30 May 2011

Resipi Tempe Goreng Rangup!

Assalamualaikum semua!

Puhh puhh.. manyak giler habuk maa. Haha. Sulah lama ini belog tidak hapdate. Aku kekeringan idea walaupun cuaca semenjak dua menjak ni pon asyik hujan je. Memandangkan aku takde idea nak post apa, hari ini saya mahu mengajar tuan-puan *jamak tuan2 dan puan2 resipi tempe goreng yang rangup lagi dilises.

Bahan-bahannya:

  1. Tempe (mende kalau takde kau jangan gatal nak buat tempe goreng)
  2. Jintan manis
  3. Jintan putih
  4. Ketumbar
  5. 2 ulas bawang putih
  6. Garam secukup rasa
  7. Serbuk kunyit
  8. Telur 1 biji
  9. Tepung beras

Apparatus:

  1. Kuali
  2. Sudip
  3. Pinggan


Cara-caranya:

  1. Masukkan jintan manis, jintan putih dan ketumbar dalam lesung. Tiga-tiga ingredients ni dalam satu sudu kecik camtu la. Masukkan bawang putih sekali. Pastu tumbuk secukup rasa. 
  2. Jangan lupa bubuh garam sikit dan juga serbuk kunyit untuk warna kuning yang memikat.
  3. Pas dah lumat, campurkan bahan dalam lesung tu dalam tepung beras. Kasi air sikit kemudian kacau hingga sebati. Air tu kasi sikit je, jangan banyak-banyak.
  4. Pastu masukkan telur tadi tu. Kalau masih pekat kau tambah lagi air sikit. Kalau cair?? Sape suruh tuan puan bubuh air banyak2 masa awal2 tadi. Tuan puan boleh bubuh la tepung beras lagi sikit kasi dia pekat.
  5. Then tuan puan potong la tempe tu ikut suka tuan puan. Aku suka nipis2 sebab lebih rangup. Hehe.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Kalau kat rumah takde kuali periuk pon boleh.
  7. Bila minyak dah panas, boleh la celup tempe tu dalam bancuhan tepung tu dan masukkan terus dalam kuali.
  8. Bila dah garing dan berwarna kuning ke’aurum’an, bolehlah angkat dan terus dihidangkan.


Sungguh sedap bila dimakan ketika masih panas bersama sambal kicap.
Thumbs up!


Selamat mencuba!!


p/s: Sorry, lupa nak amek gambar sepanjang procedure. Lepas ni kalau ada buat lagi saya akan update. Hehe. Thanks for reading this. =)

4 comments:

  1. peh! tempe sedap seh.... lg2 klau mkn dgn smbl kicap.. peh!!!!

    ReplyDelete
  2. @aty: hehe.tau takpe kan. balik umah baru dapat merasa kenikmatannya.huhu

    ReplyDelete
  3. wahhh, tempe goreng tuuu
    sedaaappp nyerr :)

    ReplyDelete