25 February 2016

The Creator

"Remember that whatever lives in the hearts control you. It becomes what you strive for and are willing to sacrifice anything to have. And to keep, it becomes what you depend on at a fundamental level. It therefore, must be something eternal, that never tires, and never breaks. It must, therefore, be something that never leaves.

Only one thing is like that:

The Creator."

-Yasmin Mogahed, Reclaim Your Heart


04 January 2016

Kansai Trip 2015: Arashiyama - Part 2

Assalamualaikum wbt.

Actually ni sambungan daripada entry Arashiyama Part 1. Banyak sangat membebel sampai kena buat by part kan. Hangpa layankan jelah.
Kali ni sambung part Bamboo Groves dan Sagano Scenic Train.

Keluar je dari exit Tenryuji Temple memang akan terus masuk ke kawasan Bamboo Groves ni. Jangan cakap betapa terujanya gua. Dalam hati melompat gembira sorang-sorang. Yahoo! Gua dah sampai tempat yang sama macam dalam Yahari Ore no Seishun Love Comedy wa Machigetteru. Kemahin panjang nama anime ni. Laluan bamboo groves ni dalam 500m je macam tu. Tapi serius nak habaq mai nanti dah lalu situ tetibe macam “Eh, dah habis dah. Panjang ni je. Awat macam pendek sangat laluan dia”. Haa gitu.


Ending route dekat Tenryuji Temple sebelum masuk kawasan bamboo groves.



Bamboo Groves 1

Bamboo Groves 2

Bamboo Groves 3 *favourite picture gua*

Bamboo Groves 4
Bamboo Groves 5

Dalam kegembiraan gua agak sayu sebab gambar semua kena selfie. Segan nak minta tolong orang amekkan gambar. Then sebab ramai sangat orang, susah nak dapat peluang untuk shoot gambar yang-cuma-kau-je-manusia-dalam-gambar tu. Sudahnya gua amek gambar pelancong pelancong lain yang dok posing kat rimbunan buluh tu smbil buat muka tak malu. Lols.

Ending bamboo groves path ni nanti terus jumpa station untuk naik Sagano Scenic Train, which is Torokko Arashiayama Station. Ada sekali kedai kedai makanan dan souvenir. Juga ada makcik jual ice cream puff. Gua memerhati dengan perasaan membuak-buak nak beli tapi gua tahan. Gua lantas duduk di sebuah bangku yang kosong sambil mengeluarkan secebis snickers. Kat situ ada free wifi, lantas gua upload gambar-gambar yang awalnya tadi gua snap dekat Togetsukyo dan Bamboo Forest. Gila kejam nak kasi member-member jealous memang itulah cara dia.


Torokko Arashiyama Station

Bila stall makcik tu takda orang, gua approach beliau. Hajat di hati nak rasa ice cream tu. Wuwuwu. Tapi dia kata ada sake dalam ingredient dia. Okay so tak jadi beli lalu gua menangis cangkung sambil kuis-kuis tanah. Okay tipu.

Kat sini la gua jumpa Mail sendu dan rombongan cik kiah beliau. Kahkah. Memang gua berdekah la kalau ingat pertemuan pertama gua dengan diorang ni. Gua sedang belek-belek vending machine air dekat luar train station tu. 

Tetibe ada suara menegur
“Dari mana kak?” soalan dia macam simple tapi gua ambil 15 saat untuk jawab.
“JB” dah kenapa gua jawab JB??
Budak Mail seakan mahu gelak mendengar jawapan gua.
“Err..maksudnya dari Jepun dari mana?” ceh!
“Haha. Osaka.”

Then gua pun bertaaruf dengan rombongan cik kiah budak Mail ni. Ain, Ida, Suria. Sebab diorang ni lawak tau. Sembang macam dah kenal 5 bulan even baru 5 minit jumpa. Tanya nama. Lepas tu masing-masing terus suruh follow acc instagram. Motip sangat budak-budak ni. Motip. Rupanya budak Mail ni sebaya gua je pun. Confident kan beliau panggil gua ‘kak’?. Even setelah mengetahui hakikat bahawasanya kami sebaya pun, sampai ke sudah beliau panggil gua ‘kak’. Syukur pada Illahi, gua tak tendang beliau sehingga beliau tergolek jatuh tangga.


Tunggu train tak sampai-sampai.

Mail and the geng.

View sungai dari Sagano Scenic Train.

Dalam train. Tudung merah tu budak Suria.

Kami naik Sagano Scenic Train tu dari Torokko Arashiyama Station menghala ke Torokko Kameoka Station (return), dengan tambang 1240 yen (~RM44). Train ni open air, ada bumbung tapi tingkap open. Boleh hirup fresh oxygen sepanjang perjalanan. View pokok-pokok tepi sungai tu nice gila! Kalau that time daun dah bertukar warna sepenuhnya, lagi super duper nice. Makanya, nak ke Kyoto tunggulah masuk November huhu. Bila train dah patah balik semula ke Torokko Arashiyama Station, gua decide untuk berpisah dengan mereka-mereka ni dengan pesanan akhir mereka “ Jangan lupa like gambar weols dekat instagram!” Cett!

Then gua pun menyesatkan diri lagi dekat kawasan-kawasan berdekatan. Rumah dia rapat yang tak berapa rapat sangat. Ruang kecil tapi rasa macam aman damai je suasana perumahan situ. Hati melonjak-lonjak mahu jadi salah seorang penghuni tetap di kampung tersebut. Wuwuwu. Sebenarnya gua nak ke Nonomiya Shrine tapi gua sesat ntah sampai mana-mana. Tengok maps kat tepi jalan pun gua faham tak faham. Gua kisah pulak kalau sesat pun kan. Jalan punya jalan main redah je tetibe jumpa satu shrine ni yang agak ramai juga orang. “Eh Nonomiya Shrine?!” gua mcam bangga sekejap kerana menjumpai land mark yg gua cari-cari selama ini padahal gua main pergi je kemana kaki bawa melangkah.


Antara yg diperoleh semasa sesat.

Nonomiya Shrine 1

Nonomiya Shrine 2

Gua decide untuk teruskan jalan kaki ke Saga Arashiyama Station, nak kembali ke Kyoto Station untuk pulang semula ke Osaka. Sambil jalan rekrut, memang semput wa cakap lu. And route kali ni tak sama dengan route pergi tadi sbb en route awal pagi tadi dari Saga Arashiyama Station terus ke Togetsukyo Bridge. Tetibe gua ada terjalan sekali dengan few budak-budak sekolah elementary school. Gua dengar depa ada sebut ‘Sharingan, Mangekyou, Tsukoyomi’ bagai. Heh, budak, macam hakak tak tahu hangpa tengah sembang pasal Naruto. Gua terasa macam nak join perbualan mereka. Baru nak bersuara je barulah gua sedar yang gua sebenarnya tak reti pun berbahasa Jepun. Kehkeh.



こどもたち。Kodomotachi. Hehe.


Surprise surprise gua sesat lagi masa nak cari Saga Arashiyama Station. Sesat sampai jumpa satu college ni. Kyoto College of Nutritional and Medical Sciences. Lol. Gua perasan gua sangat tak familiar dengan jalan tu dan secara tiba-tiba signboard yang menunjukkan hala tuju ke Saga Arashiyama Station lenyap begitu sahaja. Gua berhuhuhu dalam hati lantas patah balik cari di mana silap gua. Rupanya gua termissed satu signboard ni, dia suruh belok kanan tapi gua straight je ikut sedap kaki. Tak perasan signboard tu pasal depa gantung atas sangat. Gua pendek, gua tak nampak. Sobs.


Sesat pun sempat lagi keluar camera. Huhu.

Nah souvenir!

Dari Saga Arashiyama Station ke Kyoto Station 240 yen. And macam biasa JR Line dari Kyoto Station ke Shin-imamiya Station 920 yen. Balik singgah Family Mart beli 2 ketul onigiri dengan harga 280 yen (~RM 10).

*to be continue...

Thank you for reading this.