18 October 2011

Sehari @Bikepalooza 2011

Assalamualaikum wbt~

Kelmarin (16 Oktober 2011), bersamaan hari Ahad. Aku telah dihasut oleh Sudin (bukan nama sebenar) untuk pergi Bikeplooza kat Shah Alam ni. Event tu berlangsung 14-16 Oktober, Jumaat - Ahad. Sudin ajak aku pergi sana Jumaat malam dengan alasan mintak aku jadi photographer but that time aku masih kat rumah. Harap maklum. Ok, tu dah satu hal. Masalahnya aku baru je pulang dari Shah Alam Isnin last week. Takkan mau pergi lagi dengan kadar yg segera??? Wuu~

Berbekalkan masa yg sangat suntuk untuk aku fikir, aku pun decide untuk kesana (Shah Alam) jugak hari Ahad tu. Tu pun hari Sabtu tu jugak baru mintak permission kat ayah aku tuk guna kereta. Aku kata aku nak stay Shah Alam sampai konvo. *Boleh tak?* Alhamdulillah dia bagi, siap bagi duit belanja lagi, siap tolong serviskan kereta lagi. Thanks abah! T_T

Happy sebab abah dah bagi permission, yang tak happynya bila kena drive Mini Cooper kancil tu sengsorang dari BP ke Shah Alam. Disebabkan aku bawak Mini Cooper je, aku berjaya mantain 110km/h and below kat highway. Terharu seyh! Takley bawak lebih pasal nanti Mini Cooper tu boleh jadi kapal terbang. Take note.  3 jam suku gak baru sampai. Alhamdulillah~
Time ni la baru aku cuba try test tekan minyak guna kaki kiri pasal kaki kanan dah lenguh. Best gak rupenya eh. Haha. KIDZ, PLIZ DONT TRY THIS AT HOME!

After take a short nap, makan and solat kat kat rumah Zek & Fazila, aku pun ajak mereka pergi sama ke Bikepalooza tu. Takkan aku nak pergi jumpa Sudin sengsorang pulak kan. Huu~ Aku beria tanya dorang, di manakah letaknya Bulatan Bazarena kat Stadium Shah Alam, dan mereka dengan yakin menjawab ‘tak tahu’. Ok, takpe, kita redah je, macam tak biasa pulak kan merempit kat Shah Alam ni.

Sekali kan, bila dah sampai kan, baru la kan, kitorang kan, perasan kan, yg rupenya kan, Bulatan Bazarena tu kan rupenya kan, tempat pasar ahad yg kitorang salu pegi tu. Huhu. LOL! *dah 3 tahun kau duduk Shah Alam bhai!*


Macam2 ada kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok page Bikepalooza kat fb. Tak sia-sia aku datang bawak dorang. Aku sangat hepi kelmarin sebab dapat buat pelbagai aksi macam kanak-kanak tak cukup umur. Wee!!~


Wajah kanak-kanak riang~


Sempat buat lukisan mural dinding sekolah~


Dinosor ciptaan Zek~


Ye, aku tak nafikan budak pompuan tu lg chomel drpd Zek~


Ni lah yg aku maksudkan dengan pelbagai aksi mcm kanak2 di public~
Kanak2 pun tak mcm ni kot..kan? kan?


Zek buat pertunjukan silap mata~


Kami bersama doorgift atas kepala tu~


Motor staf pun ada beb! haha~


Lagi best klu dapat bawa balik ni! Haha~
*sebab tulah aku tak heran kalau ada orang  tanya aku sekolah tingkatan berapa* >.<
Lagi suka ada la..=D


Lebih banyak gambar best kat sini.

2 comments:

  1. oh yeah...sungguh seronok..nyer~~~

    ReplyDelete
  2. demmm... bestnya dpt berhibur~ nadia....

    ReplyDelete