Assalamualaikum WBT~
Sangat-sangat lama tak hapdate belog. Kesian peminat-peminat kelab kipas aku yg tunggu entry aku ni. (Bajet kau hot macam pisang goreng panas la kan cakap camtu). Boooo!!
First day (bukan la, ntah hari yg keberapa ntah) aku setting kedai, bos aku tanya aku bawa broadband tak sebab kalau bawa boleh la update sale dalam system tapi aku tak bawa. Aku cakap adik2 aku guna kat rumah. Then dia kata “macamana kau nak blogging kalau broadband kau takde?”
Aku dengar dia kata ‘blocking’. Pejadah pulak aku nak main block2 ni. Tak matured betol. Aku pun kata la “block?? Aku nak buat apa block2 ni?”
“Blogging la, B L O G G I N G..”
“Erk??”
Hampeh la dia baca blog aku. Siap kata lagi, blog bukan memang untuk dibaca ke??.
Huhu. Malu la aku. Boleh pulak tu kata kat adik dia aku nak beli kamera bulan 3 nanti. -_-‘
Kalau dia baca pun entry ni aku malas nak kisah. Teheee…
Fine.
Aku tak busy pun. Tiada rumahtangga, anak-anak mahupun suami untuk diuruskan. Aku tetap aku yang dulu. Genap sebulan kat sini belajar macam-macam. Tempat orang kan, bukan tempat sendiri. Bersyukur juga dapat tempat orang, berjauhan dengan family. Biar mak aku rindu berjuta-juta lemon kat aku. Aku dah cakap kat dia awal-awal, orang mungkin jarang balik rumah bukan taknak balik tapi susah nak balik. Pastu dia kata, takpela mak datang sana jelah jalan-jalan sekali. Yeay! Aku taknak la jadi anak durhaka tapi dah mak aku tak kisah kan. akusayangmakaku Lalalalaaa~
Ada beberapa perkara yang aku tak setelkan lagi. Aku rasa sangat bersalah. Aku nak terbang ke Shah Alam secepat mungkin. Seriously. Tak tipu. For those yang banyak sangat tolong aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Hajat di hati mahu belanja kalian kenirogers tapi hutang ptptn aku tak bayar lagi. Haha. And for those yang aku banyak susahkan, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak suka susahkan orang tapi kadang-kadang aku terpaksa. Itu je option yang tinggal. Nak minta tolong orang pun segan. Huhu. Hopefully segala yang tak setel tu dapat aku setelkan cepat-cepat. Tapi aku tak dapat buat sorang2. I need someone with me. Someone? Sometwo three four five pun boleh sangat.
p/s: aku ada banyak perkara yg nak diutarakan tapi aku ada kekangan masa. Need some time to work on it.
kenapa tajuk entry ni flash back? Aku sendiri tak tahu.
No comments:
Post a Comment