then you totally have to forget that paper work even the due date is tomorrow after the assignments. Why? Sebab kalau kau fikir pasal paper work tu high probability assignments tu tak jalan, and higher probability yang both assignments and paper work tu tak jalan. Jadi, faham bukan?

After that day, aku cuba tanam be ignorance tu dalam-dalam kat dalam kepala aku dan aku cuba apply. Apparently it works! Seriously, risaukan semua benda pun tak guna kalau tak boleh pay 100 percent attention kat benda tu.

Masa aku form1 dulu, senior aku pernah cakap “Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting.” Same goes here. Sometimes we have to ignore A in order to stay focus on B. After B was settled, then we came back for A. As simple as that.

Yang bestnya be ignorant ni boleh apply kat banyak benda. Tehehee~

Thanks Syafiq for the ‘Be Ignorant’. It really helps me a lot. Even that two words seems nothing, but it really helpful. Three semesters are not a short moment kan? Hehehe =)