25 August 2012

Hentian Sementara



Sungguhlah hati manusia Allah yang pegang.
Sungguh aku tak sangka kan, kelmarin aku minta hari ni Allah dah perkenankan permintaan aku.
Permintaan aku untuk melupakan dia.
Supaya aku bisa mengurangkan tempat persinggahan aku dalam dunia ni.
Duniawi yang sering bikin aku penat.
Duniawi yang seringkali menyeksa aku.

Mungkin ini permulaannya..
Dan betullah nak nasihatkan diri sendiri tak semudah nak nasihatkan kawan-kawan.
Kita boleh cakap kita faham tapi sungguh ke kita faham??
Kenapa?
Sebab kite takde dalam kasut diorang.
Tak ke??

Mesej yang disampaikan untuk memudahkan disalah ertikan..
Teguran yang disangka satu amarah..
Diam yang dikatakan tidak beradab..
Senyap yang membawa maksud keras kepala..
Permintaan yg disempurnakan seperti tiada bias ikhlas di situ..
Tapi siapa aku nak menilai keikhlasan seseorang..
Ikhlas itu umpama semut hitam yang kecil, di atas seketul batu di dalam sbuah gua yang gelap pada waktu malam..
That's ikhlas....


I'll always have Allah by my side..
Dia menyayangi hambaNya tanpa syarat..
Patut ke kita menagih cinta hambaNya??
Answer me Nadia!
Kau tahu semua tu tapi kau sendiri yang lari dari kebenaran kan?? 

Dah lama aku dapat seru untuk let go..
Tapi aku tak pernah nak ambil pusing.
Aku ego, keras kepala.
Let go..
Let go of everything..
Let go untuk berubah..
Let go untuk sesuatu yang lebih baik..

Mujahadah..
Istiqamah..
Sesuatu yg berat..
Bak kata Nad..
Word tu tak berat..
Tapi diri kita sendiri yg buat dua perkara tu jadi berat..

Nothing to be regretted kan, Nadia..
Cuba terima seadanya..
Segalanya dah pun berlaku..
Yakin akan ketentuanNya..
Everything happened for a reason kan??
Tak ke??
Pengajaran je yang tinggal untuk kau grab sepenuhnya..
Supaya apa yang ditakdirkan Allah ni tak sia-sia..
Untuk masa depan..masa depan yang jauh lebih baik..
Hari ini lebih baik daripada semalam kan??

Kau kena cuba kan..
I know its hard but I have to..
No matter what I do, no matter whom I'll be in the next years,
I always have Him.

********
I’m sorry….
Really really sorry...


p/s: kuharap agar ada kesudahan yg baik buat kita.


24 August 2012

Eid??? (Part 2)

Assalamualaikum wbt~


Belum sempat lagi nak merangka isi Eid??? PART 2 dah dapat respons regarding Eid??? PART I. Thanks Nad. I do love reading your blog. Selalu terasa. Tapi baguslah, peringatan buat diri sendiri juga buat orang lain. Aku tak mampu nak berhujah or express about anything like you, but I kinda like your words. Sometimes aku rasa kau ni dah macam second Hlovate. Dan aku rasa hlovate tu seorang perempuan. Eventhough he/she mentioned dalam Versus yang dia bukan Minn Edina dan dia bukan Ashraff Omar tapi dia adalah both of them. *tetibe masuk cerita Hlovate pulak??* Uikkss?? Betol ke? Yes Nad, you hear me.

Actually before ni aku ada buat review regarding CJ. Tak tahu la kau ada baca ke tak sebelum ni. Huhu.

Teringat tweet Wardina Saffiyah, “kalau kita tak jadi ‘orang‘ baru menjelang Syawal means we’re lacking of something during Ramadan”. Lebih kurang camtu la, aku tak berapa ingat. Aku lupa copy paste mahupun prtsc untuk dibuat tatapan umum. Sangat rare rasanya bila tahun ni dapat puasa penuh, tapi sayang tarawih pulak tak dapat penuh. Since kedai extend beroperasi sampai jam 11 malam, sampai rumah terus collapsed! Alasankah?? Kelemahan diri sendiri yang memang tak mampu diatasi. Sungguhpun berkali cuba mengadaptasi namun adakalanya diri tak segagah seperti yg kita ingin miliki.

Tak perlu seseorang yang mampu bagi peringatan pada kita setiap hari. No, no need. You yourself yang patut sentiasa berjaga, sentiasa mengingatkan diri sendiri, sentiasa cari di mana kekurangan supaya in day thru you gain something useful. Something that’s good in you.

Sedang membaca Cintaku Kerana Agamamu- Dr. Farhan Hadi, terkesima sebentar dengan satu hadis.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Jangan ada perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan.; (Pertama) keadaaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan menyebarkannya.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi.)

Baca tiga kali. Kenapa?  Sebab terkesima. Sebab sentap!

Kenapa? Sebab kawan ada bb dan subscribe bis boleh update status hari-hari like 24/7, kau cuma ada android je dan kau jeles! Sebab kawan ada kereta baru ayah belikan, kau mesti la jeles! Sebab kawan ada gaji besar then hujung bulan dapat shopping kaw-kaw like a boss, haruslah kau rasa jeles! Sebab ada kawan pakai one set dari atas sampai bawah all sorts of branded clothes, and u’re like…jeles! Kann Nadia?? Kau memang macam tu kan.

Manusia tak pernah puas hati, tak pernah merasa cukup. Duniawi. Materialistic. Duniawi la yang kerap kali buat aku capek. Sungguhlah dunia ni terlalu banyak persinggahan sehingga kadang-kadang terlupa diri hendak ke mana.

After all aku tak patut rasa Eid??? Part 2 adalah tajuk yg paling sesuai untuk entry ni. It’s okay. Lagipun entry ni aku buat masa raya. Raya. Syawal. Eid.=)

Have a great hari raya celebration guys!

Ni...serious tak habis baca lagi.


23 August 2012

Eid???

Assalamualaikum wbt~


Raya dah masuk hari yang kelima but then baru ada masa update entry regarding hari raya. Owh yeah, rendang daging, ayam, ketupat, lodeh, duit raya, baju raya, kad raya, kereta raya, balik kampong, baraan…all sorts of typical term people mentioned during hari raya. But apparently I’m not gonna talk about that. Seriously? Yeah! *senyum bangga* Owh, sila lempang saya.

First of all, syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan syawal 1433H. =) Even though hajat nak berramadan macam Chad dan Fend tak kesampaian, aku tetap bersyukur dapat menunaikan ibadah puasa di Malaysia, negara yang mewah dengan lauk pauk menjelang buka puasa. Apakah???

So true kan? Kat Malaysia puasa diertikan dengan bazaar Ramadan, rancangan masak-masak, sale up to 70 % towards hari raya, bila malam shopping mall yg diimarahkan dan bukan masjid atau surau dll. Kenapa jadi macam tu? Tepuk dada tanya hati. Actually few words ni memang aku ciplak je dari Contengan Jalanan. Rasa nak menyebarkan kesedaran itu lantas novel itu terpop up terus dalam kepala. Nak bagi orang lain rasa apa yang kita rasa after baca that novel. Tapi…mampukah? *tanya diri sendiri lagi*

14hb hari tu aku officially berkhidmat as a branch manager. Cukuplah tempoh 8 bulan tu mengajar aku how to run a shop. No, not a business. Ilmu tak cukup lagi. 8 bulan macam lama tapi tak rasa pun 8 months tu a very long period. Why? Sebab daily routine yang agak sama maybe. I left Segamat with all sorts of feelings. Sedih. Gembira. Terharu. Suka. Nervous. Serabut. Sampailah aku almost langgar belakang bas time otw balik BP. Salah sapa? Salah kedua-dua belah pihak sebab nak memotong tanpa signal. Moral of the story; kau kena bersabar banyak-banyak kalau depan kau tu ada lori besar yang bawa sangat slow. -_-‘

Nanti aku sambung balik…suddenly I just don’t have any feeling to end this. (boleh tak gitu??)