Assalamualaikum
wbt.
Actually ni
sambungan daripada entry Arashiyama Part 1. Banyak sangat membebel sampai kena
buat by part kan. Hangpa layankan jelah.
Kali ni
sambung part Bamboo Groves dan Sagano Scenic Train.
Keluar je
dari exit Tenryuji Temple memang akan terus masuk ke kawasan Bamboo Groves ni.
Jangan cakap betapa terujanya gua. Dalam hati melompat gembira sorang-sorang.
Yahoo! Gua dah sampai tempat yang sama macam dalam Yahari Ore no Seishun Love
Comedy wa Machigetteru. Kemahin panjang nama anime ni. Laluan bamboo groves ni
dalam 500m je macam tu. Tapi serius nak habaq mai nanti dah lalu situ tetibe
macam “Eh, dah habis dah. Panjang ni je. Awat macam pendek sangat laluan dia”.
Haa gitu.
Ending route dekat Tenryuji Temple sebelum masuk kawasan bamboo groves. |
Bamboo Groves 1 |
Bamboo Groves 2 |
Bamboo Groves 3 *favourite picture gua* |
Bamboo Groves 4 |
Bamboo Groves 5 |
Dalam
kegembiraan gua agak sayu sebab gambar semua kena selfie. Segan nak minta
tolong orang amekkan gambar. Then sebab ramai sangat orang, susah nak dapat
peluang untuk shoot gambar yang-cuma-kau-je-manusia-dalam-gambar tu. Sudahnya
gua amek gambar pelancong pelancong lain yang dok posing kat rimbunan buluh tu
smbil buat muka tak malu. Lols.
Ending
bamboo groves path ni nanti terus jumpa station untuk naik Sagano Scenic Train,
which is Torokko Arashiayama Station. Ada sekali kedai kedai makanan dan
souvenir. Juga ada makcik jual ice cream puff. Gua memerhati dengan perasaan
membuak-buak nak beli tapi gua tahan. Gua lantas duduk di sebuah bangku yang
kosong sambil mengeluarkan secebis snickers. Kat situ ada free wifi, lantas gua
upload gambar-gambar yang awalnya tadi gua snap dekat Togetsukyo dan Bamboo
Forest. Gila kejam nak kasi member-member jealous memang itulah cara dia.
Bila stall
makcik tu takda orang, gua approach beliau. Hajat di hati nak rasa ice cream
tu. Wuwuwu. Tapi dia kata ada sake dalam ingredient dia. Okay so tak jadi beli
lalu gua menangis cangkung sambil kuis-kuis tanah. Okay tipu.
Kat sini la
gua jumpa Mail sendu dan rombongan cik kiah beliau. Kahkah. Memang gua berdekah
la kalau ingat pertemuan pertama gua dengan diorang ni. Gua sedang belek-belek
vending machine air dekat luar train station tu.
Tetibe ada suara menegur
“Dari mana
kak?” soalan dia macam simple tapi gua ambil 15 saat untuk jawab.
“JB” dah
kenapa gua jawab JB??
Budak Mail
seakan mahu gelak mendengar jawapan gua.
“Err..maksudnya
dari Jepun dari mana?” ceh!
“Haha.
Osaka.”
Then gua pun
bertaaruf dengan rombongan cik kiah budak Mail ni. Ain, Ida, Suria. Sebab
diorang ni lawak tau. Sembang macam dah kenal 5 bulan even baru 5 minit jumpa.
Tanya nama. Lepas tu masing-masing terus suruh follow acc instagram. Motip
sangat budak-budak ni. Motip. Rupanya budak Mail ni sebaya gua je pun.
Confident kan beliau panggil gua ‘kak’?. Even setelah mengetahui hakikat
bahawasanya kami sebaya pun, sampai ke sudah beliau panggil gua ‘kak’. Syukur
pada Illahi, gua tak tendang beliau sehingga beliau tergolek jatuh tangga.
Tunggu train tak sampai-sampai. |
Mail and the geng. |
View sungai dari Sagano Scenic Train. |
Dalam train. Tudung merah tu budak Suria. |
Kami naik
Sagano Scenic Train tu dari Torokko Arashiyama Station menghala ke Torokko
Kameoka Station (return), dengan tambang 1240 yen (~RM44). Train ni open air,
ada bumbung tapi tingkap open. Boleh hirup fresh oxygen sepanjang perjalanan. View
pokok-pokok tepi sungai tu nice gila! Kalau that time daun dah bertukar warna
sepenuhnya, lagi super duper nice. Makanya, nak ke Kyoto tunggulah masuk
November huhu. Bila train dah patah balik semula ke Torokko Arashiyama Station,
gua decide untuk berpisah dengan mereka-mereka ni dengan pesanan akhir mereka “
Jangan lupa like gambar weols dekat instagram!” Cett!
Then gua pun
menyesatkan diri lagi dekat kawasan-kawasan berdekatan. Rumah dia rapat yang
tak berapa rapat sangat. Ruang kecil tapi rasa macam aman damai je suasana
perumahan situ. Hati melonjak-lonjak mahu jadi salah seorang penghuni tetap di
kampung tersebut. Wuwuwu. Sebenarnya gua nak ke Nonomiya Shrine tapi gua sesat
ntah sampai mana-mana. Tengok maps kat tepi jalan pun gua faham tak faham. Gua
kisah pulak kalau sesat pun kan. Jalan punya jalan main redah je tetibe jumpa
satu shrine ni yang agak ramai juga orang. “Eh Nonomiya Shrine?!” gua mcam
bangga sekejap kerana menjumpai land mark yg gua cari-cari selama ini padahal
gua main pergi je kemana kaki bawa melangkah.
Gua decide
untuk teruskan jalan kaki ke Saga Arashiyama Station, nak kembali ke Kyoto
Station untuk pulang semula ke Osaka. Sambil jalan rekrut, memang semput wa
cakap lu. And route kali ni tak sama dengan route pergi tadi sbb en route awal
pagi tadi dari Saga Arashiyama Station terus ke Togetsukyo Bridge. Tetibe gua
ada terjalan sekali dengan few budak-budak sekolah elementary school. Gua dengar
depa ada sebut ‘Sharingan, Mangekyou, Tsukoyomi’ bagai. Heh, budak, macam hakak
tak tahu hangpa tengah sembang pasal Naruto. Gua terasa macam nak join
perbualan mereka. Baru nak bersuara je barulah gua sedar yang gua sebenarnya tak
reti pun berbahasa Jepun. Kehkeh.
こどもたち。Kodomotachi. Hehe. |
Surprise surprise
gua sesat lagi masa nak cari Saga Arashiyama Station. Sesat sampai jumpa satu college
ni. Kyoto College of Nutritional and Medical Sciences. Lol. Gua perasan gua
sangat tak familiar dengan jalan tu dan secara tiba-tiba signboard yang
menunjukkan hala tuju ke Saga Arashiyama Station lenyap begitu sahaja. Gua
berhuhuhu dalam hati lantas patah balik cari di mana silap gua. Rupanya gua
termissed satu signboard ni, dia suruh belok kanan tapi gua straight je ikut
sedap kaki. Tak perasan signboard tu pasal depa gantung atas sangat. Gua pendek,
gua tak nampak. Sobs.
Dari Saga
Arashiyama Station ke Kyoto Station 240 yen. And macam biasa JR Line dari Kyoto
Station ke Shin-imamiya Station 920 yen. Balik singgah Family Mart beli 2 ketul
onigiri dengan harga 280 yen (~RM 10).
*to be continue...
Thank you for reading this.