Tak semena-mena telah berlaku salah faham antara gua
dan Sudin.
Gua tak nafikan gua sakit kepala. Sakit kepala sebab gua
buntu nak mengarang ayat untuk Chapter 2 gua. Walaupun nampak macam hampir siap
tapi ada je lagi yang gua perlu tambah.
Gua adalah seorang caffeine consumer. Heavy consumer to be
honest.
Gua tahu tak elok consume lebih-lebih. Gua sedia maklum. All
the diuretic effect thingy dan sebagainya. Bukan gua tak pernah nak kurangkan. Gua
cuba tapi gua rasa benda tu lagi bagi defect buat gua.
Gua jadi lemau. Lambat pick up. Sikit-sikit rasa macam takde
energy. Kurang fokus.
Jadi, what options do I have? Perkara-perkara di atas akan
affect gua punya perjalanan kerja secara tak langsung. Maka, gua lupakan effort
gua untuk kurangkan intake. Kalau mulut terasa nak minum caffeine gua terus on heater,
bancuh kopi 3 in 1. Siap!
Apatah lagi bila makan kat luar, macam-macam option ada.
Mungkin dia pun perasan tiap kali kami makan kat luar gua selalu order minuman
yang berunsurkan caffeine. Memang most of the time.
Kisahnya, dia nasihatkan gua untuk kurangkan caffeine
intake. Maka gua pun cerita yg gua pernah usaha untuk itu tapi gua temui jalan
buntu.
Sudahnya, dia kata gua macam makcik-makciks pakcik-pakciks
bagi alasan pelik-pelik macam tu. Mungkin dia bukan heavy consumer. Ambil caffeine
sekadar suka-suka atau rasa bila nak stay awake. Untuk orang macam gua, caffeine
tu takkan berfungsi macam tu, sebab gua dah terlalu banyak caffeine intake. Minum
banyak mana pun kalau dah mengantuk tetap tidur juga pasal takde maknanya
caffeine tu akan buat increase heart rate ke apa. Siapa yang mengalami nasib
macam gua mungkin hangpa akan faham at one point hangpa rasa hangpa tak boleh
nak telan minumam yg berunsurkan cokelat, milo dan sebagainya.
Siapa tak sentap oi kena tegur macam tu. Dalam hati gua “Aku
tengah sakit kepala kau makin tambah-tambah lagi sakit kepala aku. Subhanallah.
Rasa nak celup phone dia dalam kopi panas”.
“Sabar Nadia..Sabar” getus gua lagi.
Sabar sabar pun gua tetap sedih bhai. Especially bila ada
salah faham macam ni. Tambah-tambah lagi hal caffeine yang buat hampa rasa “What
the….”
Habis cerita caffeine dan salah faham. Gua tak ambil port
sangat sebab gua kena settle proposal gua secepat mungkin. Cumanya kadang-kadang bila teringat kejadian tu tak tahu nak
rasa apa dah. Sedih. Sampai takde rasa dah.
Sekerol-sekerol fb, jumpa video reactions of deaf people
bila depa first time boleh dengar. Time tu la kau rasa macam “kau dah kenapa
nak sedih-sedih pasal salah faham sebab caffeine dgn orang yg memang tak faham
kau. Orang lain menangis tak bersuara bila dapat dengar untuk kali pertama”. Then
keluarlah alasan yang pagi-pagi mak dah hiris bawang depan gua.
Sekerol-sekerol lagi. Jumpa video dekat Indonesia. This kind
of person. I called him A. A hidup sangat susah pun dia masih lagi tolong budak yang susah. Dia
tahu dia takde duit dia beli juga jualan budak yg susah tu. Siap dia beli
semua! Then bila ada orang datang beli makanan dari A dan beri duit lebih. Dia terus
menangis melutut seakan mahu sujud syukur di situ juga.” Again. Sekarang ninja is
cutting onion. Gantikan emak.
Baru terlintas. Allah dah baik sangat dengan kita. Mungkin kita sedia maklum. But we're human, we do forget. Kita lupa to be grateful every single day untuk setiap apa yang kita ada. Susah-susah
kita ada lebih ramai orang yang jauh lebih susah daripada kita. Tapi apa kita buat?
Merungut. Complaint macam-macam. Sampai lupa nak bersyukur.
Now.
Kau rasa totally stupid pasal sedih kerana salah faham yang
disebabkan oleh caffeine.
Thank you Allah.